Friday, September 26, 2008


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

BAJU RAYA DAH BELI....


Mak woiii..besor giler capal neh...aku tgk kat jalan Masjid India..

Inilah baju melayu yang aku beli

Salam Ramadan dan Aidilfitri

Wah! kawan2 tak sabar2 nampak nak menyambut raya?
mestilahkan, setahun sekali Aidilfitri diraikan
pastikan perasaan gembira dan seronok dirasai.
Bagaimana dengan persiapan raya? semuanya sudah tersedia?
Cakap soal persiapan, Alhamdulliah, dua hari lepas aku
dah beli pakaian raya. di mana lagi kalau bukan di jln TAR.
Sepasang baju melayu, kain sampin dan butang baju melayu,
kesemuanya RM200. Tahun ini tema warna baju melayu warna coklat lembut.
korang macam mana? kongsi2 ler citer...

Tuesday, September 23, 2008

seminggu mendatang

Salam ramadhan
apa kabar semua? macam mana dengan puasa so far?
huhuhu...x sabar nak menunggu lebih kurang seminggu lagi
kedatangan hari penuh bahagia, hari raya
kalian semua dah buat persiapan yang diperlukan?
Aku tahun ni ala kadar jer kot...
Tengoklah dua tiga ari lagi baru shopping kot..
so guys, happy shopping for raya..

Sunday, September 21, 2008

Hari ke-21 berpuasa. Korang cam mana? ada yang ponteng pose? hehehee..yang boleh berpuasa tu, berpuasalah. jangan nak tinggal lak...nasihat tuk diri aku juga. So far, alhamdulliah aku berpuasa penuh...tak der per yang menghalang.

Sepanjang bulan puasa ne, nak tanya korang sume, bagaimana dengan perbelanjaan? sama cam biasa, berkurangan atau bertambah? huh! bukan apa aku nak kongsilah pasal aku neh...bulan pose ne rasanye perbelanjaan aku bertambah dari bulan2 biasa. Ingatkan bulan pose ne leh lah berjimat sebba tak makan siang hari. Tapi rasanya bulan pose ni pulak aku banyak berbelanja. Beli makanan, berbuke di restoran, cam2 lagi...belanja lebih banyak...adoii....bajet pun dah lari..kwang kwang kwang..

hah, korang cam mana lak?

Tuesday, September 16, 2008

Nak raya ?

Salam buat semua. Dah masuk dua minggu kita pose. Rasanya berat badan aku dah menurun skit. Dari 65 jadik 62..huhuhuhu...Alhamdullilah, time pose cam ne lah dapat control makan. takderlah nak makan macam2. So, berat badan yang bertambah dapat ler dikurangkan. Kalau boleh nak maintain jer 62 ne.

Minggu depan dah minggu sibuk orang shopping and buat persiapan raya. Maklumlah, kemeriahan hari raya mulai terasa. Cakap pasal persiapan raya tahun ni, ermmmm nampaknya takder beza dengan tahun lepas. Beraya ala kadar jer. Sejak my mum dah tak ada ne, rasa nak raya tu dah meriah cam dulu. Cukup sekdar pergi sembahyang sunat aidilfitri, ke pusara ibu dan selebihnya duk umah lepak tengok tv, tunggu org datang jer. malas nak kuar.

Persiapan raya tahun ne...minggu depan aku akan mula sibuk shopping kot..bukan untuk akulah, semuanya untuk adik2, ayah n maybe beli kuih skit untuk kakak. Itu jer yang mampu aku buat. Tapi, cam mana nak shopping, gaji dengar kata 26 baru dpt..huhuhuhu..nak tukar duit raya lagi tuk anak2 buah. Adoi...terpaksalah kuarkan duit simpanan dulu...takperlah berkorban skit, janji depa sume happy beraya.

Tahun ni aku maybe balik kg. pada 27 or 28 haribulan, tumpang my housemate balik kelantan. Kebetulan dia nak lalu ikut terengganu, so bolehlah join sekali. hehehehe...oklah,,,,,dah nak berbuke neh..

Sunday, September 14, 2008

Today, 14th August'08...hari ke-14 berpuasa.So, far puasa berjalan lancar.Masih belum tergugat iman.

What happend with me today? Tak banyak perkara...hari ni wake up early, even yesterday nite tidur lepas bersahur. hehhehe....Tapi kan...ari ne, mood kurang baik...adalah sumthing happend...Tengah hari aku kuar ke kolej my baby...ada perkara skit nak buat....dlm jam 3 balik umah, tidur per agi...
Petang ne sepatutnya aku berbuka ngan kawan2 kat rumah marini, my girlfren..tapi aku tak jadik pegi, coz tak ada sapa nak teman my baby berbuka...aku ajak dia, tapi dia berkeras tak mahu ikut.segan katanya.dia pulak buat hal...duk pujuk dia sampai ke petang...ermmm.so sory Rin,aku bukan tak mahu pergi, tapi aku kena temankan my baby berbuka..Petang ne berbuka dengan nasi kerabu n ayam bakar...air laici..jer..

Berbuka ngan kawan2



Today dah masuk 13 hari kita berpuasa. Hari ni lah baru berpeluang untuk berbuke ngan kawan2 huhuhuhu...plan nak berbuke kat nando's, but u guys tahulah, when saturday or sunday surelah ramai manusia2 nak berbuke...jam 6.00 pm dah penuh orang.Tak jadik berbuke kat nando's, kami pergi ke Nyonya Colors kat the garden..huhuhuhu..makanan not bad...nice restaurant....love the concept...neway..hari nie tak berbuka ngan my baby..dia n parent dia berbuka kat kl sentral..dia anta mak n abah balik kedah....

lepas berbuka kitaorang plan nak tengok wayang..jalan2 kat Mid tu b4 gi beli tiket...sempat jugalah kami duk posing2 amik gambar kat centre court...bby..otw katanya...ok, .....beli tiket citer The Body, psycho movie frm Thailand...jam 11.25 start..sebelum menunggu time masuk cinema..ktorang sume lepak kat mamak..huhuhuhu...

