Monday, February 15, 2010

Bila jodoh kita...keluarga tentukan.

Salam, 1stly i would like to ask u guys, what do you think psl tajuk entry aku kali ne...BILA JODOH KITA KELUARGA TENTUKAN...korang akan menolak atau menerima? Aku di persimpangan dilema. Argghhh pening aku memikirkannya...ok, let's me tell the story,...sempena cuti CNY i was in my hometown kat terengganu....biasalah, kalau x ada cuti panjang aku tak balik...so, kali ne aku berkesempatan balik lepaskan rindu suasana kampung....Aku balik mmg plan get a rest and have fun ngan anak2 buah aku...maksudnya jejalan n bawak diaorang gi mandi manda kat air terjun...tapi all this aku x buat coz i was so bz lak balik kali ne...Lupakan pasal tu, aku aku nak cerita bab peribadi skit...just wanna share how my feeling at this moment...1st thing byk duk bertanya pasal jodoh and perkahwinan..gosh...kenapa lah xda soalan lain yang nak tanya...bosan nak bincnag hal ne semua...tapi memandangkan orang tua kita duk bertanya..so terpaksalah berhadapan ngan permainan emosi ini..aku balik kali, my dad xdalah bising or what, but....my grand mum lak bising...adoiii.....nak dijadikan cerita...rupa2nya diaorang duk berpakat dah lama...rupa2nya diaorang dah ada calon utk aku...korang nak tahu sapa? popuan ne adalah my cousin..gila apa diaorang nak jodohkan aku ngan cousin sendiri......persoalannya....kenapa diaorang bersusah payah lak nak jodohkan kami berdua? aku tak terdesak nak kahwin pun...n my cousin tu...sah2 kawan sepermainan aku sejak kecil, sekolah satu kelas...smpai besar dah kami duk kenal n contact...cuma lepas masing2 smbung belajar baru kitaorang dah xcontact sngt....nenek aku dtg umah lak duk tanya lagi pasal neh...pening aku dibuatnya..last2 nak sedapkan hati, aku cakap lah yang aku dah ada calon pun....walau hakikatnya mmg xda...hehhehehheh...berbalik persoalan aku tadi....just nak korang bagi pendapat (kalau ada yang bacalah)...korang rasa its ok if jodoh kita ditentukan oleh keluarga, calon isteri keluarga carikan? Apa kebaikan dan apa keburukan?..mmglah orang kata pilihan keluarga lebih berkat...tapi, bagaimana pula dgn hati dan perasaan kita? ohh..cinta dan syg boleh dipupuk...itu yang akan dicakap. orang.but then..its all abt our future rite?...entahlah...aku masih pening memikirkan semua ne....

Ketika berdepan dengan juri2...lembut tangan kau Gee.....u r pretty...jom kahwin betul2
Selepas menggayakan pakaian pengantin neh..dengar arahan dr orng yang duk ajak kami catwalk....jalan slow2 mcm pengantin berarak taw...cess...
Sempat mengabadikan kenangan di pelamin...heheehehee...kami secocok tak?
Tak semena2 aku balik kampung...my sis pulak suruh aku jadi pengantin lelaki untuk pertandingan raja sehari sempenan Bridal carnival di K.Trg...kebetulan aku ke situ just nak jumpe my frens dr KL..kawan kakak aku bukak booth kat situ....memandangkan xda calon nak digandingkan...aku lah jadi model lelaki..bidnag terjun tul...Tapi, happy gaklah....bergaya ala2 pengantin baru...untuk pertandinganntu...aku ngan psangan mennag tempat pertama...berbaloi gak..hehehhe....well, happy just for a while....kalau betul2 kan besh...huhuhuhu...aku post all this pic in my FB...sume kawan2 duk bertny knp xajak diaorang aku kahwin...hahahahahha....masing2 terkena ngan tipu helah ini...sorry guys....

Thursday, February 11, 2010

MASKULIN MARCH 2010


Add ImageHey guys, jangan lupa untuk dapatkan Majalah MASKULIN isu March 2010 yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Antara yang menarik, kenali cover boy kali ini, Shazzy Sam, actor drama...katanya dia seorang yang cerewet dan perfectionist..betul ke?.panduan ketrampilan memaparkan 6 panduan berfesyen, selain fesyen spread gaya ke pejabat. Ketahui 8 teknik tahan lebih lama di ranjang...dan banyak lagi paparan menarik isu kali ini. Guys, truslah menyokong majalah lelaki nombor satu di Malaysia kini.

