Saturday, August 09, 2008

Kesihatan Tidak mengizinkan

Hari ini aku terjaga awal pagi. Sakit gigi dan kepala masih terasa. Aku tak larat nak bangun, lalu sambung tidur. sedar2 jam 2ptg. No body at home, aku keseorangan. Arrr....kepala terasa begitu sakit...berat...nak pitam pun ada....lepas mandi aku sms oda, nak pi umah dia kat brickfields, berehat kat umah dia. Aku tak tahu nak buat apa...just rehat n on9, updated my blog jer...arr..gigi terasa sakit lagi...kepala pun sakit....rehat jerlah..

Friday, August 08, 2008

Ada apa pada 8.8.08

Ramai umat manusia di dunia menantikan tarikh yang dianggap keramat dan bermakna ini. angka 8 selalunya disimbolkan sebagai nombor paling ong....itu kepercayaan orang cina. Tapi betul, 3 angka 8 begitu simbolik. pada hari ini, sukan olimpik bakal dirasmikan. Tidak kurang juga, ramai mengabdikan tarikh ini untuk mengikat tali pertunangan, pernikahan dan tidak kurang juga mengadakan majlis tertentu. Bagi aku, hari ini seperti juga hari-hari lain. Tiada bezanya. Mungkin bagi org lain, hari ini begitu bermakna, tapi aku menderita. Semalaman dan hari ini, aku derita sakit gigi. Macam2 ubat sudah dimakan, namun tidak juga hilang. Aku ke klinik, doc just bagi ubat. Check pun main2....makin sakit aku dibuatnya. Nak tak nak, ari ni aku terpaksa amik MC. Tak tahan sangat kesakitan yang aku hadapi. Tentunya korang semua sedia maklum, sakit gigi memang memeritkan. Sampai ke saraf otak sakitnya. Serba kerja tak menjadi. Aku tak tahulah sampai bila kesakitan ini terpaksa ditanggung..harap2 cepatlah sembuh. Aku dah tak tahan...sekarang aku terpaksa berlapar. Nak makanpun tak dapat...adoiii.....tlglah aku.....gigiku meragam...

Wednesday, August 06, 2008

My family...

Setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke Universiti Malaya, tempat aku menimba ilmu kira-kira 5 tahun lalu, hari ini sekali lagi aku ke sana. UM tak banyak berubah, Dewan Tunku Canselor (DTC) masih seperti dulu...selepas kebakaran yang tak terduga dulu, DTC diindahkan dengan perhiasan lebih menarik, namun masih mengekalkan nilai estitetikanya....pokok duit2 menjalar memenuhi segenap dinding bangunan yang hampir beratus tahun usianya...
Seperti biasa setiap tahun, apabila adanya konvoksyen, maka berpusu2lah lautan manusia memenuhi hadapan DTC. Family, kawan2, suadara mara, gf, bf, tunang, isteri, suami, anak menunggu para graduan di dalam dewan dengan perasaan bangga. Hari ini, perasaan itu juga aku rasai. Adik ku Zura, telah tamat pengajiannya di bidang Saujana Muda Kaunseling. Meraikan kejayaannya adalah family ku. My dad, sis, adik2 n anak suadara semua di sini. Tersenyum dan gembira.
Perasaan mereka itu membuatkan hatiku tersentuh. Aku tiba-tiba mengenangkan ibu yang sudah hampir dua tahun meninggalkan kami semua. Dulu, di tempat yang sama, ibu dan ayah datang bersama meraikan aku. tapi kali ini, ibu tiada bersama. Aku lihat ayah yang semakin tua. Kakak sulung bersama anak2nyer, yaya yang sulung, baby dan aidil begitu tabah menghadapi hidup ini walaupun terpaksa membesarkan anak2 seorang diri. Kakak kedua sekarang begitu sibuk dengan kerjanya di Johor. Esok dia sudah terpaksa pulang meyambung kerjanya. Adik ku Amri, baru pertama kali menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur. Katanya lebih senang tinggal dan bekerja di kampung. Menemani ayahku yang sering sendiri di rumah tanpa ibu. Adik bongsuku Azwan, dia semakin matang. Pada usia 21 tahun kini dia sering saja berjauhan daripada family. Sejak usia 12 tahun dia sudah pandai berdikari. Perjuangannya belum selesai, Insyallah dua tahun lagi dia akan mengenggam segulung ijazah seperti kakak2 dan abangnya.
Ibu, sejak pemergiannya, aku masih menganggap dia tetap ada di sisi kami semua. Kadang-kala apabila terkenangkan ibu, aku menangis sendiri. Belum sempat aku membalas jasanya selama ini.
Aahhh...aku mengeluh, sambil cuba menutup mataku yang mula berkaca. Aku tidak mahu family tahu apa yang aku rasai saat itu. Aku cuba beralih pandang ke arah laungan sorakan para mahasiswa UM yang meraikan senior2 mereka. Sekali sekala aku tersenyum juga melihat kegembiraan adiku zura. Biarlah dia lepaskan rasa gembira dan seronoknya bergelar graduan. Tak lama lagi dia bakal menempuh alam pekerjaan pula. Sejenak kami bersama satu keluarga merakam gambar kenangan. Sudah lama rasanya tak bergambar bersama2. Perasaan gembira aku rasai. Aku bersyukur memiliki keluarga yang begitu bahagia. Kini, mereka semualah yang memberi kekuatan kepada aku untuk terus hidup dan berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Aku tidak sanggup kehilangan mereka. Biar hidup kami tidak semewah orang lain, namun kebahagian adalah milik kami. Bagiku my family adalah segala2nya.