Esok, plan berbuka ramai2 kat rumah mak ayam Rini.....

Saturday, September 13, 2008

Salam buat semua teman2...
Ermmm...lama juga aku tak up date blog ni....
Bukannyer takder masa, cuma rasa malas pulak nak menulis. tak tahu nak tulis pasal cerita apa.But i think, i would like to share wit u guys how my feeling now...
Maybe agak jiwang, but that what i feel and i think who those sedang bercinta, maybe think the same with me..agree? macam mana nak agree kan, sebab tak tahu apa aku rasa sekarang...heheeh...bukan nak loya buruk, just melawak jer...
Oklah, sttp...apa yang aku rasa sekarang...
Sejak kebelakangan nie, aku tidak nafikan cinta aku paada my baby semakin kuat. even satu hari tak jumpa, aku rasa terlalu rindu...rindu sangat2... biarpun kami berjumpa 2 3 jam selum tu..bila balik umah, aku mula rasa rindu kat dia...sebab mungkin aku terlalu sayang dan tidak mahu kehilangannya...sekarang aku rasa bahagia ada dia...
cuma, masih ada rasa sangsi akan kesetiaan dalam diri aku...memang, bukan semua benda kita tahu tentang pasangan...even we can't read his/her mind...betul tak?
Bukan aku nak rasa cemburu atau tidak mengakui ketulusan cintanya, namun manusia sekeliling, pasti ada yang cuba menghalang kebahagian kami...maksudnya, ada yang nak celah bedah lah.....aku selalu rasa macam tu...aku takut...takut kehilangan dia sebabkan orang lain..
aku rasa dia juga berasa begitu....namun sejauhmana aku tak tahu...
Demi Allah, aku bukan mahu menceritakan kebaikan diri sendiri, sekadar untuk aku sampaikana kepada dirinya, jika dia membaca akan blog ini...dalam cinta aku tidak perlu menduakan pasangan...aku tidak pernah untuk berlaku curang...aku tidak pernah cuba mempunyai hubungan gelap...aku tidak pernah itu melakukan itu...bagiku, buruk baik, suka tak suka kepada pasangan, jika cinta sudah tertanam jauh di sudut hati, cinta yang aku berikan kepada insan yang aku cinta adalah ikhlas. Demi Tuhan, aku bukan manusia pengkhianat cinta. Perasaan yang Tuhan berikan ini adalah satu anugerah yang sukar untuk aku nilaikan dengan wang ringgit. Demi cinta aku kepadanya, aku lakukan yang terbaik. Aku mahu dia tahu....aku tidak mahu lagi merasai kekecewaan, keperitan ditinggalkan dengan alasan yang aku sendiri tidak tahu munasabahnya....My baby, if read this blog, i want u know how deep i love you....
Aku mengharapkan cinta kita adalah sebuah cinta yang jujur...sebuah cinta yang ikhlas....
Bagi teman2 yang mengenali diri ini, mereka akan mengerti siapa diriku..cintaku...

Baby, aku cinta padamu setulus suci kapas putih, cintaku tida yang lain hanya pada dirimu..

Saturday, September 06, 2008

6 hari berpuasa...

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat teman2 semua.

Rasanya dan seminggu tak jenguk blog kesayangan aku ni. Memandangkan kesibukan kerja yang tidak menentu. Aku malas nak layan blog ne sangat. Kebetulan, kat rumah dah pasang internet. So, lepas ne tak payah ler aku nak update blog kat ofis, kat umah sajelah.

Kali ini apa pula aku nak cerita? so far tiada apa yang menarik. But just wanna share with ur guys about my puasa. huhuhuhu. Hari ni dah masuk 6 hari berpuasa. ALhamdullilah segalanya berjalan lancar walaupun aku sering kali terpaksa menanggung sakit di bulan ramadhan. Seperti tahun2 sudah, di bulan puasa aku merana sakit perut (gastrik). Masuk tengah hari perut aku bagai digunting2...sakitnya...time berbuka pose, kadang-kala aku hanya mampu meneguk segelas air. Namun, aku seorang yang degil. Walau sakit, aku tetap nak puasa. Sudah jadi kewajipan kita umat Islam. selagi aku mampu bertahan, aku puasa. sayang rasanya nak tinggal. Lepas tu kena ganti balik.

Masuk 6 hari puasa, tempat aku berbuka adalah KL sentral. hampir setiap hari berbuka kat situ. Memandangkan my baby duduk berhampiran dengan KL sentral. so, kami jumpa kat situ and berbuka sesama sebelum aku balik rumah di ampang.

Biasalah, maybe kejadian ni berlaku kat mana2. Ni kisah bangsa India dan Cina. Time berbuka puasa, aku selalu perasan diaorang ni duk menyibuk berpusu2 juga nak makan. Sampaikan org Islam kita nak berbuka tiada tempat. Apa salahnya bertolak ansur, bagi peluang orang kita berbuka dulu, lepas tu kau nak makan, makanlah. Bukan apa, ini terjadi kat food court KL sentral. Aku perhati orang sekeliling sebelum masuk waktu berbuka. Memanglah kita negara bebas, tapi kita beradab. Aku bukan nak salahkan mereka seratus peratus, sebab kita tahu biasanya time kita berbuka tu time org cina dan india makan malam. Cuma harap mereka lebih bertolenrasi dengan kita. Korang rasa macam mana?

oklah guys, nanti aku cerita lagi...nak tidur, mata udah megantuk.

