Monday, May 18, 2009

Minggu yang kelam kabut

18 May 2009-Isnin

Lagu jalur gemilang yang memberi satu semangat untuk aku bekerja hari ini.
Hari pertama bekerja minggu ne. Seperti biasalah, aku akan wake up very the early morning.Lebih kurang jam 6am. Yelah, kalau lewat2 sudah tentu jam, dah lah aku duk beratus batu dr ofis di shah alam....maksudnya jauhlah tu...Hari ne, aku rasa begitu seronok utk ke ofis, selalunya mata mengantuk jer...tapi hari ne aku lebih bersemangat. Sepanjang perjalanan mengambil oda, member ofis aku (dia menumpang), aku pasang radio kuat2, dengar lagu2 yang diputarkan......lagu2 finalist AF7 diputarkan...pelik jugak..HotFM mainkan lagu2 bebudak tu.., malas nak fikir pjng.



Aku sampai ofis sebelum jam 8am. Ramai lagi yang belum tiba...lepak2 jap then pegi breakfast ngan kekwn..huh lepas breakfast, seperti biasalah..perhimpunan diadakan. Ari lain macam skit perhimpunannya. Hari ne semua starf department editorial berkumpul seperti biasa. HAri ne, siap ada sistem audio video....lebih semangatlah...Mula2 kami semua bekumpul beramai-ramai dan diminta menyanyikan lagu Jalur Gemilang sebagai pembukaan majlis perjumpaan kali ini...Ramailah yang berseronok dan tidak kurang juga yang mengeluh..mungin kepanasan kot....
Selepas tu diikuti dengan senaman...giler kelakar senanam...." Tangan kiri hadapan...di belakang...depan belakang...goyangkan..." lawak!!! tapi menyeronokan. Lepas tu, kami semua nyanyiakan lagu karangkraf bersatu dan diikuti taklimat ofis Tuan Haji and Fir....our boss lah tu..Perhimpunan bersurai lebih kurang jam 9.30am...

Hari ne, aku kuar ofis awal...jam 11.00am lebih kurang aku kuar....banyak perkara yang aku nak buat hari ne..minggu lepas aku dah kelam kabut...banyak benda nak perlu disettlekan sebelum dateline...dah x lama dah....Aku kuar..mula ke sec9 shah alam, ambik baju kat laundry...kemudian antar ke Nike di The Curve, Badger di Uptown..lepas tu aku antar Lacoste di The Gardens, kemudian bekerja pula aku ke Philosophy Men dan Soda untuk collect pakaian, aksesori untuk shooting....Banyak giler barang..sesorng bawak ke hulu ke hilir..Lepas jer ambik pakaian kat mid valley, aku bergegas pulak ke westin Hotel...kali ni ada interview ngan en Marcio, export manager yang membawakan perfume terbaru untk lelaki dan popuan. Dsquesred's. 1st ever dilancarkan di Malaysia...lama gaklah aku interview org tua ne...rasai sendiri pengalaman idea, inspire and baunya...He Wood She Wood, perfume baru sahaja berada di malaysia..bau?huh..gue cakap lu.....manyak beza oooo...lain dari yang lain punya perfume....lupa mahu cuba arr? lu pergi SASA sana lah....ada jual perfume ne....memang kelam kabut aku satu hari ne..sampai makan tengah ari pun aku tak sempat.

Esok...bersedialah aku seharian di dalam studio..huhuhu banyak barang yang perlu aku shoot...tambah lagi dgn banyak artikel yang belum siap..mau pengsan aku esok.....

Mengapa aku perlu memperbodohkan diri?

WHY!
AKU PUN TAK FAHAM
MANUSIA APAKAH JENIS YANG TAK BERHATI DAN BERPERASAAN?
JANGAN INGAT HIDUP KITA AKAN SENANG DAN GEMBIRA SAMPAI BILA2
MANUSIA APAKAH YANG LANGSUNG TAK MAU TAU APA YANG ORANG LAIN RASA?
AKU JUGA MANUSIA!

