Monday, July 07, 2008

Gembira sangat....

Today 7/7/08- Hari yang paling gembira setelah lama aku tidak merasai perasaan ini. Pagi ni aku tak masuk ofis, sebaliknya aku ke Pavilion untuk amik pakaian for shooting. Selepas tu, aku ke KL sentral..apa lagi nak balik ofislah. Otw ke KL Sentral , aku cuba sms kawan baik my baby...bertanyakan tentang si dia. Semtara masih awal, aku plan nak jumpa my baby n kawan dia tu. So, kami plan jumpa kat KL sentral. Hampir sejam aku menunggu...maklumlah diaorang dari kolej. Tak perlah menunggu lama, janji aku dapat jumpa my baby. Aku tggu diaorang kat food court. Lama menunggu, tiba-tiba my baby berdiri depan aku. ..aku terdiam
...speechless....rindu yang aku tanggung selama ini kini terubat. aku nak peluk jer dia, tapi maklum sajalah time tu lunch time...so org kat food court tu ramai...aku gembira n seronok tidak terkira. Baby nampak lain, dia makin comel...comel sgt...nak kiss jer pipi....hehhehe...namun aku tak boleh lama. nanti lambat masuk ofis...tak banyak kami borak dah terpaksa berpisah buat sementara...baby thanks sangat dtg jumpa cyg...love u so much....nanti kita jumpa lagi taw...muahhhhh

Sunday, July 06, 2008

Aku rasa sepi....

Minggu ne, sabtu 5/7/- Aku ke ofis untuk menyiapkan kerja (PDF layout August issue). Temankan my graphic artist siapkan layout and aku check apa2 kesalahan pada manuskrip. Lama juga lah semalam, dari pagi sampai jam 6pm. Minggu ni aku rasa lonely sangat dunno why. even still dengan kawan2 n buat kerja, but my feeling so blanks....even i can't consentrate to my work...terasa tak bermaya...what happend to me lah...Today 6/7/08- awal2 lagi aku kuar dari umah Oda, my ofismate..semalam aku tidur umah dia. Malas nak balik ampang...dari ofis terus jer ke umah dia di brickfields. Aku tak mahu fikiran terganggu, jadi aku tidur awal....tapi aku tak tahu mengapa sukar pulak nak tidur...pusing sana pusing sini serba tak kena. dalam aku tidur2 ayam, sedar tak sedar air mata mengalir...wajah arwah my mom tiba2 muncul dalam benak fikiran...aku terlalu rindu dengan my mom..walaupun dah setahun lebih dia meninggalkan kami buat selama2nya....namun aku rasakan masih baru dia pergi. Aku doakan supaya ibuku ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin. Ermmm....bangun pagi, mata aku bengkak dan merah...berkali2 aku gosok, tapi penglihatan aku tak jelas...kabur jer....ingat apa2 dah terjadi pada mata aku neh, tapi lepas aku mandi....kembali cam asal, but still merah... lepas mandi n bersiap aku balik tanpa beritahu oda. Malas nak ganggu dia tidur. Sepanjang perjalanan balik, aku naik Lrt Star..dalam train macam2 aku fikirkan. Banyak benda yang aku perlu hadapi dan selesaikan. Hubungan cinta, aku belum pasti sejauhmana....Aku tetap mencintai dan mahu bersamanya'...soal kewangan. dalam keadaan ekonomi yg semakin teruk ni, aku perlu memikirkan cara terbaik utk lebih berjimat...arhhhhhhhhh.....banyak lagilah perkara...Aku tak tahu nak borak ngan sapa, nak bercerita pada sapa, so aku luahkan saja dalam blog neh....bukan niat nak minta simpati sesiapa..tetapi for me, this way boleh aku lepaskan tekanan. Aku harap today, i better than yesterday...to someone i love, i miss u so much and will love you till the ends. Baby are my heart, u are my blood, u are my soul. ..Love you.

Friday, July 04, 2008

Waiting for my new baby...