Hari ne cuti....

Today off day...cuti ganti bertugas on saturday lepas. Masalahnyer kerja kat ofis belambak, tapi nak gak cuti. Bukan saja2 nak cuti,sebenarnya aku nak pi konvoksyen adik aku kat UM....emmmmmm teringat masa lalu ketika aku konvo di dewan tunku canselor 2003. Kini giliran adik aku lak...to my sis congratulations.....love you.

Tuesday, August 05, 2008

The return of maskulin party

Diana pun hadir...

persembahan 6ixth Sense gempak abis...

DJ Nas-T hangatkan suasana

salah satu games yg mencuit hati

kek sponsor
Sesi nyanyi n potong kek

Last saturday-2/8/08- Maskulin adakah party ulang tahun ke-7 kat The Ship Bukit Bintang. Dengan theme Beach, party ni bukan sahaja nak meraikan 7 tahun dipasaran, tapi sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih kat client2 kitaorang, penaja, selebriti, media n paling utama our readers yg tak putus2 bagi sokongan. Party yg bermula jam 4pm dan berakhir kira2 kul 9 mlm tu dimeriahkan dengan beberapa acara. Antaranya games yang kelakar giler, persembahan artis...6ixth Sense memang gempak beb. Nas-T lak tujuk terror jadi Dj..ramai gak arr yg datang party kali ne...budak2 PLM dtg dgn stail mengikut tema. depa memang cool, tak kurang gak artis2 yg dtg..antaranya Norman Hakim, Jehan, Tony Eusyof, Diana Dinelle, Intan Lidyana n kevin, dan ramai agi lah. Ni antara suasana ketika party tu.

Kasut baru

This shoe i bought it at Pull & Bear, Pavilion KL. Harga asal RM299..bila dah sale harganyer jadik RM129.90...dah lama berkenan kat kasut neh. Alang-alang aku ke Pavilion ari tu, aku beli terus. Aku suke colornyer...tapi satu jer yg tak suke arr..this shoe keras. tak berapa nak selesa bila berjalan. Kasut neh beli ngan baby aku..dia pun suka ngan shoe neh....


sesak di Lrt KLCC

Ahad lepas, aku naik Lrt dari Stesen KLCC ke KL Sentral. Mak oiiii...terkezut den..ramai benor org kat stn tu. Almaklumlah PC fair katanya kat KL Covention Centre. Lama gak ler aku duk berdiri and menunggu train kat situ. Cam suasana nak balik kampung ja...bau masing2 tak yah cakap ler...