Sunday, May 10, 2009

Mencari teman...mencari rasa bahagia....


Hidup ini kalau tanpa sesiapa di sisi kita, kita akan terasa sunyi, tiada siapa yang dapat kita luahkan masalah, ceritakan rasa kegembiraan, kesedihan mahupun kekecewaan yang kita rasa. Ada yg kata, just keep quiet!!! dun let others now ur prob...ada pulak yg ckp...kalau nak release tension tu...better u talk to others...lega skit rasanya.....mana satu ingin aku pilih? Memandangkan aku jenis yang tak suka pendam perasaan sendiri..aku memilih untuk luahkan kepada teman2. Biarlah diaorang tahu rahsia, maslh aku. Bukan niat untuk meminta simpati, but aku ingin rasa hati ini lega...tidak terseksa dgn pelbagai masalah yang menimpa sejak akhir2 ini. Teman2 yang sudi mendengar dan memberi kata-kata semangat, terima kasih tidak terhingga....



Lately..aku tersedar sendiri...aku seolah2 mula menjauh dr teman2, aku tidak lagi menghabiskan masa bersama mereka...bukan aku bersama yang lain, TIDAK!....entah kenapa aku menjadi semakin murung dan lebih suke memencilkan diri di dalam bilik tidurku. Aku lebih suka berada di rumah...aku lebih suka bersendirian... kerna aku tidak mahu mereka tahu apa yang sedang aku hadapi....aku tidak mahu pabila bersama mereka, mereka akan terasa yang aku punyai masalah....Lama berfikir, termenung memikirkan perkara ini. Andainya aku terusan begini, tidak hairanlah suatu hari nanti aku kehilangan kawan2 yang aku syg...bukan kerna persengketaan, tetapi krn sikapku sendiri.



Kini, aku masih bersyukur kerna masih ada teman2 sepejabat yang memahami dan tahu siapa diriku...mereka lebih mengerti siapa insan bernama MIzie ini. Bagiku, mereka semua seolah2 satu family dgn ku. Mungkin kadang-kala perbuatan aku, mulut aku membatkan mereka terasa....namun air dicincang xkan putus..itulah ibaratnya begitu akhrabnya kami....Teman, bersama kalian aku berasa begitu bahagia. Thank so much. LOVE YOUR GUYS!!!!!

Saturday, May 09, 2009

Selamat Hari Ibu


Salam penuh bahagia kepada kwn2 sume.. x tahulah ngapa aku neh on off, on off je updated blog ne....senang citer... MALAS!!!!..huhuhuhu, but walaupun aku x updated blog sendiri, aku ada gak lah singgah kat blog kekwn sume.Ada kwn aku sorang tu duk hari2 updated..rajin benor dia...

Minggu ne...hidup aku agak kucar-kacir...masalah dan sibuk di pejabat buat aku tertekan...efeknya aku sakit....aku alami insomnia...seminggu berturut-turut aku xdapat tido...setiap mlm aku tido, aku akan terjaga...lepas tu dah tak leh nak tido...minggu ne jugak aku derita migrain...efek x tido ker?....gi klinik 5 jenis ubat doc bagi....mak oii....nak sihat punya pasal...aku telah kepahitan ubat itu (sememangnya aku jenis x suke dan liat nak mkn ubat). Lupakan pasal aku tak berapa nak sihat neh.

Apa yang aku duk fikir dan paling rindu ialah....hari esok (10/5/09).....hari paling bermakna untuk meraikan insan paling tersayang buat semua..iaitu Hari Ibu. Namun, aku seperti tahun lalu..xdpt ucapkan selamat hari ibu buat ibuku tercinta....rupa2nya dah dua tahun pemergian ibu. ...terlalu rindu aku kpd ibu...."ma, selamat hari ibu"... Buat ibu-ibu di seluruh malaysia, aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.

Friday, May 01, 2009

Kecewa dalam hati


Menangis bukan penyelesaian...kekecewaan di hati memang memeritkan.