Oppsss jangan salah anggap...my new baby is not my Love....it just a stuff...but i'll love it...wait....i'll show to u guys later...

betul ke dia sudah di KL?

Hari ni 4/07/08- Menurut kawannya, my love akan datang ke KL. Aku tertanya-tanya. adakah benar dia sudah berada di KL? if yes, why..why did't call me? i'm waiting for you baby... Aku sabar menunggu, dan aku tak perlu nak salahkan dia. Aku faham keadaan dia sekarang. but i still cannot belive, why parents dia nak halang cinta kami? apa salah aku? Aku terlalu mencintai dia...

Thursday, July 03, 2008

Hari yang boring...malas.....


Today 3/7/08- Huh! what happend with me? nuthing, blank...blur....erggggggggg.....dari pagi sampai tengah hari and nak masuk petang dah....aku masih tak start lagi satu apa pun kerja. Rasa bosan, malas and fikiran berkecamuk...Masuk ofis, online myspace, bukak blog....chit-chat ngan kawan2 kat ofis...bosan....bukak folder gambar....tak menarik.....dengar music.....ya ado...arggggg...tensionnyer. Aku tak tahu mengapa hari ni jadi cam ne...?...tapi mungkin aku juga ada jawapan untuk pertanyaan aku tu...ermmm...si dia...ya si dia.....aku banyak fikir pasal dirinya...setiap masa aku merindui dirinya....Aku rasa aku dah giler bayang kot...perasaan dan fikiran yang kadang-kala menyeksakan..tetapi dengan mencintainya aku bahagia...biarpun pahit jua aku terpaksa terima...for me si dia adalah everthing for me...cinta aku hanya untuk dia....sah aku giler mabuk kepayang....tapi mengapa ada kawan2 yang bersimpati dengan aku? ...kalian tahu ker apa yg aku hadapi sekarang? ckplah dengan aku? weh..weh....mana korang tau hah?...neway..thanks guys. Berbalik pasal keje kat ofis ari ne....ermmm...sebenarnya aku tengah pening tak tahu yang nak mula dulu...boringlah isu kali ne...puasa,raya oh what everlah....yang penting aku kena siapkan juge. Aku duk menunggu bila designer leh siap depa nyer design for baju raya neh...wani, hatta, fifi..plsss..... satu lagi, pasal cover Sept..tak sure sapalah nak coverboy nyer...Sheikh Muzaffar masih tak berjawab...oh god! banyaknyer bende nak fikir...kalaulah badan aku ni boleh buat dua keje dalam satu masa kan besh ...hahahaha...everyone here also merungut the same thing...keje terpaksa keje...habis ko nak makan apa kalau tak keje?.....malas..malas..malas...abis memanglah keje ko tak akan siap...aku merungut sendiri lak...ermm..tak tahulah kawan2, aku selalu cam ne kalau dah pening sangat nak buat keje...adoi..TOLONG AKU GUYS>>>>>> nak tidor jap...

Remaja Argentina 17 Tahun Miliki Tujuh Anak Kandung


Dari 3 Teman Lelaki Yang Meninggalkannya Kes unik terjadi di Leones, Argentina. Remaja perempuan berusia 17 tahun memiliki tujuh anak kandung. Uniknya lagi, atau tragisnya, anak-anak itu memiliki tiga ayah berbeza yang saat ini tidak diketahui di mana. Dalam salah satu fotonya, remaja tersebut Pamela Villarruel itu terlihat seperti kakak yang bangga bersama tujuh adik-adiknya. Namun, mereka bukanlah adik-adiknya, melainkan anak-anak kandungnya. Tujuh anak tersebut diperolehnya dalam tiga kelahiran. Dua di antara tiga kehamilannya memang kembar tiga. Kalangan doktor menyebut kes Pamela itu sebagai "Kelangkaan ilmu pengetahuan" . Dia melahirkan anak pertama ketika berusia 14 tahun. Kemudian, dia dua kali melahirkan bayi kembar tiga pada usia 15 tahun dan 16 tahun. "Setiap hari adalah perjuangan berat. Namun, saya tidak akan mengubahnya. Mereka adalah malaikat-malaikat kecil saya," katanya sebagaimana dikutip sunday mirror.co.uk Yang unik, atau tragis, tiga kehamilan itu diketahui setelah hubungan dengan tiga lelaki tersebut putus . Kini, dia tidak tahu khabar ! Adaan tiga ayah anak-anak tersebut. Dia mengakui bahawa merawat tujuh anak adalah pekerjaan melelahkan. Namun, dia merasa bahagia karena anak- anaknya sehat dan bahagia. "Saya berusaha menjadi ibu terbaik bagi mereka, semampu yang saya lakukan," ujarnya. Pamela adalah anak bongsu di antara enam bersaudara dari pasangan Jose dengan Magdalena. Ibu adalah seorang sister, ayahnya cacat. Mereka tinggal di Leones, sebuah kota pertanian yang jarak sekitar 480 kilometer dari ibu kota Argentina, Buenos Aires.

