Monday, December 08, 2008

To my lovely baby...

Since the beginning of time
Since it started to rain
Since I heard you laugh
Since I felt your pain I was too young, you were much younger
We were afraid of each other's hunger
I have always loved you
There's never been anyone else
I knew you before I knew myself
Oh my baby, I have always loved you
Since we kissed the first time
Since we slept on the beach
You were too close for comfort
You were too far out of reach
You walked away, I should have held you
Would you have stayed for me to tell you?
I have always loved you
There's never been anyone else
I knew you before I knew myself
Oh my baby, I have always loved you
Years go by in a matter of days
And though we go separate ways
I never stop dreaming of you
I have always loved you
When you call it makes me cry
We never made time for you and I
If I could live it all again I
'd never let it end, I'd still be with you
Oh God, I miss you
I have always loved you
There's never been anyone else
I knew you before I knew myself
Oh my baby, I have always loved you
Years go by in a matter of days
And though we go separate ways
I never stop dreaming of you
I have always loved you

Simple me


This who i am. Just ordinary and simple guy wit a passion. Who those know me, thanks to being my fren. Love u guys.

Eric Leong Design Fast Forward


I get it frm Eric with his signature. Thanks Eric. Who those love interior design must have this. Lovely table book to create a wonderful decoration. Frm modern contemporary to classic style just inside one book. Simple lesson from the perfertionist.

Hold my hand and I'll hug your arms

Take me back in the arms I love

Need me like you did before

Touch me once again

And remember when

There was no one that you wanted more I'll be waiting for you


Here inside my heart

I'm the one who wants to love you more

You will see I can give you
Everything you need
Let me be the one to love you more

Di kamar sepi ini....

Dalam kamar sepi, di malam penuh mulia , aku sendiri lagi...kerinduan pada si dia bagaikan tidak tertanggung..hatiku terasa kosong, jiwaku terasa sepi. Pada siapa mahu aku luahkan rasa ini? Tiada siapa di sisi menemani. Pada teman tersayang (blog) jua dapat ku luahkan segalanya. Semakin hari aku berasa semakin sepi. Entah mengapa...akhir2 ini aku bagaikan kehilangan, kehilangan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Aku cuba mencari kehilangan itu...dimanakah ia? Pada Ilahi aku berdoa agar ditunjukkan sesuatu yang selama ini aku cari, selama ini aku dambakan.

Aku cuba sampaikan apa yg terbuku di hati, tapi aku malu, aku rasa seperti terasing...namun sampai bila harus aku begini. Bukan untuk aku merintih simpati atau meminta kalian yang membaca jiwa ku ini bersimpati...namun segalanya hanyalah luahan isi hati ini. Sesiapa yang mengenali, pasti tahu siapa aku. Mungkin ramai yang mneganggap, bekerja sebagai penulis seperti aku mempunyai ramai teman2, kenalan atau sahabat. Dan mungkin ada yang melihat, aku sentiasa tersenyum, gembira. Sebenarnya itu hanyalah kepuraan. Aku mana ada ramai kawan? Hanya dua tiga org yang aku anggap teman...Cael, oda, hanya mereka betul2 sahabat padaku. Ika, marini, Jemang, abang anip, mereka kawan. Housemate..sham, kerel, man..mereka juga kawan. Aku cuba mencari silap diriku ini...mengapa aku tidak seperti orang lain yang punyai ramai teman? mereka bergembira bersama....mengapa tidak aku? Adakah aku sombong? kera sumbang? aku sendiri tidak tahu....tidak pasti.

Pada cinta, aku tidak pernah berpura2. Padaku cinta adalah perasaan maha indah...perasaan yang Tuhan berikan kepada umatnya...bagiku cinta adalah hadiah yang tidak terhingga nilainya. Sebab itu cinta yang aku nikmati tidak akan aku sia2kan. Dalam cinta, aku ikhlas, aku jujur, aku jaganya agar terus berpanjangan...kecurangan? aku bukan manusia jenis itu. Aku bukan manusia yang tamakkan cinta. Biarlah cinta yang satu itu diberi Tuhan sudah cukup...Cintaku pada yang tersayang, tidak mampu aku nyatakan dengan kata2. Aku tidak tahu, sama ada dia bertuah miliki aku, atau aku bertuah miliki dirinya? Aku ucapkan terima kasih tidak terhingga kerana hadir dalam hidupku...cinta kita tidak akan aku sia-siakan. Buatmu yang tersayang, setiap saat aku membayangkan hadirmu di sisiku.