Aku hanya berdoa pada yang Esa. Semoga kau sentiasa menikmati kebahagiaan...Terima kasih untuk segalanya.

Monday, April 27, 2009

Secret Masculine Wash For Him


Korang mungkin selalu dengar mengenai produk mencuci bahagian sulit wanita bukan? Kini lelaki juga memiliki produk dan fungsi yang hampir sama.

Kini di pasaran Secret Masculine Wash, liquid untuk mencuci bahagian sulit kaum lelaki.

Produk yang diluluskan oleh Kem. Kesihatan Malaysia ini berfungsi dan berkesan untuk mengurang peluh sehingga terhasilnya bakteria dan akhirnya membuatkan bahagian tersebut berbau hanyir.

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, diperkenalkan kepada anda, produk hasil tempatan yang bebas alkohol dan bebas bau. Diformulakan dengan ekstrak herba dan gamat asli. Kaya dengan Vitamin E dan C.

Secret Masculine Wash berkesan, mengurangkan peluh, mengelak bau, mengurangkan ruam serta mencerahkan kesan lebam di celah bahagian alat sulit itu.Boleh juga digunakan di bawah ketiak.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba produk terbaru ne, sila hubungan saya.

Produk ne dijual dengan harga RM19.90 sebotol

Untuk tempahan hubungi sy melalui email odesey23@hotmail.com.

Good boy gone bad boy.....puas ati aku


Almost a month aku tak update my blog ne....bukan apa, malas sngt nak menaip.Huh! tapi ari neh..(27 April), at 1.54am..aku blum tido, mata tak mengantuk..entah knp..mungkin aku byk berfikir. Dan paling penting hatiku kecewa, berkecai sudah...

Kesetian cinta aku selama ini dicurangi...

mana kesetian kau pada janji2 lalu?

kerana cinta ini...aku jadi giler, tak ketentuan.....tapi aku masih ada pedoman....ada arah yang aku tuju...satu tujuan yang akan aku lakukan secara besar2 besaran

tidak berguna lagi untuk setia krn cinta....sebab aku dah buat keputusan

i will be a wild and bad boy after this

"Good boy gone bad boy".....kau nak tgk sgt aku jadi cam ne kan?

Sunday, March 29, 2009

Hadiah Hari Jadi..


Minggu lalu juga aku mendapat hadiah yang paling besar pernah aku terima..Sebijik kete Myvi putih..kakakakaka..Alhamdullilah..rezeki...so, kawan2 jom kita gi jalan2 ngan kete ne..huhuhuhu..

Ada lagi yang sudi raikan my birthday....

Rasa nyer dah lam agak x terusik blog ne...Al maklum sajalah kebz-an kat ofiss dan pelbagai kerja yang tak putus2 membuatkan aku menghadapi kekangan waktu yang terhad. Nak menulis pun x berkesempatan. Hari ne, Ahad-28/3, aku rasa terluang sedikit masanya. Aku tak kuar mana2, just lepak kat umah. So, aku amik peluang untuk up date blog aku ne.

Apa yang berlaku sepnjg minggu lalu? oh, kalian dapat tgk gambar2 yang aku lampirkan berserta tulisan aku ne. Tak sangka setelah 2 minggu berlalu hari lahir aku, masih ada kwn2 yg sudi untuk meraikan birthday aku ne. Yerlah dah lama kan. Tapi aku gembira sgt2 krn kwn2 sanggup meraikannya..mrk buat suprise cake cutting...adoi..malu2...Aku rasa birthday tahun ne begitu bermakna sekali. To my lovely sis Nutt, u'r so kind and nice person that i ever know.. u such a angle. Dia yang plan sume ne..Masa birthday surpires ne..bukan aku sorang tapi join sekali my fren asril from photo dept.huhuhuhu...tarikh lahir kami jatuh pada bulan yang sama.

