Wednesday, March 18, 2009

Jiwa kacau di pagi hari


Seawal pagi, mood aku kacau bilau...terganggu dan tertekan...oh yer..jam 5.00 aku sudah terjaga dari tidur. Semalam aku tidak dapat lelapkan mata...kenapa? aku fikirkan masalah yang melanda jiwa. Sakit hati dan geram dengan sikap si dia...Aku bersabar..dan bersabar...namun, kesabaran itu ada batasnya...Pagi ne..terjadi lagi, arrrrgg..jiwa dan perasaan aku seperti lebatnya hujan pagi ne. Semakin hendak dihentikan kekacauan dlm jiwa, semakin kuat rasa marah tu...lupakan!

Pagi ne aku temani dia ke tempat kerjanya (praktikal) di Kelana Jaya. Jam di tangan menunjukkan 6.30 pagi. Kedindingan mecengkam ke tulang putihku. Sepanjang perjalanan aku banyak berdiam diri. Jika aku bersuara, pastinya tidak akan berhenti kemarahan itu. Tapi lain pula jadinya, pabila aku diam, dia pula gelisah serba tidak kena.... "tak habis2 lagi ker..." itu pertanyaan yang kerap kali ditanya apabila kami bertengkar...mendung rasanya perasaan ini...

Entah, mampukah aku menukar mood ku sepanjang hari ini? Aku cuba happykan diri apabila sampai di pejabat. Orang yang tak pernah ditegur pagi2 aku tegur hari ini.. Berjenaka.... aku mahu lupakan perkara yang terjadi semalam dan awal pagi ini.

Monday, March 16, 2009

AKU TIDAK PERNAH BERBOHONG MENCINTAIMU

Aku tidak pernah cuba untuk berbohong mencintaimu
Aku tidak pernah cuba untuk menduakan cintamu
Aku tidak pernah cuba untuk curangi cintamu kepadaku
dan..aku tidak pernah cuba untuk menghilangkan
perasaan cinta kepadamu dihatiku...

Sayang....cinta....kasih sayang aku semaikan di jiwa ini hanya padamu.
Kekasih hatiku...
Percayalah kepadaku...

Cintaku,
Biarpun berkali kau pernah lukakan hati ini,
namun sedikitpun tidak aku berganjak
cuba untuk melenyapkan perasaan ini..
kerinduan dan cinta kepadamu terpatri di lubuk hati ini..

PLM ATV RIDE CHALLENGE

Tarikh: 14 Mac 2009
Lokasi: Sec.7, Shah Alam

Hari sabtu lalu, finalis Pencarian Lelaki Maskulin telah menlakukan aktiviti terakhir mereka sebelum ke final. Aktiviti kali ini lebih ekstrem dan mencabar. ATV Ride Challenge anjuran team Maskulin bersama penaja kami G-Motosport telah menguji ketangkasan, keberanian dan sudah tentu maskuliniti para finalis. Berikut antara gambar2 yang sempat dirakam sepanjang aktiviti itu dijalankan. Untuk paparan lebih lanjut, jangan lupa untuk mendapatkan MASKULIN isu Mei'09. Lebih banyak aksi yang kami paparkan.

Dua finalis yang menggayakan t-shirt rasmi Pencarian Lelaki Maskulin musim ke-3 ini. Gambar ne dirakam oleh jurugambar kami Aswal ketika sesi brefing oleh editor dan pihak G-Motosport. Ketika ne boleh tgk wajah finalis yang tidak sabar2 lagi untuk mencuba ATV.
Inilah ATV yang digunakan oleh finalis untuk cabaran lasak ini. ATV ini juga antara hadiah yang bakal dimiliki oleh pemenang pertama dan kedua. Best kan diorang, dapat hadiah ATV kalau menang.

Nampaknya finalis tidak sabar2 lagi ingin mencuba ATV ne. Dalam gambar kelihatan Mad, Ary, Isam, Amrani, ucop, Zarin dan Kazman...masing2 mula memasang strategi.huhuhu

Aksi salah seorang peserta yang memulakan cabaran. Nampaknya mereka begitu teruja sekali. Ada yang pertama kali mencubanya... dalam gambar adalah Ary.