Thursday, August 28, 2008

Ramadan Al-mubarak tiba lagi

Al-Mubarak datang lagi. Tidak sabar rasanya untuk mengerjakan ibadat yang tiba setahun sekali. Bulan mulia ini memberi kita peluang untuk menginsafi dan memperbaiki segala perbuatan yang ingkar yang pernah kita lakukan. di bulan ini juga,amalan ibadah kita berlipat ganda pahalanya. Asalkan amalan kita itu sempurna dan ikhlas. Tahun ini adalah tahun kedua berpuasa tanpa ibu. Aku redha dan berharap ibu mendapat lebih kerahmatan dari Maha Esa. Buat ibu tersayang, aku mendoakan agar kau berada di sisi orang-orang yang beriman. Amin.

Buat teman-teman semua, sama-samalah kita bersyukur dengan ketibaan ramadan kali ini, dan berharap amalan ibadah kita diberkati oleh Allah.

Insyallah.

keikhlasan dan kejujuran

Mencari keikhlasan dan kejujuran adalah sukar...dalam berkawan. bercinta, berumah-tangga, bekerja dan apa lagi lah..pendek kata, memang susah. Aku cuma mahukan kejujuran, keikhlasan..

Wednesday, August 27, 2008

Adakah apa yg aku takuti akan berlaku?

Sejak akhir2 ini, perasaan aku begitu lain sekali, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hampir seminggu lalu perasaan ini membelenggu dalam jiwa. aku cuba untuk tidak merasainya, tetapi mengapa begitu kuat perasaan ini....aku merasakan ada sesuatu yg dirahsiakan, ada sesuatu yang disembunyikan...jiwaku tak tenang jadinya. Adakah apa yang aku takuti selama ini akan berlaku? oh! andai terjadi, aku tidak sanggup untuk menghadapinya. Biar saja aku mati untuk tidak merasai kepedihan hati ini lagi.

Tuesday, August 26, 2008

Aku mencari kedamaian


23-25 Ogos lalu, aku bersama team maskulin ke cherating pahang untuk sesi brain stroming. Sebenarnya takdalah brain stroming, tujuan ke sana lebih tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama kami satu team. Antara lain, program 3 hari tu diselitkan dengan sesi briefing cadangan edisi maskulin sepanjang 2009, promosi dan event dan yang selebihnya mandi laut..huhuhu...sepanjang di Cherating, aku berasa begitu tenang dan damai sekali. sudah lama tidak menikmati kesegaran bayu laut....berbaring di pangku kayu, aku dibuai terlena. aku hirup udara nyaman sambil deruan ombak memecah pantai...

Thursday, August 21, 2008

Tanda cinta kita


Andai jodoh bersamamu kekal abadi, akanku sarungkan cincin pada jari manis di hari pernikahan kita. Bersamamu kuberjanji bahagia selamanya.

Tuesday, August 19, 2008

Aku rindu...

AKu terlalu rindu kepadanya. Baru dua hari, rasa cam dah dua bulan..adoii..inilah penangan cinta....

Sunday, August 17, 2008

cancel account

Officialy today i was cancel my myspace acct.Sorry guys...

Saturday, August 16, 2008

Aku akan merindui dia....

my baby pulang ke kampung..for a week, after that hari dia balik sini aku lak pi cherating 4 three day...adoiiii lamanya tak dapat jumpa dia..ermmm...baby i gonna mish u like crazy..hope u fine and take care urself...dun noty2 taw...love u so much

Thursday, August 14, 2008

How i feel?

to my,cyg,my luv,my ANGEL=Miji.this specially dedicated to u to say dat im sorry for everything i've done..didn't mean to hurt your feeling.. all i want is to see u happy, u such an ANGEL for me..U light my life. n i wanna loose u. my luv for u is eternity, no matter wat people said.. but nothing cant compare that, i was born to make u hepi. n i want u to know how much that i care about u.. sorry if i turned ur life upside down.. im sorry cyg..i want u to be happy. in other words i want us to be happy..i believe in u i wanna loose u..u r mine..and i beloong to u..you are the one and the last..i'll be ur side whenever u need me.=)

Tuesday, August 12, 2008

Fashion shoot at Heritage Station Hotel



Today shooting fashion kat Heritage Station Hotel, KL. Sementara menunggu model siap make up, leh aku layan tenet jap kat sini. Huhuhuhu...kat hotel purba neh ada wifi taw...ermm...layan lagu sambil menaip...photografer duk setting kamera n lighting...budak pratikal tengok jer? ceh!!!!..tlglah wehhh...apa lah aku mengarut neh...sebenarnya aku bosan menunggu..Ok, fashion kali leh konsep perkahwinan...so, adalah pakaian tuk wedding..baju koleksi Man Kajang n Noor Arfa Batik...watch out later...

Monday, August 11, 2008

Mahu saja menjerit

Kadang-kala aku terfikir mahu saja berhenti kerje. Setiap hari, kerja tak pernah habis, lepas satu siap, masih ada yang menunggu, ditambah pula yang baru. Sehingga tak tahu yang mana satu mahu disiapkan. Kepala jadik pening...kalau boleh aku nak menjerit kat dalam ofis tu biar satu ofis tahu...Arrrrrrrrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!...penat wehhh, tension,,,leh giler. Sambil mulut muncung (bak kata memeber sebelah) boleh diikat mulut aku neh....argghh pedulikan..aku nak siapkan kerja neh...dah..dah..dah malas aku nak melayan....

Terlewat....

adoii...lambat ke tempat kerja...dah lah kerja banyak oiii....terpaksa amik 2 jam lewat...kwang kwang kwang..gara2 salah faham...