This is my big cake....frm secret resipe...lalallala cake coklat ais cream...aku x berapa nak gemar makan benda2 manis neh..so, sebagai menghormati dan tanda terima kasih..aku balun banyak gak kek ne..heheehh...to chael, thanks choose a very nice cake..
Time aku and asril tiup lilin dan potong kek..eh! kenapa kek ne dibahagi dua? huhuhu...yerlah walau sebijik, kek ne mmg besar and tebal....kakakakakka...si kuntum kat tengah2 tu sempat jugak nak tiup....

Inilah birthday boy yang diraikan dalam suasana ringkas but penuh bermakna. Hanya tuhan yang dpt membalas budi baik kwn2 sume...aku x tahu nak kata n lakukan per. Cuma semoga perhubungan persahabatan yg kita sume bina akan trus berkekalan..

Wednesday, March 18, 2009

Jiwa kacau di pagi hari


Seawal pagi, mood aku kacau bilau...terganggu dan tertekan...oh yer..jam 5.00 aku sudah terjaga dari tidur. Semalam aku tidak dapat lelapkan mata...kenapa? aku fikirkan masalah yang melanda jiwa. Sakit hati dan geram dengan sikap si dia...Aku bersabar..dan bersabar...namun, kesabaran itu ada batasnya...Pagi ne..terjadi lagi, arrrrgg..jiwa dan perasaan aku seperti lebatnya hujan pagi ne. Semakin hendak dihentikan kekacauan dlm jiwa, semakin kuat rasa marah tu...lupakan!

Pagi ne aku temani dia ke tempat kerjanya (praktikal) di Kelana Jaya. Jam di tangan menunjukkan 6.30 pagi. Kedindingan mecengkam ke tulang putihku. Sepanjang perjalanan aku banyak berdiam diri. Jika aku bersuara, pastinya tidak akan berhenti kemarahan itu. Tapi lain pula jadinya, pabila aku diam, dia pula gelisah serba tidak kena.... "tak habis2 lagi ker..." itu pertanyaan yang kerap kali ditanya apabila kami bertengkar...mendung rasanya perasaan ini...

Entah, mampukah aku menukar mood ku sepanjang hari ini? Aku cuba happykan diri apabila sampai di pejabat. Orang yang tak pernah ditegur pagi2 aku tegur hari ini.. Berjenaka.... aku mahu lupakan perkara yang terjadi semalam dan awal pagi ini.

Monday, March 16, 2009

AKU TIDAK PERNAH BERBOHONG MENCINTAIMU

Aku tidak pernah cuba untuk berbohong mencintaimu
Aku tidak pernah cuba untuk menduakan cintamu
Aku tidak pernah cuba untuk curangi cintamu kepadaku
dan..aku tidak pernah cuba untuk menghilangkan
perasaan cinta kepadamu dihatiku...

Sayang....cinta....kasih sayang aku semaikan di jiwa ini hanya padamu.
Kekasih hatiku...
Percayalah kepadaku...

Cintaku,
Biarpun berkali kau pernah lukakan hati ini,
namun sedikitpun tidak aku berganjak
cuba untuk melenyapkan perasaan ini..
kerinduan dan cinta kepadamu terpatri di lubuk hati ini..

PLM ATV RIDE CHALLENGE

Tarikh: 14 Mac 2009
Lokasi: Sec.7, Shah Alam

Hari sabtu lalu, finalis Pencarian Lelaki Maskulin telah menlakukan aktiviti terakhir mereka sebelum ke final. Aktiviti kali ini lebih ekstrem dan mencabar. ATV Ride Challenge anjuran team Maskulin bersama penaja kami G-Motosport telah menguji ketangkasan, keberanian dan sudah tentu maskuliniti para finalis. Berikut antara gambar2 yang sempat dirakam sepanjang aktiviti itu dijalankan. Untuk paparan lebih lanjut, jangan lupa untuk mendapatkan MASKULIN isu Mei'09. Lebih banyak aksi yang kami paparkan.