BEHIND THE SCENE COVER SHOOT

Tarikh: 10 March 2009
Masa: 10.00am
Lokasi: Pusat Ekuin, UPM

Baru-baru team Maskulin telah mengadakan photoshoot for Mei isu. Lokasi seperti yang tercatat di atas. 1st time photoshoot mengandingkan binatang dan cover boy... susah juga sebenarnya nak handle photoshoot ne. Maklumlah kuda yang dijadikan cover gak ne, tak dengar cakap. Keadaan cuaca panas memeritkan lagi sesi penggambaran yang memakan masa hampir 3 jam tu. Apa2 pun photoshoot tu berjaya dilaksanakan. So, kalau kalian nak tengok hasilnya, jangan lupa dptkan MASKULIN isu Mei09 nanti.

Inilah kaki tangan yang terlibat dengan photoshoot cover tu. Yang pakai short tu lah Ipul, our photografer. Mamat ne memang sempoi n cool. Gambar2 yang dia ambik sumenya cantik-cantik. Tak reti dah aku nak pilih. To Ipul and asst. dia Nadia, Thank you so much.
Cover boy yang menhiasi isu Mei nanti sedang posing atas kuda. Kesian Ipul yang terpaksa kesana kemari mencari angle terbaik. Kuda buat hal lak, x mahu duduk diam. Aku seperti biasa, memberi bantuan dan idea untuk Ipul dptkan shot menarik.

Uncle Khrisnan (baju merah) sedang memerhatikan kami bekerja. Gadis berbaju puple tu Nadia, pembantu make up artis...cute girl. Cuaca panas masa ne, Tuhan saja yang tahu. Aku berpeluh cam dah mandi. Huhuhuhu...

Inilah make up artis terkenal yang mendandan cover boy Maskulin kali ini. Baby Elle banyak membantu sepanjang photoshoot ne. Thanks to Baby Elle. Kamu juga sempoi. Oh, ya, time photoshoot ne, Baby Elle pun tunjuk bakat dalam photography...katanya dia nak tukar profession, nak jadik fotografer sepenuh masa....biar betul ke cik baby kite ne. Mesti korang tertanya-tanya, siapalah cover boy isu Mei nanti? Kalau nak tahu, dapatkan MASKULIN majalah kesayangan anda ini.

Ini antara shot yang dirakam oleh Baby Elle, hehehe. Aku sedang memberikan arahan pada cover boy agar lebih tenang dan jangan mengelabah dengan kuda ne...

Saturday, March 14, 2009

ATV RIDE XTVT DAN SURPRISE BIRTHDAY CAKE

Today 14/3/09- Hari kedua selepas my birthday. Today aku bersama team Maskulin dan finalist Pencarian Lelaki Maskulin ada xtvt terakhir sebelum final pada 5 April 2009 nanti. ATV Ride challenge anjuran G-Motosport selaku penaja hadiah kepada pemenang ini diadakan di sec.7 Shah Alam.Xtvt yang menguji ketangasan ne mmg seronok bila sekali try...aku tak lepaskan peluang, cuba jugalah. Ne kali kedua aku try ATV, pertama kali masa aku ke Adelaide, Australia dulu. Lokasi dan permukaan bumi lebih mencabar berbanding yang diadakan hari ni. Tapi tetap menyeronokkan. Kejadian x berapa nak baik apabila salah seorng finalis telah melanggar salah seorang staff dari G-motosport kerana hilang kawalan. Laju pulak tu si finalis tu bawak. Suasana senyap sekejap...x sangka acident tu boleh berlaku. Nasib baiklah tidak mengalami kecederaan teruk. Xtvt ATV Ride ne abis kira-kira 1.30 pm.