Sunday, August 10, 2008

Minggu yang sibuk

Penhujung minggu lepas, kesihatan aku tidak mengizinkan. banyak masa aku abiskan dengan berehat. Pergi ofis pun terpaksa MC. Kerja yang berlambak masih belum disiapkan. Ayoo...Biarpun dateline 21hb ne..tapi kerja, shooting and kursus yang tiba2 ada membuatkan aku kekurangan masa nak siapkan kerja. Adoiii...bermula esok (isnin 11/8/08) aku akan bz. Sebelah petang aku ada shooting kat subang jaya. Spa untuk pengantin lelaki..oh yer isu okt memaparkan isu perkahwinan..banyak benda lelaki kena tahu pasal perkahwinan ne...jangan tahu nak kahwin jer..persiapan kena buat...lepas tu abis kerja aku kena ke Kl lak amik baju kat noor Arfa Batik...alkisahnya pakaian tu untuk shoot fashion kat Heritage Hotel, Kl besoknya..ermmm..lusa lak ada kursus satu hari..malam ada event kat carcosa negara...rabu..ada asgt menanti ..matilah cam neh..bila masanya aku nak siapkan artikel...ermmm neh tak tahu lagi bila nak shoot cover lak...cover boy pun tak tahu sapa lagik...ayo...tak cukup tangan lah nak buat sesorng neh....sabar jer lah..namanya kerja...anyway..aku boleh handle sorang....bukan tak mahu mintak tlg bebudak maskulin lain, masalahnya diaorang pun banyak kerja nak buat...pendek kata minggu ini aku akan bz ..bz ..n bz....huhuhu nak kejar dateline sebelum 21hb,, coz 23 - 25 ke cherating tuk Brain storming team maskulin....berapa kali nak brain storming neh...doa2kn aku siapkan kerja cepat n kesihatan tak terganggu...

Saturday, August 09, 2008

Kesihatan Tidak mengizinkan

Hari ini aku terjaga awal pagi. Sakit gigi dan kepala masih terasa. Aku tak larat nak bangun, lalu sambung tidur. sedar2 jam 2ptg. No body at home, aku keseorangan. Arrr....kepala terasa begitu sakit...berat...nak pitam pun ada....lepas mandi aku sms oda, nak pi umah dia kat brickfields, berehat kat umah dia. Aku tak tahu nak buat apa...just rehat n on9, updated my blog jer...arr..gigi terasa sakit lagi...kepala pun sakit....rehat jerlah..

Friday, August 08, 2008

Ada apa pada 8.8.08

Ramai umat manusia di dunia menantikan tarikh yang dianggap keramat dan bermakna ini. angka 8 selalunya disimbolkan sebagai nombor paling ong....itu kepercayaan orang cina. Tapi betul, 3 angka 8 begitu simbolik. pada hari ini, sukan olimpik bakal dirasmikan. Tidak kurang juga, ramai mengabdikan tarikh ini untuk mengikat tali pertunangan, pernikahan dan tidak kurang juga mengadakan majlis tertentu. Bagi aku, hari ini seperti juga hari-hari lain. Tiada bezanya. Mungkin bagi org lain, hari ini begitu bermakna, tapi aku menderita. Semalaman dan hari ini, aku derita sakit gigi. Macam2 ubat sudah dimakan, namun tidak juga hilang. Aku ke klinik, doc just bagi ubat. Check pun main2....makin sakit aku dibuatnya. Nak tak nak, ari ni aku terpaksa amik MC. Tak tahan sangat kesakitan yang aku hadapi. Tentunya korang semua sedia maklum, sakit gigi memang memeritkan. Sampai ke saraf otak sakitnya. Serba kerja tak menjadi. Aku tak tahulah sampai bila kesakitan ini terpaksa ditanggung..harap2 cepatlah sembuh. Aku dah tak tahan...sekarang aku terpaksa berlapar. Nak makanpun tak dapat...adoiii.....tlglah aku.....gigiku meragam...

Wednesday, August 06, 2008

My family...

Setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke Universiti Malaya, tempat aku menimba ilmu kira-kira 5 tahun lalu, hari ini sekali lagi aku ke sana. UM tak banyak berubah, Dewan Tunku Canselor (DTC) masih seperti dulu...selepas kebakaran yang tak terduga dulu, DTC diindahkan dengan perhiasan lebih menarik, namun masih mengekalkan nilai estitetikanya....pokok duit2 menjalar memenuhi segenap dinding bangunan yang hampir beratus tahun usianya...
Seperti biasa setiap tahun, apabila adanya konvoksyen, maka berpusu2lah lautan manusia memenuhi hadapan DTC. Family, kawan2, suadara mara, gf, bf, tunang, isteri, suami, anak menunggu para graduan di dalam dewan dengan perasaan bangga. Hari ini, perasaan itu juga aku rasai. Adik ku Zura, telah tamat pengajiannya di bidang Saujana Muda Kaunseling. Meraikan kejayaannya adalah family ku. My dad, sis, adik2 n anak suadara semua di sini. Tersenyum dan gembira.
Perasaan mereka itu membuatkan hatiku tersentuh. Aku tiba-tiba mengenangkan ibu yang sudah hampir dua tahun meninggalkan kami semua. Dulu, di tempat yang sama, ibu dan ayah datang bersama meraikan aku. tapi kali ini, ibu tiada bersama. Aku lihat ayah yang semakin tua. Kakak sulung bersama anak2nyer, yaya yang sulung, baby dan aidil begitu tabah menghadapi hidup ini walaupun terpaksa membesarkan anak2 seorang diri. Kakak kedua sekarang begitu sibuk dengan kerjanya di Johor. Esok dia sudah terpaksa pulang meyambung kerjanya. Adik ku Amri, baru pertama kali menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur. Katanya lebih senang tinggal dan bekerja di kampung. Menemani ayahku yang sering sendiri di rumah tanpa ibu. Adik bongsuku Azwan, dia semakin matang. Pada usia 21 tahun kini dia sering saja berjauhan daripada family. Sejak usia 12 tahun dia sudah pandai berdikari. Perjuangannya belum selesai, Insyallah dua tahun lagi dia akan mengenggam segulung ijazah seperti kakak2 dan abangnya.
Ibu, sejak pemergiannya, aku masih menganggap dia tetap ada di sisi kami semua. Kadang-kala apabila terkenangkan ibu, aku menangis sendiri. Belum sempat aku membalas jasanya selama ini.
Aahhh...aku mengeluh, sambil cuba menutup mataku yang mula berkaca. Aku tidak mahu family tahu apa yang aku rasai saat itu. Aku cuba beralih pandang ke arah laungan sorakan para mahasiswa UM yang meraikan senior2 mereka. Sekali sekala aku tersenyum juga melihat kegembiraan adiku zura. Biarlah dia lepaskan rasa gembira dan seronoknya bergelar graduan. Tak lama lagi dia bakal menempuh alam pekerjaan pula. Sejenak kami bersama satu keluarga merakam gambar kenangan. Sudah lama rasanya tak bergambar bersama2. Perasaan gembira aku rasai. Aku bersyukur memiliki keluarga yang begitu bahagia. Kini, mereka semualah yang memberi kekuatan kepada aku untuk terus hidup dan berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Aku tidak sanggup kehilangan mereka. Biar hidup kami tidak semewah orang lain, namun kebahagian adalah milik kami. Bagiku my family adalah segala2nya.