Tuesday, July 01, 2008

Sempurna....

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujamu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Kisah Saiful...dikatakan diliwat....Anwar mengaku ke dia yang liwat?

Petang tadi(1/7/08)-I received email frm my officemate...pasal mamat nama saiful yg buat laporan polis kononnya dia diliwat oleh Anwar Ibrahim...masyaallah.... Ini cerita pasal...dan aku bukan niat nak aibkan dia....

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan.Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan "era kegemilangan" yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan2006 ternyata memang menjulang nama beliau.Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden.Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden.Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari.Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional?Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional.Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan "bertanggungjawab" sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan.Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang "star" sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana.Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari.Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done.Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.

http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful
-bukhari
Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari.
Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini.
Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.

Monday, June 30, 2008

Kan ku tunggu...


" Di sini ku menunggu, Di sini ku merindu, Di sini ku menanti hadirmu..." Ya! akan ku tunggu dirimu. Itu janjiku kerana hanya kamu yang 'Satu' yang kucintai.

Apa lagi yang kau mahu
cuba kau bisik padakul
angit bulan atau bintang seribu
jangan sangsi atau ragu
ku kan tetap di sisimu
janji ini takkan ku ingkari

selagi kau lafazkan cinta kepada ku
dari lirikan matamu
buat ku rasakan
kau hanya satu
dalam jiwaku
yang bisa buat ku bahagia

walau seribu datang meganggu
takkan ku menduakanmu
kau yg satu

hidup kita di dunia hanya untuk sementara
namun kasih ku kan kekal selamanya
cinta hak milik semua
hargailah sepenuhnya

takdir jua kan menentukannya
bukan hanya ucapan kasihku kepadamu
tiap dakapan mesraku pasti kau rasakan
kau hanya satu
dalam jiwaku
yang bisa buat ku bahagia

walau seribu datang meganggu
takkanku menduakanmu
percayalah kasihku
ku takkan melukaimu
tiada yang lain untukku
akan ku tuliskan janjiku
taat setia kepadamu
kaulah satu bagiku
kau yang satu dalam hidupku

Terubat Rindu seketika

Semalam, aku sms sahabat baiknyer, bertanyakan tentang si dia. Tidak lama kemudian, aku mendapat panggilan. Oh God, aku bersyukur dan gembira sekali. rupa-rupanya si dia yang aku rindui menelefon aku. Terubat rindu ku padanya. Terima kasih baby. Love you so much.

Sunday, June 29, 2008

Di sini Ku menunggu


Di sini ku menunggu
Di sini ku merindu
Di sini ku menanti hadirmu
Di sini tlah tertulis
Di sini tlah terukir
Di sini, hanya di sini namamu
Ku tak sanggup hidup sendiri
Ku tak sanggup hidup menyepi
Ku tak sanggup bila di sini sendiri
Dimana kan kutemui
Kekasih pautan hati
Di sini aku menanti hadirmu
Kapankah kan berakhir
Cerita kisah ini
Di sini, hanya di sini jiwamu

Saturday, June 28, 2008

sampai kapan?