Selepas xtvt tu, team dan semua finali bergerak pula ke sec.13, untuk menikmati makan tengah hari di Burger King, penaja makan kami sepanjang PLM ne...hai, naik muak dah asyik makan burger jer..huhuhuhu...disebabkan agak kepenantan dan tidak sihat, aku memutuskan untuk tidak join the group.Last2 terpaksa pergi juga sebab my editor suruh pergi sebab banyak burger yg mereka sediakan. Tanpa fikir apa2 aku pegi ke burger king tu. Aku bukak saja pintu semua nyanyikan happy birthday kat aku...arggghhhh..aku terkejut giler arrr...aku x sangka diorang sume rupa2nyer dah plan nak wat surprise birthday kat aku...huhuhu..terharu rasanya...biarpun dah 2 hari berlalu, dia orng msh nak celebratekan..terima kasih bebanyak...Sepanjang 29 tahun hidup, inilah kali kedua aku disurprisekan dengan kek. Pertamanya malam birthday aku...my housemate surprisekan dengan 1 slice kek..tapi hari ne sebijik kek...x pernah selama ni dlm hidup aku dpt rasai pglman mcm ne...sekali lagi guys..thank you so much...

Friday, March 13, 2009

MY BIRTHDAY


12th March, it's was my birthday. Happy birthday to me.
Seperti setiap tahun, i never celebrate my birthday and never get nay hadiah..huhuhuhu...tidak mengharapkan semua itu. For me, hari lahir seperti juga hari-hari biasa, cuma aku rasa bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk terus bernafas, memberikan kesihatan dan memberi peluang menjalani kehidupan. Padamu Ya Allah, aku bersyukur dan berdoa, Kau berikan aku kesejahteraan dan keredhaan hidup. Alhamdulliah.

To sumone who l'm really love, thanks wish me Happy Birthday. u'r the 1st...

Friday, March 06, 2009

MASKULIN APRIL 09

Jangan lupa dapatkan MASKULIN isu April 09 di pasaran tidak lama lagi. Antara yang menarik dan perlu diketahui, bagaimana menghadapi atau survive dalam krisis ekonomi global, tip-tip berguna untuk anda. Antaranya 10 tip cara jimat terbaik, graduan menganggur macam mana cari kerja time gawat, dll. Skinny n fat man, ada panduan fesyen untuk anda. Dekati juga personaliti muka depan kali ini. Zachery Francis pelakon dan bekas penyanyi kumpulan X-Factor..dia tidak lagi fobia? fobia apa yer? oh! ketahui juga cara atasi masalah berdengkur ketika tidur. Jangan biarkan pasangan anda merana kerana dengkuran anda itu. Segalanya dalam MASKULIN, majalah lelaki nombor satu di Malaysia. Dapatkan di kedai buku berhampiran anda. Yahuuuuuuuuu!!!

Tuesday, February 24, 2009

Photoshoot with PLM Finalist

Hah! ucop (nampak kaki tu jer), ngpa tak zip seluar ko tu?
Buat elok2lah nak main2 lagi....

Alamak seluar ko korak ker isam?
Semalam 23 Feb (9am-6pm),. Sesi fotografi dengan finalis Pencarian Lelaki Maskulin amat memenatkan. Yelah, 20 orang pelbagai perangai yang melelahkan aku. Selaku penyelaras dan stylist photoshoot tu, aku dah nak pengsan. Tujuan photoshoot ne bukan saja sebagai profile mereka, tetapi untuk dimuatkan dalam kolum fesyen. So kalau kalian nak tgk hasilnya tunggu MASKULIN keluaran April. Gambar2 ne menunjukkan suasana di sebalik tabir photoshoot tu.


























Thursday, February 19, 2009

Terasa semakin jauh...

Renungan berkaca..tanpa sedar takungan air mata meniti di bibir kelopak mataku. Mahu ku tahan namun tidak terdaya lagi. Biarlah ia mengalir.Wajahnya terbayang semakin dekat. Seolah-olah dia berdiri di hadapanku. Mahu ku sentuh, tapi itu hanyalah bayangan imaginasi. Pedihnya hati ini mengenangkan segala yang terjadi.