Wednesday, February 10, 2010

Rokok teman setia...

Bila aku rasa lonely...aku lebih suka mengurun dalam bilik..itulah aku....aku xnak mengusutkan keadaan dgn hingar-bingar yang membuatkan aku rasa lebih depressed!!..nobody know how i feel...dan selalunya bila aku rasa mcm ne..rokoklah jadi teman paling setia....tanpa rokok aku rasa lagi sepi...thanks rokok!!! apa orng nak ckp, ckplah...that is my life...

Gmbar hiasan (sorry curi this pix kat internet)
Rokok jadi teman plng setia aku sehingga hari ini...nikmatnya sehingga aku lupa suatu hari nanti pastinya teman setia aku ini akan membelot dengan aku sendiri. suatu hari nanti pasti ia akan mengkhianati diri aku...

Sometime i feel so lonely



You can be redeemed boy
You can be redeemed
Life is but a dream boys

You can be redeemen

Nothing's as it seems

You can be redeemed


Everything's permitted

Nothing's really true

Live outside the law boys

Doing what to do

Nothing's at it seems

You can be redeemed


Somethimed I feel so lonely


You can be redeemed boy

You can be redeemed

Life is but a dream boys

You can be redeemen

Nothing's as it seems

You can be redeemed


Somethimed I feel so lonely

Sunday, February 07, 2010

Nikmati keindahan alam...

How to start? oklah....lama x menulis di blog, so this time aku just nak kongsi simple story yang aku lalui afew week ne...After bertungkus-lumus, berpanas, penat dan sudah tentu rasa happy ngan karnival di karangkraf (banyak gak maskulin terjual) gara2 pekikan aku sana sini....heheheh..sebenarnya semua orng terlibat...

Selepas berpenat, aku rasa masanya untuk berehat..dah lama kot tak pegi bercuti..so, baru2 ni aku amik keputusan nak tenangkan jiwa...tenangkan fikiran. so aku bercuti ke PD with my fren...kami berdua jer...aku drive dr kl ke Pd...percutian singkat hanya dua hari di PD...oklah...as long aku rasa tenang dan nikmati kedamaian di pantai..huhuhu sonok beb mandi laut...hehehhhe..kat sana aku feeling2 bajet rr...xdalah nak tggl kat hotel mewah ke pew...asal ada tmpt merehatkan badan dah cukup...aku n kwn tu bermlm kat hotel bajet ngan RM35 semalam..hahahahah giler old school bilik hotel tu...macam2 kami duk fikir....scary siot!!!!...mana tidaknya...hotel lama kot...tapi masing2 kami buat tak tahu jer...janji dpt tidur ngan nyenyak...hahahaha....takut punya pasal kami duk borak2 smpai ke pagi..sedar2 masing2 dah tertido kepenatan...

Kepada pemilik gambar ne..mtk maaf guna gmbr anda...aku x amik gmbr pun time bercuti tu..hehehee...sowi

Pantai teluk kemang menjadi saksi bertapa aku bahagia dengan keindahan dan kedamaian ciptaan Maha Esa...sesungguhnya nikmat yang aku nikmati dan diberikan kepadaku adalah satu rahmat maha bernilai..terima kasih Ya Allah!.

Pic ne aku amik kat Internet..pemilik gmbr ne..aku mtk maaf sekali lagi coz guna pic ne tanpa izin....
Di PD.....kami berkesempatan berjalan sana dan sini..senang skit sebab drive sendiri..so boleh kemana2 jer...kat sana kami gi panjat bukit..semata2 nak gi tgk rumah api di tanjung tuan..huhuhuhu...ponet xusah ckplah...mmg agak jauh pendakian kami...tapi nasib baik jalan bertar...hehehehe..smpai sana matahari tepat di atas kepala..masing2 dah kuyup ngan peluh..hahha walau keletihan aku rasa seronok....menikmati alam...my fren termengah2 dah dia...kesian u ijat...hehehehhe....
Hari kedua kami ke bandaraya Melaka lak...drive lebih kurang sejam setengah....kat bandar melaka cam biasalah....tgk2 tmpt bersejarah jerlah..heheheh...kepuasan terasa sebab xpayah fikir pasal keje n paling penting aku gembira kerana dpt mengisi masa dengan benda2 cam neh...thanks to my fren ijat coz sudi ikut sama...
next destination untuk percutian is Cherating...sapa lak nak ikut? huhuhuhu.....