Monday, August 04, 2008

Hari minggu ku

Sabtu dan ahad. Biasalah, bagi yang cuti, cutilah, bagi yang kerja terpaksa kerja. Samalah jugak ngan aku. Sabtu (2/8/08), aku terpaksa keje. Sebabnya, kami di majalah Maskulin adakah The Return of Maskulin Party. huhuhu...sambut anniversery ke-7 sekali. Dari jam 12thari sampailah 9mlm aku bekerja. penat..tapi aku happy because my baby ada temankan. Semlm pulak, awal2 aku dah terpaksa bangun, penat hari sabtu belum lagi hilang. sebab aku bangun awal, tuan rumah nak dtg betulkan lampu bilik yg dah lama tak bernyala. Sekarang semua beres. Kira-kira jam 1pm, aku kuar dengan my baby. Jarang selama itu kami bersama. Entah macam mana semalam kami kuar, x plan2 pun tetiba jer terasa nak main bowling..pegilah main kat Ampang Point. kami berdua jer..kelakar giler...huhuhuhu. Abis tu kami jalan2 lak ker KL sebelum dia minta temankan dia balik kolej...seharian bersama my baby aku rasa happy sangat...

Thursday, July 31, 2008

KETULUSAN HATI- Buatmu yang tersayang

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
hooooooo
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Puisi Hadiah Sebuah Cinta

Berlambakkan kertas-kertas putih
di tengah ruang kesepian
Disimbah cahaya neon di keheningan malam
Angin lembut dari jendela meyapa
kesejukkan menusuk ke temulang
dan aku terkaku, terdiam di situ

Malam dingin itu
dia datang mengundang lagi
mintaku bertandang ke halaman rindu
untuk aku bicara tentang cinta
aku tahu kau merindui, aku juga begitu
sabar dulu...sabar dulu
mahu aku menarik nafas panjang
meluahkan rasa kegirangan
bicara tentang kasih dan sayang

Ku mulakan dengan kata-kata terindah
Salam kerinduaan dan rasa kecintaan
Ku datang persembahankan buatmu
sejuta ketulusan sekeping hati
dan aku mahu kau tahu
mencintaimu, itu satu kebenaran
dan mengasihimu tiada berdusta
kini bersamamu ku rasa bahagia

Hari demi hari
aku menguntai kalung cinta
menukir makna setia
dibaluti kejujuran dan keikhlasan
mahuku hadiahkan padamu
di saat kita bertemu
di setiap utaian itu
ada kasih, ada cinta, ada bahagia
ada segalanya....hanya cinta kita.

nukilan- armizi

Wednesday, July 30, 2008

Lelaki mengandung?




Kegilaan teknologi mengatasi akal fikiran dan melepasti lumrah kehidupan manusia sebagai makluk. Semua kita sedia maklum, hanya wanita yang mampu mengandungkan bayi. Namun, teknologi hari ini memungkinkan lelaki juga boleh mengandungi 9 bulan 10 hari. Kisahnya terjadi di England. Aku mahu kongsi bersama u guys semua mengenai perkara ini. Maklumak ini aku peroleh dari email seorang rakan sekerja. Seorang lelaki Transgender bernama Thomas Beatie dikatakan lelaki pertama yang mengandung. Dia mengandungkan bayi isterinya. Bayangkan keadaan lelaki apabila mengandungi. Dan dipaparkan sebahagian gambar dari internet.

Perlukah aku meragui?

Hati kecil aku sering kali bertanya, sejauhmana keikhlasan dan kejujuran cintanya kepada diriku? Aku tidak mahu memikirkan semua ini.Aku yakin dan percaya dia cintakan aku, tetapi mengapa perlu ada keraguaan ini? arhhh..aku benci ada perasaan sebegini. Baby, hanya satu aku pinta daripadamu, cintailah aku dengan kejujuran hatimu kerna aku terlalu cinta, sayang dan kasih kepada dirimu. Aku ikhlas dan tak sanggup untuk mencurangimu. Bagiku, cinta adalah harta dan perasaan yang tidak terhingga nilainya. My soul is loving you.