Dua finalis yang menggayakan t-shirt rasmi Pencarian Lelaki Maskulin musim ke-3 ini. Gambar ne dirakam oleh jurugambar kami Aswal ketika sesi brefing oleh editor dan pihak G-Motosport. Ketika ne boleh tgk wajah finalis yang tidak sabar2 lagi untuk mencuba ATV.
Inilah ATV yang digunakan oleh finalis untuk cabaran lasak ini. ATV ini juga antara hadiah yang bakal dimiliki oleh pemenang pertama dan kedua. Best kan diorang, dapat hadiah ATV kalau menang.

Nampaknya finalis tidak sabar2 lagi ingin mencuba ATV ne. Dalam gambar kelihatan Mad, Ary, Isam, Amrani, ucop, Zarin dan Kazman...masing2 mula memasang strategi.huhuhu

Aksi salah seorang peserta yang memulakan cabaran. Nampaknya mereka begitu teruja sekali. Ada yang pertama kali mencubanya... dalam gambar adalah Ary.

BEHIND THE SCENE COVER SHOOT

Tarikh: 10 March 2009
Masa: 10.00am
Lokasi: Pusat Ekuin, UPM

Baru-baru team Maskulin telah mengadakan photoshoot for Mei isu. Lokasi seperti yang tercatat di atas. 1st time photoshoot mengandingkan binatang dan cover boy... susah juga sebenarnya nak handle photoshoot ne. Maklumlah kuda yang dijadikan cover gak ne, tak dengar cakap. Keadaan cuaca panas memeritkan lagi sesi penggambaran yang memakan masa hampir 3 jam tu. Apa2 pun photoshoot tu berjaya dilaksanakan. So, kalau kalian nak tengok hasilnya, jangan lupa dptkan MASKULIN isu Mei09 nanti.

Inilah kaki tangan yang terlibat dengan photoshoot cover tu. Yang pakai short tu lah Ipul, our photografer. Mamat ne memang sempoi n cool. Gambar2 yang dia ambik sumenya cantik-cantik. Tak reti dah aku nak pilih. To Ipul and asst. dia Nadia, Thank you so much.
Cover boy yang menhiasi isu Mei nanti sedang posing atas kuda. Kesian Ipul yang terpaksa kesana kemari mencari angle terbaik. Kuda buat hal lak, x mahu duduk diam. Aku seperti biasa, memberi bantuan dan idea untuk Ipul dptkan shot menarik.

Uncle Khrisnan (baju merah) sedang memerhatikan kami bekerja. Gadis berbaju puple tu Nadia, pembantu make up artis...cute girl. Cuaca panas masa ne, Tuhan saja yang tahu. Aku berpeluh cam dah mandi. Huhuhuhu...

Inilah make up artis terkenal yang mendandan cover boy Maskulin kali ini. Baby Elle banyak membantu sepanjang photoshoot ne. Thanks to Baby Elle. Kamu juga sempoi. Oh, ya, time photoshoot ne, Baby Elle pun tunjuk bakat dalam photography...katanya dia nak tukar profession, nak jadik fotografer sepenuh masa....biar betul ke cik baby kite ne. Mesti korang tertanya-tanya, siapalah cover boy isu Mei nanti? Kalau nak tahu, dapatkan MASKULIN majalah kesayangan anda ini.

Ini antara shot yang dirakam oleh Baby Elle, hehehe. Aku sedang memberikan arahan pada cover boy agar lebih tenang dan jangan mengelabah dengan kuda ne...