Tuesday, January 26, 2010

Gosh....nuthing to updated!

Gosh dah sebulan xupdated blog aku neh, kesibukan kerja memaksa aku berdiam diri dari mencoretkan sesuatu di layar maya ini. Btw....in a month aku lalaui kehidupan seperti hari2 biasa, kerja, balik umah, esok pagi keje...sabtu ahad at home..sekali-sekala melepak dgn kwn2...
ada sesuatu yang mengembirakan....Pertengahan Januari, dah nak masuk dua minggu....aku mengenali sesorng yang selama belum pernah aku kenal....xsngka kami leh jadi kawan baik...dia seorang nice person...aku gembira mengenali n berkwn dengan dia....tambah lagi seorang kwn dalam hidup aku.....hope we can be best fren.....

Sunday, December 27, 2009

Tahun baru tak lama lagi

2010 xlama lagi...so far 2009 banyak meninggalkan pelbagai kenangan. Ada yang manis, ada yang sgt pahit, ada yang gembira, ada yang sangat sedih. Buat masa ini aku masih diriku, aku masih macam dulu, aku masih jalani hidup dan rutin harian seperti selalu..dan aku masih lagi menunggu...menunggu apa? aku sendiripun tak tahu. Menjelang 2010...aku ingin jadi manusia yang lebih baik, lebih sempurna, lebih berjaya...aku bersyukur masih dipanjangkan umur dan aku berdoa agar dipanjangkan umur, dilimpahkan kesejahteraan hidup agar aku dapat teruskan kehidupan dan sentiasa mengingatiNya...sentiasa berdoa kepadaNya...sentiasa mensyukuri nikmatiNya...Insyallah, 2010 aku akan menjadi manusia yang lebih berjaya dalam karier, hidup, ibadah dan rutin harian. Insyallah.

Wednesday, December 23, 2009

MASKULIN JANUARI 2010


MASKULIN Januari 2010 kini di pasaran! Jangan lupa untuk mendapatkan isu terbaru ini (EDISI 100). Satu perubahan pada layout muka depan dan dalam. Jangan lupa bagi komen anda. Isu Edisi 100 ini memaparkan sekilas sejarah dan transformasi MASKULIN sebagai majalah lelaki nombor satu di Malaysia sepanjang terbitannya sehingga ke isu 100. Juga paparan gadjet 2010 dan info-info terkini gadjet yang perlu anda ketahui. Bagi mereka yang gilakan gadjet, jangan lepaskan peluang mendapatkan isu kali ini. Dekati dan ketahui kisah pelakon, model serta pengacara yang semakin meningkat naik namanya. Benarkah dia perasan bagus. Ceritanya ada di dalam. Antara yang enarik beberapa fesyen yang anda perlu gayakan sempena tahun baru. Segalanya di dalam naskah MASKULIN, majalah kecintaan anda! Teruskan sokongan anda pada MASKULIN.

Tuesday, December 08, 2009

Satu kebodohan

Hati aku mendesak sehabis-habisnya.."sudahlah mizi..dahlah..wat pew ko nak layan lagi orang cam tu.xguna lah ko buat baik..xguna ko menanggung rasa syg sedangkan dia langsung tiada perasaan tu kat ko. orang macam tu ko xpayah nak layan..biar dia buat ko mcm tu...suatu hari nanti ko tgklah sendiri mcm mana.....". "Tapi kenapa jiwa dan hati kau masih mengharapkan dia? aku x fahamlah..kau mendesak utk aku lupakan dia..tapi kau juga yg menginginkan dia...jgnlah seksa aku begini..tolonglah hati, tolonglah jiwa". ...adakah aku ini bodoh??????

Saturday, December 05, 2009

Akhirnya kau tinggalkan aku jua buat selama-lamanya...kau putuskan untuk tidak mahu lagi bertemu denganku...Keputusanmu itu buat hatiku luluh kecewa. Aku hanya mendoakan kebahagiaan kau dan si dia....