" When I don't message you.Doesn't mean.I forgot about you.I was just giving you time.To miss me"--- baby, berapa lama lagi masa kau berikan untuk aku merindui dirimu? aku di sini derita merindui dirimu.

Hanya Dirimu

Mencintaimu, selama ku bernafas. Seindah cahaya pagi terangi hidupku.Memilikimu, akupun percaya. Kasih yang telah kau beri membuka mataku. Dan tuk pertama kali kusadar kau cintaku
Kutakkan bisa melakukan semua tanpa dirimu di sisiku, Kau yang menggenggam hatiku takkan sanggup melewati waktu tanpamu,Kerna hanya dirimu yang mengerti.
Peluk diriku hapuskan luka, kutak pernah berubah kerna ku memilihmu.

10 Hari berlalu- Aku terlalu rindu padamu

Kini, 10 hari berlalu, kali terakhir ku menatap wajahmu tanggal 19hb. Masih terbayang di fikiran akan keresahan di wajahmu. Aku mengerti apa yang kau hadapi. Dan ketika itu mahu saja aku berada di tempatmu. Kita bertemu hanya seketika cuma, dan aku begitu sedih menghadapi perpisahan itu. Ku mengharapkan kita bertemu lagi keesokannya, namun aku hampa dan gundah. Kau tidak kunjung tiba, hanya pemberian istimewa kau serahkan melalui teman baikmu. Demi Tuhan, aku gementar dan sayu. Hanya aku mahu ketemu dirimu sebelum aku pulang. Kekecewa itu tidak tertanggung lagi. Tanpa ku sedar, mata ku berkaca, namun ku tahan deraian kaca itu jatuh membasahi pipi. AKu pulang dengan hati yang berat dan kecewa.

Masa terus berlalu, setiap hari aku menunggu panggilan darimu. Namun kehampaan yang aku terima setiap hari. Entah mengapa kau terus membisu, adakah kau mahu melupakan diriku? Apa salahku kau terus menghukum aku begini? Terlalu kejam kurasa. Tapi, aku tidak mahu terus berprasangka buruk terhadapmu, kerna ku tahu kau terlalu sayang dan cintakan aku. Dan aku jua begitu. Cintaku kepada mu semakin kuat. Semakin rindu. Setiap saat aku menatap wajahmu kerana aku tidak mahu melupakan dirimu. Dari jauh ku berdoa, agar kita bisa bertemu lagi. Menjalin cinta yang suci ini. Aku percaya kau kan kembali demi cinta kita.

Namun, 10 hari berlalu, kau terus membisu dan membisu. jiwaku semakin resah. Menanti kabar beritamu. Kawan mu bertanyakan aku tentangmu. Apa harusku kabarkan kepada mereka? Aku tiada jawapan itu. Demi Tuhan, aku kini terseksa, derita kerana rinduku terhadapmu. Mahu saja aku mati dari terus begini. Biar aku mati dan membawa pergi cinta kita bersama. Aku mahu yang tahu, bertapa aku mencintai dirimu lebih dari apa yang kau tahu. Hanya kuasa Tuhan yang bisa meleraikan cinta suciku kepada dirimu. Cintaku, hanya satu pintaku, kau percayalah akan janji cintaku kepadamu. Aku tiada yang lain, selain mencintai dirimu. Andai kau tidak lagi mencintaiku, aku redha dan percayalah cintaku pada mu tetap bersemadi di lubuk hati ini. Aku ikhlas mencintaimu.

Friday, June 27, 2008

Dolce & Gabbana SS09


Wow..love this blazer. Motif oriental diterapkan pada sut double Breasted dan sut one button. Elemen Ying and Yang (Hitam Putih) memberi semangat kemegahan rekaan oleh dua pereka terkemuka ini. Potongan dan rekaannya fit ke tubuh membuatkan pemakaian jaket lebih elegan dan sofistiketed.

Jangan Lupakan


Ku berjalan terus tanpa henti
adn dia pun kini telah pergi
ku berdoa di tengah
indahnya dunia
ku berdoa untuk dia yang kurindukan

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
berselimut di tengah dingin dunia
berselimut dengan dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home..
would it be nice to kiss you..