Hari ne cuti....

Today off day...cuti ganti bertugas on saturday lepas. Masalahnyer kerja kat ofis belambak, tapi nak gak cuti. Bukan saja2 nak cuti,sebenarnya aku nak pi konvoksyen adik aku kat UM....emmmmmm teringat masa lalu ketika aku konvo di dewan tunku canselor 2003. Kini giliran adik aku lak...to my sis congratulations.....love you.

Tuesday, August 05, 2008

The return of maskulin party

Diana pun hadir...

persembahan 6ixth Sense gempak abis...

DJ Nas-T hangatkan suasana

salah satu games yg mencuit hati

kek sponsor
Sesi nyanyi n potong kek

Last saturday-2/8/08- Maskulin adakah party ulang tahun ke-7 kat The Ship Bukit Bintang. Dengan theme Beach, party ni bukan sahaja nak meraikan 7 tahun dipasaran, tapi sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih kat client2 kitaorang, penaja, selebriti, media n paling utama our readers yg tak putus2 bagi sokongan. Party yg bermula jam 4pm dan berakhir kira2 kul 9 mlm tu dimeriahkan dengan beberapa acara. Antaranya games yang kelakar giler, persembahan artis...6ixth Sense memang gempak beb. Nas-T lak tujuk terror jadi Dj..ramai gak arr yg datang party kali ne...budak2 PLM dtg dgn stail mengikut tema. depa memang cool, tak kurang gak artis2 yg dtg..antaranya Norman Hakim, Jehan, Tony Eusyof, Diana Dinelle, Intan Lidyana n kevin, dan ramai agi lah. Ni antara suasana ketika party tu.

Kasut baru

This shoe i bought it at Pull & Bear, Pavilion KL. Harga asal RM299..bila dah sale harganyer jadik RM129.90...dah lama berkenan kat kasut neh. Alang-alang aku ke Pavilion ari tu, aku beli terus. Aku suke colornyer...tapi satu jer yg tak suke arr..this shoe keras. tak berapa nak selesa bila berjalan. Kasut neh beli ngan baby aku..dia pun suka ngan shoe neh....


sesak di Lrt KLCC

Ahad lepas, aku naik Lrt dari Stesen KLCC ke KL Sentral. Mak oiiii...terkezut den..ramai benor org kat stn tu. Almaklumlah PC fair katanya kat KL Covention Centre. Lama gak ler aku duk berdiri and menunggu train kat situ. Cam suasana nak balik kampung ja...bau masing2 tak yah cakap ler...

Monday, August 04, 2008

Hari minggu ku

Sabtu dan ahad. Biasalah, bagi yang cuti, cutilah, bagi yang kerja terpaksa kerja. Samalah jugak ngan aku. Sabtu (2/8/08), aku terpaksa keje. Sebabnya, kami di majalah Maskulin adakah The Return of Maskulin Party. huhuhu...sambut anniversery ke-7 sekali. Dari jam 12thari sampailah 9mlm aku bekerja. penat..tapi aku happy because my baby ada temankan. Semlm pulak, awal2 aku dah terpaksa bangun, penat hari sabtu belum lagi hilang. sebab aku bangun awal, tuan rumah nak dtg betulkan lampu bilik yg dah lama tak bernyala. Sekarang semua beres. Kira-kira jam 1pm, aku kuar dengan my baby. Jarang selama itu kami bersama. Entah macam mana semalam kami kuar, x plan2 pun tetiba jer terasa nak main bowling..pegilah main kat Ampang Point. kami berdua jer..kelakar giler...huhuhuhu. Abis tu kami jalan2 lak ker KL sebelum dia minta temankan dia balik kolej...seharian bersama my baby aku rasa happy sangat...