Tuesday, July 29, 2008

Aku mahu dia tahu

HANYA SATU PINTAKU, BACALAH HATI KECILKU YANG SELALU MERINTIH MENGINGINKAN DIRIMU. SETIAP SAAT, SETIAP HEMBUSAN NAFAS ADALAH CINTAKU KEPADA DIRIMU.

Maskulin Party is back..

Guys, watch out this saturday...maskulin party is back. Dengan tema Beach, party maskulin kali ini akan diadakan di The Ship Bukit Bintang, 4pm-9pm. Guest, readers and celebrities who are invited, see you there ok...we enjoy!have Fun and be cool....

Sunday, July 27, 2008

relaxing and easy...new in town

simple sign but cool internal deco
here we are

fashion show by few designer
one of de art by indonesia artist
Hey guys check it out, new club in town....CLOTH & CLEF the great and 1st ever club with cool concept...combination of three element....music, fashion and art....last week i been there for launch party....one thing u guys can't find at others club...here u can buy some cool fashion stuff, jamming with ur band with diffrent music genre, and art...art...art... watch it!

Friday, July 25, 2008

Photography cover isu sept08

Sebelum acara bermula, sesi perbincangan dibuat
Jay, our photografer One of the shot
Tengku Ean landing ats tangga konkrit

Last week 18 July 08- Shooting cover for september issue. Our cover Boy is Tengku Ean, Hit.fm deejay..so, guys dun forget to get a copy of maskulin sept issue. Get know who's Ean personaly. He's playful but camera shy....

Memahami dan difahami

Aku mulakan ungkapan rasa bahagia. Bahagia dalam erti kata menyeluruh, aku bahagian ada insan yang menyayangi, bahagia kerja sudah dibereskan, bahagia dengan kawan2 yang sentiasa ada di sampingku. Kepada teman2 love ull. Today, aku datang lewat ke pejabat, amik 2 jam lewat coz semalam asgtment sampai jam 11 mlm. Terasa penat terasa sampai ke pagi tadi...tapi aku happy n bersemangat pula mahu ke ofis. you guys know why? owh...aku berkesempatan bertemu dengan my baby lagi malam tadi. Terubat kerinduan di hati ini. Bagiku bertemu walau sesaat amat bermakna dan memberikan aku rasa bahagia.

Lupakan seketika apa yang berlaku hari ini. Aku mahu memperkatakan tentang tajuk yang tertulis di atas. Memahami dan difahami...mungkin korang tertanya2. why? apa benda? nak faham apa nyer? ermmm..ne aku nak bagi taw neh...Beginilah, aku straight to the point... Dalam sesebuah perhubungan, tak kiralah suami isteri ker, atau pasangan kekasih...setiap pasangan perlu ada aspek ini. Perlu memahami pasangan dan mahu pasangan memahami kita. Aku faham ko, ko kenalah faham aku..itu bahasa mudah yang senang difahami. Aku rasa faktor ini amat penting untuk membina kebahagian dalam perhubungan.

Aku terpanggil untuk berkata tentang perkara ne, apabila aku merasakan diriku terlalu cemburu..sifat yang patut ada tetapi jangan keterlaluan...apa yang terjadi pada aku, aku mencemburui si dia sehingga aku rasa takut dengan sikap ini, aku akan kehilangannya. Sumpah! aku tak mahu ia terjadi. Jadi, aku mula berfikir, dan aku pernah melalui zaman2 ketika di usia si dia. Dan aku mula memahaminya...memahami sifat, sikap, tingkah laku serta perbuatannya. Mengapa aku perlu cemburu apabila si mempunyai teman baru (sekadar teman biasa), sedangkan aku tahu dia cintakan aku. Tiada guna bukan? Dalam aku perlu memahami dirinya, aku juga mahu dia memahami diri aku yang sebenar. Siapa aku? bagaimana sifat dan sikapku? jiwaku bagaimana pula? sebab, kadang-kala aku rasanya si dia begitu diam sehingga aku tertanya2 adakah dia selesa apabila bersama ku? Dari pandangan dan sentuhannya, aku yakin dia mencintai diriku. Cuma caranya yang lebih senang untuk berdiam diri. Mungkin itu caranya dan aku perlu faham.