Saturday, March 14, 2009

ATV RIDE XTVT DAN SURPRISE BIRTHDAY CAKE

Today 14/3/09- Hari kedua selepas my birthday. Today aku bersama team Maskulin dan finalist Pencarian Lelaki Maskulin ada xtvt terakhir sebelum final pada 5 April 2009 nanti. ATV Ride challenge anjuran G-Motosport selaku penaja hadiah kepada pemenang ini diadakan di sec.7 Shah Alam.Xtvt yang menguji ketangasan ne mmg seronok bila sekali try...aku tak lepaskan peluang, cuba jugalah. Ne kali kedua aku try ATV, pertama kali masa aku ke Adelaide, Australia dulu. Lokasi dan permukaan bumi lebih mencabar berbanding yang diadakan hari ni. Tapi tetap menyeronokkan. Kejadian x berapa nak baik apabila salah seorng finalis telah melanggar salah seorang staff dari G-motosport kerana hilang kawalan. Laju pulak tu si finalis tu bawak. Suasana senyap sekejap...x sangka acident tu boleh berlaku. Nasib baiklah tidak mengalami kecederaan teruk. Xtvt ATV Ride ne abis kira-kira 1.30 pm.

Selepas xtvt tu, team dan semua finali bergerak pula ke sec.13, untuk menikmati makan tengah hari di Burger King, penaja makan kami sepanjang PLM ne...hai, naik muak dah asyik makan burger jer..huhuhuhu...disebabkan agak kepenantan dan tidak sihat, aku memutuskan untuk tidak join the group.Last2 terpaksa pergi juga sebab my editor suruh pergi sebab banyak burger yg mereka sediakan. Tanpa fikir apa2 aku pegi ke burger king tu. Aku bukak saja pintu semua nyanyikan happy birthday kat aku...arggghhhh..aku terkejut giler arrr...aku x sangka diorang sume rupa2nyer dah plan nak wat surprise birthday kat aku...huhuhu..terharu rasanya...biarpun dah 2 hari berlalu, dia orng msh nak celebratekan..terima kasih bebanyak...Sepanjang 29 tahun hidup, inilah kali kedua aku disurprisekan dengan kek. Pertamanya malam birthday aku...my housemate surprisekan dengan 1 slice kek..tapi hari ne sebijik kek...x pernah selama ni dlm hidup aku dpt rasai pglman mcm ne...sekali lagi guys..thank you so much...

Friday, March 13, 2009

MY BIRTHDAY


12th March, it's was my birthday. Happy birthday to me.
Seperti setiap tahun, i never celebrate my birthday and never get nay hadiah..huhuhuhu...tidak mengharapkan semua itu. For me, hari lahir seperti juga hari-hari biasa, cuma aku rasa bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk terus bernafas, memberikan kesihatan dan memberi peluang menjalani kehidupan. Padamu Ya Allah, aku bersyukur dan berdoa, Kau berikan aku kesejahteraan dan keredhaan hidup. Alhamdulliah.

To sumone who l'm really love, thanks wish me Happy Birthday. u'r the 1st...

Friday, March 06, 2009

MASKULIN APRIL 09

Jangan lupa dapatkan MASKULIN isu April 09 di pasaran tidak lama lagi. Antara yang menarik dan perlu diketahui, bagaimana menghadapi atau survive dalam krisis ekonomi global, tip-tip berguna untuk anda. Antaranya 10 tip cara jimat terbaik, graduan menganggur macam mana cari kerja time gawat, dll. Skinny n fat man, ada panduan fesyen untuk anda. Dekati juga personaliti muka depan kali ini. Zachery Francis pelakon dan bekas penyanyi kumpulan X-Factor..dia tidak lagi fobia? fobia apa yer? oh! ketahui juga cara atasi masalah berdengkur ketika tidur. Jangan biarkan pasangan anda merana kerana dengkuran anda itu. Segalanya dalam MASKULIN, majalah lelaki nombor satu di Malaysia. Dapatkan di kedai buku berhampiran anda. Yahuuuuuuuuu!!!

Tuesday, February 24, 2009

Photoshoot with PLM Finalist

Hah! ucop (nampak kaki tu jer), ngpa tak zip seluar ko tu?
Buat elok2lah nak main2 lagi....