Thursday, July 31, 2008

KETULUSAN HATI- Buatmu yang tersayang

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
hooooooo
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Puisi Hadiah Sebuah Cinta

Berlambakkan kertas-kertas putih
di tengah ruang kesepian
Disimbah cahaya neon di keheningan malam
Angin lembut dari jendela meyapa
kesejukkan menusuk ke temulang
dan aku terkaku, terdiam di situ

Malam dingin itu
dia datang mengundang lagi
mintaku bertandang ke halaman rindu
untuk aku bicara tentang cinta
aku tahu kau merindui, aku juga begitu
sabar dulu...sabar dulu
mahu aku menarik nafas panjang
meluahkan rasa kegirangan
bicara tentang kasih dan sayang

Ku mulakan dengan kata-kata terindah
Salam kerinduaan dan rasa kecintaan
Ku datang persembahankan buatmu
sejuta ketulusan sekeping hati
dan aku mahu kau tahu
mencintaimu, itu satu kebenaran
dan mengasihimu tiada berdusta
kini bersamamu ku rasa bahagia

Hari demi hari
aku menguntai kalung cinta
menukir makna setia
dibaluti kejujuran dan keikhlasan
mahuku hadiahkan padamu
di saat kita bertemu
di setiap utaian itu
ada kasih, ada cinta, ada bahagia
ada segalanya....hanya cinta kita.

nukilan- armizi

Wednesday, July 30, 2008

Lelaki mengandung?




Kegilaan teknologi mengatasi akal fikiran dan melepasti lumrah kehidupan manusia sebagai makluk. Semua kita sedia maklum, hanya wanita yang mampu mengandungkan bayi. Namun, teknologi hari ini memungkinkan lelaki juga boleh mengandungi 9 bulan 10 hari. Kisahnya terjadi di England. Aku mahu kongsi bersama u guys semua mengenai perkara ini. Maklumak ini aku peroleh dari email seorang rakan sekerja. Seorang lelaki Transgender bernama Thomas Beatie dikatakan lelaki pertama yang mengandung. Dia mengandungkan bayi isterinya. Bayangkan keadaan lelaki apabila mengandungi. Dan dipaparkan sebahagian gambar dari internet.

Perlukah aku meragui?

Hati kecil aku sering kali bertanya, sejauhmana keikhlasan dan kejujuran cintanya kepada diriku? Aku tidak mahu memikirkan semua ini.Aku yakin dan percaya dia cintakan aku, tetapi mengapa perlu ada keraguaan ini? arhhh..aku benci ada perasaan sebegini. Baby, hanya satu aku pinta daripadamu, cintailah aku dengan kejujuran hatimu kerna aku terlalu cinta, sayang dan kasih kepada dirimu. Aku ikhlas dan tak sanggup untuk mencurangimu. Bagiku, cinta adalah harta dan perasaan yang tidak terhingga nilainya. My soul is loving you.

Tuesday, July 29, 2008

Aku mahu dia tahu

HANYA SATU PINTAKU, BACALAH HATI KECILKU YANG SELALU MERINTIH MENGINGINKAN DIRIMU. SETIAP SAAT, SETIAP HEMBUSAN NAFAS ADALAH CINTAKU KEPADA DIRIMU.

Maskulin Party is back..

Guys, watch out this saturday...maskulin party is back. Dengan tema Beach, party maskulin kali ini akan diadakan di The Ship Bukit Bintang, 4pm-9pm. Guest, readers and celebrities who are invited, see you there ok...we enjoy!have Fun and be cool....

Sunday, July 27, 2008

relaxing and easy...new in town

simple sign but cool internal deco
here we are

fashion show by few designer
one of de art by indonesia artist
Hey guys check it out, new club in town....CLOTH & CLEF the great and 1st ever club with cool concept...combination of three element....music, fashion and art....last week i been there for launch party....one thing u guys can't find at others club...here u can buy some cool fashion stuff, jamming with ur band with diffrent music genre, and art...art...art... watch it!

Friday, July 25, 2008

Photography cover isu sept08

Sebelum acara bermula, sesi perbincangan dibuat
Jay, our photografer One of the shot
Tengku Ean landing ats tangga konkrit

Last week 18 July 08- Shooting cover for september issue. Our cover Boy is Tengku Ean, Hit.fm deejay..so, guys dun forget to get a copy of maskulin sept issue. Get know who's Ean personaly. He's playful but camera shy....

Memahami dan difahami

Aku mulakan ungkapan rasa bahagia. Bahagia dalam erti kata menyeluruh, aku bahagian ada insan yang menyayangi, bahagia kerja sudah dibereskan, bahagia dengan kawan2 yang sentiasa ada di sampingku. Kepada teman2 love ull. Today, aku datang lewat ke pejabat, amik 2 jam lewat coz semalam asgtment sampai jam 11 mlm. Terasa penat terasa sampai ke pagi tadi...tapi aku happy n bersemangat pula mahu ke ofis. you guys know why? owh...aku berkesempatan bertemu dengan my baby lagi malam tadi. Terubat kerinduan di hati ini. Bagiku bertemu walau sesaat amat bermakna dan memberikan aku rasa bahagia.

Lupakan seketika apa yang berlaku hari ini. Aku mahu memperkatakan tentang tajuk yang tertulis di atas. Memahami dan difahami...mungkin korang tertanya2. why? apa benda? nak faham apa nyer? ermmm..ne aku nak bagi taw neh...Beginilah, aku straight to the point... Dalam sesebuah perhubungan, tak kiralah suami isteri ker, atau pasangan kekasih...setiap pasangan perlu ada aspek ini. Perlu memahami pasangan dan mahu pasangan memahami kita. Aku faham ko, ko kenalah faham aku..itu bahasa mudah yang senang difahami. Aku rasa faktor ini amat penting untuk membina kebahagian dalam perhubungan.