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
bernyanyilah na na na na na
bernyanyilah untuk dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home ..
would it be nice to kiss you..

jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan pergi dari aku

Cintaku

Ooo Cintaku.. Ku mau tetap kamu
Yang jadi kekasih ku
Jangan pernah berubah
Slamanya kan ku jaga dirimu
Seperti kapas putih dihatiku
Takkan ku buat noda

Kebesaran ALLAH

Sebahagian Al-Quran yang dimakan anai-anai

Md. Farooq menunjukkan Al-Quran yang dimakan anai-anai

Kebesaran ALLAH - AL-QUR’AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. :- Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI – ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun….keseluruhan kulit naskah Al Qur’an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI – ANAI termasuklah ‘TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU’….. APA YANG MENAKJUBKAN ialah….anai-anai tersebut LANGSUNG TIDAK MENYENTUH HURUF-HURUF ASAL AL-QUR’AN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB.SUBHANALLAH !!!!!!

Kerinduan tidak tertanggung

SUATU KERINDUAN YANG TIDAK TERTANGGUNG

Baby, Tika dan saat ini ingatan ku terhadapmu semakin kuat…
Merindui dirimu siang dan malam
berjauhan denganmu membuatku semakin sayang
cintaku semakin mendalam

Baby,
Dan kini ternyata aku sepi tanpamu…
Sepi dalam erti kata rindu tidak tertanggung lagi
Rindu pada tawa dan senyummu,
Rindu pada sentuhan manjamu
Saban hari semua itu menghiasi dunia sepiku

Baby,
Aku terlalu merinduimu
Entah sampai bila aku harus begini
Setiap hari menantikan ucapan cinta darimu
Namun, kau terus membisu
Di angin lalu ini inginku sampaikan…
Dengarkanlah wahai kekasihku
Betapa aku rindu dan cintakan dirimu
Seandainya ku punya sayap
ingin ku terbang kepadamu.
mendakap erat kasihmu
mahuku leraikan segala kerinduan terpendam

Baby,
Pintaku datanglah kepadaku,
Di sini ku setia menunggu
walau ku tak pasti, adakah kau akan hadir padaku lagi
Ketahuilah… walau berjauhan, walau kesunyian…
Kasih dan sayangku tetap padamu…
Dan ingin kunyatakan… betapa ku bersyukur memilikmu
kerna aku terlalu cinta padamu.

Thursday, June 26, 2008

Shooting di Cameron Highlands

Antara permandangan indah di Ladang Tea

Permandangan dari bunglow tempat menginap.

Ni lah bunglow nyer..cantik kan.

Saiful , photografer aku.

Shafiq si model- hensem tak?

Jasleen, model tak boleh blah...opsss!

korang taw ler per aku buat tuh...

nie pun...cool just cool

23/June-25/08 lalu aku outstation ke Tanah Rata, Cameron Highlands. Wah! dah lama tak outstation. Awalnyer rancang hanya nak bercuti ke sini. Tapi memandangkan banyak benda aku leh buat kat sini, so aku cameron untuk bercuti sambil bekerja sekalilah.huhuhuhu, kira orite lah tuh. Aku kesana dengan sorang photografer and two model.

Cameron Highlands. maybe korang ketawakan aku kan jika aku kata this is first time aku ke Cameron. hahahahha...aku ketawa sendiri. But, sepanjang di sana. Its was wonderful. Nice scenery and paling best, getting know the owner of bunglow tmpt kita orang menginap. Nice old men personally. Bunglow dia memang cantik and can see the view of Tanah Rata. u guys know what? 6am i'm ready to shooting. Sejuk giler...hahahah..but its fun.
Sepanjang kat sana, aku bukan sahaja shoot fesyen, but also cafe, recepies and nice view..huhuhuhu..tunggu jer keluar kat dalam MASKULIN nanti. But, for ur guys, here i show u a few pics yang sempat dirakam.