Sekarang aku bersyukur, my baby mula memahami siapa aku dan aku mula memahami dia sepenuhnya. Dalam perhubungan ini, aku hanya mengharapkan sebuah kebahagian berpanjangan dan mengharapkan hubunganyang berkekalan.

Thursday, July 24, 2008

Baru boleh bernyawa...

Huh! skrunk baru jew boleh bernyawa skit...dalam lebih kurang seminggu aku duk bertungkus-lumus menyiapkan edisi raya..mak oii..keje sorang2..banyak shooting, pinjam-pulang barang, tulis artikel lagik..hari aku lega sebab keje dah abis...hah!, dlm aku sibuk buat keje terlupa pulak aku nak jenguk blog neh..tak sempat nak menulis. Ne, ada ruang masa skitlah, so boleh aku bertandang ke ruang maya ini lagik...kawan2 duk bertanya, tak updated blog ker? malas nyer nak menjawab...aku tak ada idealah nak tulis per..., tapi kan, nak bagitaw korang sume..dalam seminggu aku siapkan keje, dlm seminggu ne gaklah aku menderita sakit gigi...adoiiii...korang tawlah kalau sakit gigi cam mana...tambah pulak keje banyak...tension tahap cipan rasanyer...., dahlah korang, skit2 dah ler.....apa2 lagik aku updated...chowww..

Friday, July 18, 2008

i'm sick...

Yesterday i'm so happy because met my baby. Kami jumpa kat Pavilion KL. That time kebetulan aku ambil pakaian untuk shooting cover, dia pulak dengan kawan-kawan kat Times Square. Katanya nak makan kat Chiken Hut..bestnya...tapi tak ajak cayang pun. Kami jumpe kat BB PLaza and have drink..seronoknyer dapat bersama dia.Tapi kan..dia macam cam bad mood jer...nak tahu kenapa? because my new hair style...dia tak suka aku color rambut..., aku ingat nak bagi suprise, tapi rupa2nyer dia tak suka lak..tapi takperlah..nanti aku color balik rambut ne..lama juga gak pujuk dia n bagi dia senyum balik...macam2 aku buat. akhirnyer dia cakap...baby sayang cayang...bahagianyer aku rasa..Today, aku tak rasa macam semalam.Aku rasa bad mood lak, tension dan macam2 aku rasa..because aku rasa tak sihat, selesema n pening kepala...datang kerja just siapkan 2 artikel jer. Ermmm...hingus meleleh jer...bersin tak henti2. Adoi...nasib baik esok cuti...Aku rasa bertambah tak sihat sebab izwa mintak aku tlg dia menyelaras cover shoot. Bukan aku tak nak tlg tapi mmg tak larat...As a one team..aku buat jugak...Adoi...buat kat luar dengan cuaca panas...aku semakin rimas dan letih...aku tak handle sangatlah..nasib baik ada Kak Liza our AD. Dia yg banyak styling pose cover boy kali ini...nak tahu sapa, tunggu maskulin kuar dulu. Nie untuk isu September 2008. Jangan lupa dapatkan maskulin...oklah chio dulu..kepala aku semakin pusing...

Wednesday, July 16, 2008

My new hair style





Hari ni, aku with Ika remaja writer when to The Met Salon at Park Royal Hotel. What we doing there? ermmm...if u guys see the pictures, sure dah tahukan..huhuhu..make over my new hair style...free beb! sapa tak nak cuba. Bukan aku sorang jer yang buat..ika pun sama. Nak tahu cam mana kami dapat free? sebenarnya The Met buat media preview for new colors look iaitu "Brownies". Aku dapat invitation untuk try the new look neh...hah, cam mana? korang rasa ok tak my new hair style neh? komen skit.....