Saban hari aku menantikan dirinya. Bukan hanya sekadar mengirimkan SMS, malah tatkala hati ini tidak dapat menahan kerinduaan, aku menghubunginya. Mendengar suaranya sudah membuatku rasa bahagian. Namun kini, aku merasakan dia semakin jauh dengan diriku. Lain benar tingkah lakunya. Kemana hilang nikmat cinta yang kuterima daripadanya dulu? Semua itu kurasa pergi menjauh dari hidupku.

Aku mahukan perjelasan ini daripadanya? Sukarkah kau ingin melafazkan keiginan yang sepatutnya kau nyatakan dan kau pedam di dalam hatimu? Aku lebih rela kau nyatakan perkara sebenar, dari aku terus diperlakukan sebegini....Sekarang sudah aku faham dan temui jawapan. Perlukah aku terus mengharapakan cinta daripadanya?

....hatiku terasa sangat pedih.

Monday, February 16, 2009

Yang Tersurat dan tersirat

Today (16 Feb 09), Hari yang ku rasakan sinar kebahagian, namun jiwaku masih ragu2. Seawal jam 5.15 pagi , kedengaran lagu I won't go home without u by Marroon Five menerusi telefon bimbit mengejutkan aku dari lena. Keheningan pagi memberikan aku rasa penuh semangat untuk menjalani permulaan minggu bekerja. Alhamdullilah.

Bercerita tentang episod yang berlaku sepanjang hari semalam, aku rasa begitu gembira dan bahagia dapat bersama dengan yang tersayang. Bersamanya aku seharian meluahkan rasa yang masih terasa keresahan. Matanya ku tenung dan aku merasakan getarnya. Cahaya matanya bersinar mengungkapkan satu rahsia. Biarlah, biarlah aku sahaja yang tahu tentang itu. Yang tersurat, dapatku rungkaikan, yang tersirat dapatku gambarkan.

Baby, andai dirimu membaca coretan ini, katakan lah kepada ku, tiada lagi nestapa...

Aku, mencintai dan menghargaimu yang hadir dalam hidup ini.

Sunday, February 15, 2009

SETAHUN BERLALU...MENGHARUNGI SEBUAH CINTA


" Kuhinakan diriku untuk merengkuh cinta sejati,
Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku,
meski sekilas kurasa namun akan menjadi bekal hingga akhir zaman..."

Genap setahun bersama yang tercinta.Percintaan yang dilalui penuh dengan dugaan. Kegembiraan, kesedihan, kerinduan, keperitan..dilalui dengan hati penuh duka dan lara. Di hatiku tidak pernah ada rasa bosan untuk terus mencintai dirinya...sayang dan cintakan dia tidak pernah pudar. Biarpun pelbagai masalah antara kami, namun cinta ku kepada dirinya tetap utuh. Tetapi dia? Biarlah dia dengan dirinya...dia tahu apa yang dia lakukan. Sejauhmana cinta dan kasihnya kepada diriku..hanya Tuhan yang tahu...My baby...u are still my love.

Thursday, February 05, 2009

MASKULIN MARCH 09


Jangan ketinggalan untuk mendapatkan majalah lelaki no. 1 di Malaysia, MASKULIN. Antara yang menarik isu kali ini, 16m/s Lelaki + Rambut, cerita tiga personaliti muka depan, Scha, Faradia dan Ally Iskandar, ketahui krateria lelaki dan wanita kuat seks, Eksprementasi Merah Jambu dll. Jangan lupa ya..

Wednesday, February 04, 2009

AKU STRESS LAH WEH!!!!!


Stressnyer akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!

Ngapa dia wat cam ne kat aku?

ngapa nak buat aku tertanya2?

berterus terang cam tak berterus-terang jer...

ARRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHH!!!!!!!!!

Friday, January 30, 2009

To someone who i called sister...