Sunday, December 07, 2008

Malam yang sepi

Ahad (7/12)-Malam yang aku rasa amat sunyi, aku rasa sepi. Tiada siapa yang mengetahui perasaan aku ini. Sendiri di rumah tanpa teman. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Saat aku memerlukan teman2 untuk berborak, kekasih hati yang jauh saat ini, tiada yang hadir menemani aku. Biarlah aku luahkan di sini. Tempat aku berbicara sendiri.

Buat kekasih hatiku....
Aku mulai rasai kerinduan yang amat sejak kelmarin kau pulang ke kampung.Aku berasa begitu sepi tanpa dirimu di sisi. Tiada teman untuk aku berbicara. Ada mu, aku berasa begitu sempurna, gembira melihat senyumanmu, matamu yang layu, bicaramu yang kadang-kala penuh bermakna.

Sejak pertemuan kali pertama hingga ke saat ini, banyak dugaan yang terpaksa kita hadapi bersama. Suka duka diharungi berdua. Sejak kita menjalin cinta, aku tidak pudar untuk mencintai dirimu. Aku mahu kau tahu, kehadiran dirimu dalam hidupku memberi sinar kebahagian yang selama ini tidak pernah aku rasai. Hingga saat ini, tiada insan yang dapat memberikan kebahagian itu selain dirimu. Aku juga mahu kau tahu, bertapa aku terlalu mencintai, menyanyangi dan mengasihi dirimu. Tidak akan ku ganti dirimu dengan insan lain. Bagiku kau sudah sempurna untuk dicintai dan menerima cinta darimu. Aku jujur, aku ikhlas pada dirimu. Setiap detik aku sentiasa mengingati mu. Aku tidak tahu lagi bagaimana untuk mengungkapkan kata-kata cinta ku kepada mu. Hanya satu yang aku pinta, usahlah kau tinggalkan aku. Andai itu jua terjadi, ia akan menjadi kenangan kehidupan yang tidak akan aku lupa hingga ke mati. Buatmu.... CINTAILAH AKU SEPERTI AKU MENCINTAIMU.

Buat teman-teman (sebenarnya aku tidak punyai ramai teman)
Maafkan aku..maafkan aku. Sudah lama rasanya aku tidak bersama kalian. Lantaran masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Biarpun kita jarang bersama, namun kalian tidak pernah aku lupa. Kerna kali begitu bermakna kepada diriku. Kalian adalah sahabatku hingga ke akhir nyawa. Buat kalian...PERSAHABATAN YANG TERBINA TIDAK AKAN KU LERAIKAN.

Saturday, December 06, 2008

Kisah kawan lama

Selepas 5 tahun meninggalkan Universiti Malaya, sepanjang itu juga aku tidak pernah berjumpa dengan rakan sekelas aku yang sorang ne. Budak kelantan yang aku panggil Mat Yie. Mamat ne memang jenis kecoh, terlebih ramah orangnya. Sapa saja dia duk tegur masa belajar dulu. Hobi dia suke ambil gambar tak kira sapa. Yestarday, masa aku hantar my baby pulang kampung, aku ditegur dengan mamat ni. Terkejut aku tengok dia. Perubahan besar, tapi perangai and sikap tak berubah-berubah. Apa yang aku terkejut dengan perubahan besar dia tu....huh! dulu masa kat universiti, dia lah kaan aku yang keding...tapi sekarang mak oiiii...macam badak saiz nyer...awat hang besar sangat neh? apa hang makan? dia betul2 naik berat badan. serba bulat aku tengok...sebab dah lama gile aku tak jumpa dia, kami lepak lama borak2 hal masing2. Aku tanya dia tak bawak kamera ker...just nak test sama ada dia masih suka amik gambar ke tak...tiba2 dia kuarkan kamera sony powershot. hahahha dah advance...dulu pakai kamera cap ayam jer...ko ni memang tak abis2 dengan perangai ko...dia gelak besar.....mat yie...mat yie..