Tuesday, December 01, 2009

Adakah satu penyelasan?


AKu mungkin antara insan yang ditakdirkan untuk merasai keperitan satu kerinduan, ingin dicintai dan disayangi,...mengharapkan cinta yang tak akan kembali lagi. Sampai bila harus aku menunggu? Hadirlah sinar cinta, kasih dan sayang yang baru....ingin aku lupa kisah pahit yang dari dulu menghantui jiwa....pls..pls..pls... aku ingin benar merasai kebahagian.

Ku ingin kembali merasai cinta itu

Jam di laptop menunjukkan 2.08am.....tuesday morning.Gosh!!! i can't sleep at all. I have to wake up early morning...entahlah byk perkara yang mengganggu fikiran aku at this moment. Its always like that. I can't sleep..can't sleep.While waiting to close my eyes...i need to write down sumthing yang aku rasa benar2 terganggu di fikiran.

OMG!!! its happend again n again....i can't forget u..i'm keep thinking about u b..why should i do that? i know u never do that so...aku cam orng giler talak lak...but seriously b...u r the one b yang betul2 buat kehidupan aku selama ini berubah sama sekali...i never fallin in love dgn sumone smpai mcm ne sekali..after we broke up...aku rasa satu kehilangan yang sgt besar...antaranya selain kehilangan ibuku tersayang before this..aku tak tahu macam mana lagi nak buat/ aku cuba lupakan kisah silang kita berdua, aku cuba lupakan dikau, aku cuba utk tidak membenarkan dikau hadir dalam fikiran ku..tapi ternyata begitu sukar untuk aku melupakan semuanya b...

mungkin kau x mengerti apa yang aku rasa, sebab bagi kau itu tidak penting dan bagi kau kita sudah tiada apa2 ikatan...Skrng kau bahagia dengan siapa2 saja yang bersama kau ..seriously..im damn jealous with u...u so special and everyone love to get know u, want have u as a lover, and everyone try to be ur lover...beruntunglah u kan....but not me...after break up with u...i'm try to find new love....have my own lover...but i'm still thinking of u...i scared...as i said before..u r my last...but itu semua tak berbaloi...because i know u won't be with me back...u said..." u takut untuk tidak berlaku adil..."..u x mahu kecewakan aku lagi"...owh god..what can i do...belive me b....my love just for u..and i will waiting for u.....till the end.

Saturday, November 28, 2009

colorful of Jakarta Fashion Week 2009/10

Tanggal 13-20 Nov 2009, aku dihantar oleh pihak company ke Jakarta utk buat coverage Jakarta Fashion week 2009/10...Satu pengalaman baru yang hebat dan apa yang dapat aku katakan...jauh berbeza dari MIFA di Malaysia. Mereka lagi hebat..bukan hanya rekaan pakaian yang ditonjolkkan..tetapi sokongan publik terhadap industri fashion di Indonesia sangat dibanggakan...kehadiran fashionista memenuhi ruang fashion tent selama seminggu menyaksikan bertapa mereka sudah ke hadapan dalam dunia fashion.....that senario x dapat dilihat di kota Kuala Lumpur.....catatan ringkas sepanjang seminggu aku di sana..dan gmbr2 di bawah sebahagian rekaan yang ditampilkan oleh hampir 100 perancang mode indonesia....







Friday, November 27, 2009

Salam Idul Adha

Subhanallah....Alhamdullilah.....

Petama2nya i would like say sorry to everybody and Salam Idul Adha..Tanggal 27th Nov 2009, seluruh umat Islam di seluruh dunia meraikan hari penuh bersejarah, hari yang mengingatkan kita kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s...Kisah satu pengorbanan paling besar yang harus dilakukan oleh seorang bapa ke atas anaknya....Subhanallah....Allah Maha Besar.

Lupakan seketika kisah nabi itu...

Waduh, rasanya udah lama tidak aku bertandang ke sini..setiap hari blog aku ne dilawati oleh blogger2 di seluruh dunia....but for sure they upset. Why? yeah...you guys notice that...dah lama i tak updated my blog....uhuhuhuhu....damn bz i think..n for sure nuthing to write down...any idea? oh ya! will let u guys know what going on with me last 2-3 week....wait for next entry...dun be so suspen lah guys...nuthing much its just a simple short story to share with...

ok guys...enough for this time...will updated soon...
Tadaaaaa....Have a good day!!!