Alamak seluar ko korak ker isam?
Semalam 23 Feb (9am-6pm),. Sesi fotografi dengan finalis Pencarian Lelaki Maskulin amat memenatkan. Yelah, 20 orang pelbagai perangai yang melelahkan aku. Selaku penyelaras dan stylist photoshoot tu, aku dah nak pengsan. Tujuan photoshoot ne bukan saja sebagai profile mereka, tetapi untuk dimuatkan dalam kolum fesyen. So kalau kalian nak tgk hasilnya tunggu MASKULIN keluaran April. Gambar2 ne menunjukkan suasana di sebalik tabir photoshoot tu.


























Thursday, February 19, 2009

Terasa semakin jauh...

Renungan berkaca..tanpa sedar takungan air mata meniti di bibir kelopak mataku. Mahu ku tahan namun tidak terdaya lagi. Biarlah ia mengalir.Wajahnya terbayang semakin dekat. Seolah-olah dia berdiri di hadapanku. Mahu ku sentuh, tapi itu hanyalah bayangan imaginasi. Pedihnya hati ini mengenangkan segala yang terjadi.

Saban hari aku menantikan dirinya. Bukan hanya sekadar mengirimkan SMS, malah tatkala hati ini tidak dapat menahan kerinduaan, aku menghubunginya. Mendengar suaranya sudah membuatku rasa bahagian. Namun kini, aku merasakan dia semakin jauh dengan diriku. Lain benar tingkah lakunya. Kemana hilang nikmat cinta yang kuterima daripadanya dulu? Semua itu kurasa pergi menjauh dari hidupku.

Aku mahukan perjelasan ini daripadanya? Sukarkah kau ingin melafazkan keiginan yang sepatutnya kau nyatakan dan kau pedam di dalam hatimu? Aku lebih rela kau nyatakan perkara sebenar, dari aku terus diperlakukan sebegini....Sekarang sudah aku faham dan temui jawapan. Perlukah aku terus mengharapakan cinta daripadanya?

....hatiku terasa sangat pedih.

Monday, February 16, 2009

Yang Tersurat dan tersirat

Today (16 Feb 09), Hari yang ku rasakan sinar kebahagian, namun jiwaku masih ragu2. Seawal jam 5.15 pagi , kedengaran lagu I won't go home without u by Marroon Five menerusi telefon bimbit mengejutkan aku dari lena. Keheningan pagi memberikan aku rasa penuh semangat untuk menjalani permulaan minggu bekerja. Alhamdullilah.

Bercerita tentang episod yang berlaku sepanjang hari semalam, aku rasa begitu gembira dan bahagia dapat bersama dengan yang tersayang. Bersamanya aku seharian meluahkan rasa yang masih terasa keresahan. Matanya ku tenung dan aku merasakan getarnya. Cahaya matanya bersinar mengungkapkan satu rahsia. Biarlah, biarlah aku sahaja yang tahu tentang itu. Yang tersurat, dapatku rungkaikan, yang tersirat dapatku gambarkan.

Baby, andai dirimu membaca coretan ini, katakan lah kepada ku, tiada lagi nestapa...

Aku, mencintai dan menghargaimu yang hadir dalam hidup ini.

Sunday, February 15, 2009

SETAHUN BERLALU...MENGHARUNGI SEBUAH CINTA


" Kuhinakan diriku untuk merengkuh cinta sejati,
Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku,
meski sekilas kurasa namun akan menjadi bekal hingga akhir zaman..."

Genap setahun bersama yang tercinta.Percintaan yang dilalui penuh dengan dugaan. Kegembiraan, kesedihan, kerinduan, keperitan..dilalui dengan hati penuh duka dan lara. Di hatiku tidak pernah ada rasa bosan untuk terus mencintai dirinya...sayang dan cintakan dia tidak pernah pudar. Biarpun pelbagai masalah antara kami, namun cinta ku kepada dirinya tetap utuh. Tetapi dia? Biarlah dia dengan dirinya...dia tahu apa yang dia lakukan. Sejauhmana cinta dan kasihnya kepada diriku..hanya Tuhan yang tahu...My baby...u are still my love.