Aku terpanggil untuk berkata tentang perkara ne, apabila aku merasakan diriku terlalu cemburu..sifat yang patut ada tetapi jangan keterlaluan...apa yang terjadi pada aku, aku mencemburui si dia sehingga aku rasa takut dengan sikap ini, aku akan kehilangannya. Sumpah! aku tak mahu ia terjadi. Jadi, aku mula berfikir, dan aku pernah melalui zaman2 ketika di usia si dia. Dan aku mula memahaminya...memahami sifat, sikap, tingkah laku serta perbuatannya. Mengapa aku perlu cemburu apabila si mempunyai teman baru (sekadar teman biasa), sedangkan aku tahu dia cintakan aku. Tiada guna bukan? Dalam aku perlu memahami dirinya, aku juga mahu dia memahami diri aku yang sebenar. Siapa aku? bagaimana sifat dan sikapku? jiwaku bagaimana pula? sebab, kadang-kala aku rasanya si dia begitu diam sehingga aku tertanya2 adakah dia selesa apabila bersama ku? Dari pandangan dan sentuhannya, aku yakin dia mencintai diriku. Cuma caranya yang lebih senang untuk berdiam diri. Mungkin itu caranya dan aku perlu faham.

Sekarang aku bersyukur, my baby mula memahami siapa aku dan aku mula memahami dia sepenuhnya. Dalam perhubungan ini, aku hanya mengharapkan sebuah kebahagian berpanjangan dan mengharapkan hubunganyang berkekalan.

Thursday, July 24, 2008

Baru boleh bernyawa...

Huh! skrunk baru jew boleh bernyawa skit...dalam lebih kurang seminggu aku duk bertungkus-lumus menyiapkan edisi raya..mak oii..keje sorang2..banyak shooting, pinjam-pulang barang, tulis artikel lagik..hari aku lega sebab keje dah abis...hah!, dlm aku sibuk buat keje terlupa pulak aku nak jenguk blog neh..tak sempat nak menulis. Ne, ada ruang masa skitlah, so boleh aku bertandang ke ruang maya ini lagik...kawan2 duk bertanya, tak updated blog ker? malas nyer nak menjawab...aku tak ada idealah nak tulis per..., tapi kan, nak bagitaw korang sume..dalam seminggu aku siapkan keje, dlm seminggu ne gaklah aku menderita sakit gigi...adoiiii...korang tawlah kalau sakit gigi cam mana...tambah pulak keje banyak...tension tahap cipan rasanyer...., dahlah korang, skit2 dah ler.....apa2 lagik aku updated...chowww..

Friday, July 18, 2008

i'm sick...

Yesterday i'm so happy because met my baby. Kami jumpa kat Pavilion KL. That time kebetulan aku ambil pakaian untuk shooting cover, dia pulak dengan kawan-kawan kat Times Square. Katanya nak makan kat Chiken Hut..bestnya...tapi tak ajak cayang pun. Kami jumpe kat BB PLaza and have drink..seronoknyer dapat bersama dia.Tapi kan..dia macam cam bad mood jer...nak tahu kenapa? because my new hair style...dia tak suka aku color rambut..., aku ingat nak bagi suprise, tapi rupa2nyer dia tak suka lak..tapi takperlah..nanti aku color balik rambut ne..lama juga gak pujuk dia n bagi dia senyum balik...macam2 aku buat. akhirnyer dia cakap...baby sayang cayang...bahagianyer aku rasa..Today, aku tak rasa macam semalam.Aku rasa bad mood lak, tension dan macam2 aku rasa..because aku rasa tak sihat, selesema n pening kepala...datang kerja just siapkan 2 artikel jer. Ermmm...hingus meleleh jer...bersin tak henti2. Adoi...nasib baik esok cuti...Aku rasa bertambah tak sihat sebab izwa mintak aku tlg dia menyelaras cover shoot. Bukan aku tak nak tlg tapi mmg tak larat...As a one team..aku buat jugak...Adoi...buat kat luar dengan cuaca panas...aku semakin rimas dan letih...aku tak handle sangatlah..nasib baik ada Kak Liza our AD. Dia yg banyak styling pose cover boy kali ini...nak tahu sapa, tunggu maskulin kuar dulu. Nie untuk isu September 2008. Jangan lupa dapatkan maskulin...oklah chio dulu..kepala aku semakin pusing...

Wednesday, July 16, 2008

My new hair style





Hari ni, aku with Ika remaja writer when to The Met Salon at Park Royal Hotel. What we doing there? ermmm...if u guys see the pictures, sure dah tahukan..huhuhu..make over my new hair style...free beb! sapa tak nak cuba. Bukan aku sorang jer yang buat..ika pun sama. Nak tahu cam mana kami dapat free? sebenarnya The Met buat media preview for new colors look iaitu "Brownies". Aku dapat invitation untuk try the new look neh...hah, cam mana? korang rasa ok tak my new hair style neh? komen skit.....

Whole day shooting




Ammar si model
Yesterday 15/7/08- Busy day and i'm so tired. Whole day ada shooting. Biasalah masuk isu Raya neh, memang bz skitlah. Kerja kena siap early. Yesterday frm morning sampailah petang aku shooting. Sebelah paginya aku shoot fesyen (stail raya) dan sebelah petangnya shoot pulak products. At the same time, aku help Leezard handle shooting 'Wanita Pilihan'...hoihohoho..penat beb!. Untuk shooting semlm aku bengang jugalah, 2 week ago aku booked studio. Tapi studio full house...tak sangka pulak semalam banyak magazine yang ada shoot. Baju dah ada, model n make up artist dah sampai, nak tak nak aku kena carik tempat yang sesuai. Aku discuss ngan my photografer Asril, we do the shooting kat luar. Set up mini studio....berpanas pulak tu. Tapi aku tak kisah sgt janji kerja siap. Model pun ok, walaupun 7 pasang baju, shooting tu dilakukan dalam tempoh sekejap...oh yer, kali ne fesyen raya lebih
kontemporari. Hah, kalau korang wanna see the result, dun forget to get a copy of maskulin for September issu. huhuhuhu

Monday, July 14, 2008

Islamic wear modern version


This picture taken by me last week during photoshoot for Nona mag. Your guys imagine how if muslim ladies wear like this in the office? in new world is not possible dowh...but this photo just half shot because they just wanna show the 'tudung' and model is Mat Salleh..