Wednesday, October 14, 2009

BICARA TETANG HATI DAN PERASAAN....

Pabila hati mula berbicara tentang perasaan, masih tersembunyi di sudut kecl hatiku akan ketakutan yang lalu. Kepedihan yang terasa, calarnya kekal di situ.Bagaimana harusku ubati kekesalan yang bersemadi?Arggggghh...terseksa jiwa ini. Bagi yang memahami siapa diri ini, mengertilah.....aku juga mahu bahagia seperti yang lain....kini aku mencari sebuah kebahagiaan yang hakiki...MerinduiNya...mencintaiNya. Dia sang pencipta maha agung.

Monday, October 05, 2009

Potluck raya..

Setelah agak lama aku berdiam diri tak blogging.Aku kembali dgn cerita serba ringkas. Yesterday nite (4/10/09), aku dan housemate buat makan-makan skit kat umah. Bukan open house but potluck raya namanya....hahahhaha..kesian kekwn kena bawak makanan. Tapi kami tuan rumah sediakan jugalah makanan dan minuman. Potluck ne aku invited close friends jer. X ramai pun jemput. Dah lama kami semua tak berkumpul ramai-ramai cam ne. Nie lah pertama kali kami berkumpul selepas raya hari tu. Kalau x bersungguh2 nak jemput diaorang, x adalah kami berkumpul. ang xbesh tu aku sorang jer beria2 pakai baju melayu....hahahahahh..tuan rumah katakan..neway kat bawah ne gambar2 aku dan kekwn sempat di snap...

Aku, chef Mad (Mawi oh mawi)malu2 lak dia dan Rini. Thanks mad bwk dessert yang best giler. Rini, bahulu ko tak tahu bilalah nak abis tu. eway thans guys.


All my close fren....dr kiri aku, din, oda, sharm, kerel n man (myhousemate), rini, arm, ika, kimi and epy. Mereka mmg happy selalu...

Hah..kan aku dah ckp...diaorang nie sume mmg happening sungguh.Happy giler dpt kwn2 cm diaorng ne sume..
Last photoshoot dgn my sis yg pakai spec tu....

Monday, September 21, 2009

Seronoknya beraya di desa

Firstly...aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua.Teman2 yang mengenali aku, aku nak pohon ampun jika ada silap salah kalau2 aku buat kalian tersinggung perasaan, terkasar bahasa atau segala mak nenek kelakuan buruk telah aku lakukan kepada kalian. Harap dimaafkan. Tahun ne..seperti biasa aku pulang beraya di kampung halaman di Terengganu. Tahun ni aku balik sehari sebelum raya...mean sempat gaklah berpuasa kat kampung...ayah masakkan aku sup perut kegemaran..yum..yum..yum..n tahun ne buat pertama kalinya aku pulang seorang diri ke kampung...dr Kl aku drive ke kampung.penat memang tak sah nak cakaplah kan.....but i'm happy coz nak jumpe family....ayah yang semakin dimamah usia, adik2 beradik yang jauh2 pulang beraya..anak2 buah aku yang nakal2..hehehhe....seronoknya aku rasai....1st raya...sebelum bertolak ke rumah atok nenek di kelantan, aku sempat juga beraya di kampung, menziarahi pusara arwah Ibu, jumpe nenek sebelah mak, beraya ngan kawan2 n saudara mara. Lebih kurang jam 12.30 aku, ayah and adik-beradik yang lain bertolaj ke kelantan..drive lagi...huhuhuhu...raya nyer pasal no hal nyer..pendek kata seronok beraya di desa.

Wednesday, September 09, 2009

HAPPY
9. 9.09

Padamu Ku Bersujud


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Saturday, September 05, 2009

TERASA SEPI

JIWA TERASA SEPI TANPA INSAN YANG MENYAYANGI DAN DISAYANGI. TEMAN-TEMAN PENGUBAT KESEPIAN. NAMUN AKU MASIH MENGHARAPKAN SEBUAH CINTA DAN KEBAHAGIAN. APA DAYA, KU MASIH MENCARI DAN TERUS MENCARI.SAMPAI BILA PUN BELUM KU PASTI...