Sister, Please Hold My Hand

Sister, please hold my hand
As we journey through this land
Together we stand, together we will fall
No matter what, God will keep us together

That will be the best of all
Sister, please hold my hand
Because without you I can't stand
For we were put on this earth for a reason

To go through every good and bad season
Sister, please hold my hand
As our strength, together, builds each other to become strong
So that our love for each other will last long

Thursday, January 29, 2009

Haruskah aku berhenti mengharap?

Entah yang ke berapa ratus kali aku ungkapkan aku sentiasa menyintai dirinya.Cinta ku bukan mainan, cintaku adalah kejujuran. Kau katakan kau cinta padaku. Buktikan kata-kata mu itu adalah ikhlas dari hati. Aku mengerti kau mahu bebas, namun pada masa yang sama kau menginginkan aku. Haruskah aku berhenti mengharap?

Wednesday, January 28, 2009

Kembali bertugas

Seperti biasa, setelah lama bercuti, minggu bekerja pun bermula. Arggghhhh malasnya nak keje..ermmm..Minggu terakhir di bulan Januari. Lepas ne masuk pulak bulan Februari. nampaknya masih belum ada perubahan dlm hidup...azam 2009 masih dlm rangka permulaan. Mmg tahun ni ada beberapa sasaran yang perlu aku capai. Biarpun tahun ini dijangka kegawatan ekonomi teruk akan melanda, tapi aku akan berusaha sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Buat yang terbaik dalam apa jua perkara. Paling utama adalah perubahan sikap dan keperibadian. Aku tidak mahu jadi MIZI seperti tahun lalu. Tahun ini aku mahu jadi MIZI yang baru. Insyallah.

Kembali bertemu....

Wednesday, January 21, 2009

Minggu aku sakit...



Minggu ini aku benar2 diuji Maha Esa. Aku bukan sahaja diuji dengan rasa penuh keresahan dan tertekan dengan apa yang berlaku dlm perhubungan, tetapi aku juga diuji dengan memberikan rasa sakit. Selepas tiga hari aku mengalami masalah gastrik, kini aku dilanda demam teruk. Batuk, selesema dan demam. Aku rasa betul2 penat. Aku redha dengan ujian Tuhan ini. Harapanku agar cepat sembuh, dapat aku menjalani rutin harian seperti biasa, menjalani suruhanNya. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa hambamu ini. Amin.

Saturday, January 17, 2009

Kesetian dibalas kekecewaan

Perasaan, jiwa aku kusut. Kesedihan, kekecewaan dan penderitaan ini tidak tertanggung lagi. andai kalian di tempat aku, pasti kalian mengerti bertapa seksanya aku untuk menghadapi semuanya ini. Hah...ramai kawan nasihatkan aku, jangan nak diikutkan sangat perasaan tu. what do u mean? Korang tak rasa bolehlah cakap....yg tanggung aku neh.

Arrrggggggg....hidup tak guna kalau aku sering menerima takdir kekecewaan. Kalau aku ne tak kuat iman, tak fikir agama, tak fikir balasan Tuhan, tak fikir arwah ibu, dah lama dah bangunan 14 tingkat aku terjun, takpun minum racun. Lagi best kalau dapat duduk tengah2 highway...terus kena langgar...wah....best tu.

aku tak tahu nak cakap lagi, apa yang aku hadapi ini benar2 bermain dengan perasaan sehingga aku lemah untuk berdepan dengannya. "what eva happen ill not leave u!"....adakah itu pasti?

Wednesday, January 14, 2009

Tangisan kerinduan

Wajahnya aku terbayang, teringat akan dirinya. Kerinduan ku kepadanya tidak tertanggung.Tiba-tiba mataku berkaca dengan kristal jernih. Pelahan2 mengalir membasihi pipi.wajahnya kian terbayang, aku menangis sekuat2nya. Aku tidak tahu mengapa, kerinduaan yang aku rasai ini seolah2 aku tidak akan berjumpa dengannya lagi.Baby, pinta cyg, janganlah kau berubah hati.Cintailah aku, sayangilah aku. Terimalah aku sebahagian dalam hidup mu dan keluarga.