Monday, December 01, 2008

Perlukah aku meragui?

Tersadung aku di lantai kesat, lalu tersedar dari lena yang membuai jiwaku selama ini. Mengapa sekarang baru ku sedar? entah sekian lama ku didustai? aku kebinggungan mengetahuinya. Lalu kupinta penjelasan yang sejujurnya. Satu jawapan yang aku terima telah meremukkan, menghancurkan, mengguris hati kecil ku. Sejauhmana untuk aku terus mempercayainya lagi...hanya masa dan keadaan menentukan. Andai perpisahan mengundang kami, kau leraikan lah ikatan itu, aku mengizinkan kau pergi, ciptalah dunia kebahagian baru untuk dirimu dan dia. Aku di sini pasrah dan mendoakan kau bergembira setelah menghancurkan perasaan insan yang pernah kau namakan yang tersayang sebelum ini.

Friday, November 28, 2008

Andai itu takdirnya...

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu.....

Andai itu takdirnya, mampukah aku menghadapinya?

Shooting With Afgan

Antara pose Afgan yang dirakam
Aku n Bandang(fotografer) sedang bekerja.

Last 18th Nov, shooting dengan penyanyi baru/muda yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta. Sesi penggambaran berlangsung di Istana Hotel. Kerjasama yang diberikan oleh penyanyi berusia 19 tahun ini sungguh baik. Ramai yang memuji kemantapan vokalnya. Ikuti kisah menarik tentang Afgan Maskulin isu Feb 09.

Wednesday, November 26, 2008

Hooray!..hurt

Alhamdullilah..di celah2 kesibukan tugas harian, berkejar kesana kemari mencari bahan untuk artikel, akhirnya semua bahan siap dihantar. So, this week sedikit rilekslah aku. Time nak mengacau orang lah pulak.hohohoho...Minggu ni, dalam aku tension dengan kerja2, banyak perkara lain juga aku tension.Tak tahu nak mengadu kat sapa..kawan2 sume bz keje masing2.Takkan nak meraih simpati daripada depa...waduh, sik mau aku. Itu bukannya caraku..hahahaha...bak kata Adam Luba...tak boleh blah!.

Monday, November 24, 2008

My Photo Blog


Please do visit my photoblog. All captured by me. Just click the photo at left side n pls give your comment.


Sunday, November 23, 2008

Rindu my son






My lovely son, Aidil Putra. Rindu dia sgt...sekarang dah sekolah pun dia...



Thursday, November 20, 2008

HILFIGER by Tommy Hilfiger


'Clean, distinctive and masculine, Hilfiger is classic in every sense. It's a scent that is confident and playful sexy'.
Tommy Hilfiger telah lancarkan perfume baru khas untuk para jejaka, HILFIGER pada September lalu. Di Malaysia akan berada di pasaran pada January 2009. Bagi penggemar wangian Tommy Hilfiger, aku syorkan korang miliki perfume baru ni. Sebab aku dah ada and guna. Memang best baunye. Botol memang cantik. Harga di pasaran nanti RM180 (50ml) dan RM245 (100ml).


MASKULIN DECEMBER 2008


Jangan lupa dapatkan MASKULIN isu December 2008 yang bakal berada di pasaran. Khas untuk anda, Kalender 2009 (12 selebriti lelaki hot Malaya). Kenali Qi lebih dekat, katanya hidup ini komleks, tapi...., Dalam rona realiti, bagaimana gaya hidup si anak jutawan, Minyak lintah-sesuaikan untuk anuku?, jangan lupa cerita panas apabila ada lelaki kahwin lelaki, dan banyak lagi cerita menarik yang patut anda tahu dan baca.