Biasa2 sajor ari neh...

Today, nuthing much..in office then out for do the shooting at Mutiara Damansara. After that when to The Curve collect skin care products...after that rushing to Mid Valley, collect merchandise at Tangoo boutique. Huh! so tired and today hot. Didt take lunch i'm rushing to the office. owh..tired-tired-tired. rest for a while and continue do my work. Ermmm...i feel sumthing missing...owh...why my bby just keep quite? hey baby, miss u lah...why didt sms me? u bz hah? anyway hope you fine and dun be noty2....love you.

Saturday, July 12, 2008

Aku rasa bahagia....

Yesterday-11/7/08- Aku rasa begitu bahagia sekali. Dalam itu aku juga resah...aku tak mahu ceritakan keresahan yang aku rasai. Biarlah aku nyatakan kebahagian yang aku rasai. Semalam selepas balik dari kerja, aku plan akan berjumpa dengan my love...yes, we met at Mid. Valley. Perasaan rindu terubat melihat wajahnya. Lepas tu, kami pergi karaoke kat New KTV, Ampang Park dengan my ofismate. Kali ini aku dapat meluangkan lebih lama masa bersama dirinya. Oh! aku begitu bahagia berada di sampingnya. Sudah lama kami tidak bersama. Paling bestnya for the 1st time ever, dia tunjuk bakatnya menyanyi. Tak sangka my baby pandai menyanyi dan suaranya memang best. Aku rasa seronok dan bahagia. Baby, thanks bersama cayang. Tapi bila lagi kita akan bertemu?

Friday, July 11, 2008

Atas nama seni










FIne Art Photo
Photo by- Trevor Brandy













PERFUME OF THE YEAR



Below is the- TOP 3 of d-Best Men's Fragrance according basenotes

Gold Award: Terre d'Hermès by Hermès
Silver Award: Green Irish Tweed by Creed
Bronze Award: Vetiver by Guerlainand

Others:
Angel Men by Thierry Mugler
Acqua di Giò pour Homme by Giorgio Armani
Eau Sauvage by Christian Dior
Green Irish Tweed by Creed
Habit Rouge by Guerlain
L'Eau D'Issey pour Homme by Issey Miyake
M7 by Yves Saint Laurent
Terre d'Hermès by Hermès Vetiver by Guerlain
Égoïste / L'Égoïste by Chanelalso

Previous winner is:
Angel Men by Thierry Mugler (2006)
Angel Men by Thierry Mugler (2005)
Angel Men by Thierry Mugler (2004)
Vetiver by Guerlain (2002)
Cool Water by Davidoff (2001)
Vetiver by Guerlain (2000)
Égoïste / L'Égoïste by Chanel (2007)

Ada tak perfume yang korang pakai?

Aku binggung...

Mengapa cintaku sentiasa diduga? Aku tak pernah memainkan kesetiaan cintaku kepada dirinya. Aku ikhlas dan aku tahu dia juga ikhlas mencintai aku. Tapi mengapa begitu sukar untuk aku dan dia menghadapi cinta ini? Apa salah kami? Aku binggung...Sekarang, susah untuk aku jelaskan apa yang terjadi. Namun, biar apa yang terjadi, cinta dan kasih aku kepadanya tidak akan terpadam.

Thursday, July 10, 2008

"You Are The One"

Hmmmmmm
Ooooooooh
Sometimes i sit and i wonder
And i just can't seem to believe
What a blessing it's been to be loved
You're an angel sent to me
You're the star who lights up my sky
You're the one who made me see
That you don't need wings to fly
Your love has set me free
Cause you are the one who makes me whole
In my heart and in my soul
And just like the sun you showed me the light
I'm amazed and you're the reason why
Before you i was so blind
I didn't know which path to choose
You poured all of this love in my heart
And now there's no way that I can lose
Cause you are the one who makes me whole
In my heart and in my soul
And just like the sun you showed me the light
I'm amazed and you're the reason why
Oooohh you're the reason why
Oh ooooooooh
You are the one who makes me whole
In my heart and in my soul
Just like the sun you showed me the light
I'm amazed and you're the reason why
Cause you are the one who makes me whole
In my heart and in my soul
Just like the sun you showed me the light
I'm amazed and you're the reason why
You are the one who makes me whole
In my heart and in my soul
And just like the sun you showed me the light
I'm amazed and you're the reason why
Hmmmmmmmm Ooooooh

Wednesday, July 09, 2008

Shooting with Aizat

Pose Aizat ketika sesi photography..

Thanks Aizat...

Sempat lagi senyum... he is a playful boy...

Today, aku ada sesi photography bersama Aizat yang popular dengan lagu 'Hanya Kau Yang Mampu', untuk kolum Selebriti. Artis yang lahir dari AF5 ini merupakan pendatang baru yang bakal mewarni dan memberi saingan hebat kepada penyanyi lelaki sedia ada. Jangan lupa dapatkan album Aizat kat pasaran. 'Percubaan Pertama' baby pertama Aizat yang memuatkan lagu best2.Aku sekarang dan minat giler kat lagu2 dalam album ne. Sudah tentu lagu Hanya Kau Yang MAmpu, Fikirkan, Sahabat dan Lagu Kita bakal menjadi hit. Masa sesi photography Aizat bawa album dia. Special for me, dia tandatangan. Pesan Aizat "Nikmatilah Muzik Saya!". Thanks Aizat for the album.