Monday, November 17, 2008

Hari yang melelahkan

Huh! hilang lelah seketika.Today berakhirnya sesi pemilihan Pencarian Lelaki Maskulin 2008/09. Seramai 80 calon datang menghadiri interview, IQ test n photoshoot. Ponat den...dari pagi sampai 7 uruskan sesi ni. Dalam tempoh seminggu lagi result 20 perserta ke final akan diumumkan. Melalui 3 sesi hari ni, aku lihat ramai yang menunjukkan komitmen untuk pertandingan ini. Sesi pemilihan yang dibahagikan pada 2 sesi itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Kepada semua calon, good luck to all of you. Ada rezeki dapat ke final. calon2 favorite aku ada dua tiga orang. harap2 mereka layak ke final nanti. Selaku pihak pengajur, aku tak der nak bais pada mana2 peserta. huhuhuhu..semoga acara final bulan April nanti lebih gempaq dan hebat.

Saturday, November 15, 2008

Mengapa aku bengang?

Mengapa aku rasa bengang? Hari ini aku terlebih lewat bangun, around 1.15pm baru terjaga. Ari neh ada asgt kat one utama. aku blum lagi bersiap. Bila mata aku mula terbuka, peraka pertama aku buat adalah capai phone kat sebelah. Huh! tak ada sms or missed call dari sesiapa pun. Malas2 nak bangun, tetiba tak sampai seminit aku dpt sms dari kak nutt. aku cepat2 bangun mandi n bersiap. Call abg ritchie coz nak tumpang dia ke tmpt asgt. tapi dia dah pergi...alamak..cam mana neh..dah lah aku lewat...nasib baik kak nutt bagi kete dia..so blhlah aku pegi...dari ampang aku drive ke one u....jalan jam sebab ujan...aku sampai one u,..huh! punyalah susah nak cari parking..kete berjuta....call kawan2 yg dah kat asgt sume tak mahu nak angkat...adoi...last2 aku call kak shima AE aku...dia kata event dah abis dik...mak oii..bengang nyer aku..punyalah rushing...termengah2...berpeluh2...sampai2 event dah abis....wat penat jer...malas lah nak duk lama2 kat situ...aku blah balik umah kat ampang...sampai umah lak...au tgk rumah berselerak, lantai tak bersapu...adoi...ada housemate...tapi depa tak der nak kemaskan..terpaksa aku kemas..alang2 kemas rumah aku kemaskan bilik aku sekalia.....penatnya...malam neh ada suprise birthday party lak kat umah neh...housemate aku wat birthday party....tentu kecoh malam nanti...

Tuesday, November 11, 2008

Usah leraikan percintaan itu

Ketidakjujuran dalam perhubungan yang hampir membawa pada perpisahan. Aku seolah-olah hanyut dan tenggelam di lautan. Apa yang terjadi menginsafi kami, dan kami tahu, kami saling memerlukan antara satu sama lain. Usah kau mungkiri dan guris hatiku lagi.

Friday, November 07, 2008

Hanya yang aku cinta

AKu mahu dia tahu bahawa hanya dirinya yang aku sayang, aku cinta. Tiada yang lain.

Cubalah untuk setia

Pernahkah korang luahkan kata-kata ini kepada gf or bf korang? cubalah untuk setia...ia satu ungkapan yang aku yakin ramai daripada kita jarang atau langsung tidak diungkapkan kepada yang tersayang. Malah aku sendiri pun jarang ungkapkan kepada si dia. Biasanya kita boleh tahu si dia setia atau tidak apabila dia menunjukkan kasih sayang, ambil berat, sentiasa lakukan apa yang biasa dia lakukan kepada kita. Maksudnya itu tanda dia setia...itu pandangan aku lah. Tapi setelah lama menjalin hubungan, tiba-tiba korang merasakan ada perubahan pada si dia. Apa yang selalu dilakukan kepada kita tidak lagi dilakukan. Air muka menunjukkan 'loss interest' pada kita, contact? owh si dia sudah jarang hantar sms apatah lagi call, si dia mula bercakap tentang orang lain dan cuba bertanya sesuatu yang sukar untuk kita berikan jawapan...adakah itu tanda si dia tidak lagi setia? Adakah si dia sudah mempunyai yang lain dan bakal setia pada orang yang baru dikenalinya?

Aku menghayati patah lirik COBALAH UNTUK SETIA nyanyian KD
Masihkah aku diinginkan....
Masihkah aku didambakan....
....owh....aku mula menahan sebak...

Buat insan yang paling aku cintai, baby...cubalah untuk setia.