Friday, August 24, 2007

Sudah lah lama...

Sudahlah lama kita berpisah....tanpaku menjenguk helaian kosongmu. menanti tari jari ku menari, mencoretkan rasa hati yang sepi ini...oh...blogku....rindu aku padamu.

Hari ini ku berlabuh, melihat wajah murungmu di sebalik sinar..maafkan aku kerna sekian lama meninggalkan mu tanpa khabar...kesian aku padamu..Walau sudah lama ku tidak ke sini, bukannya aku merajuk, bukannya aku benci, namun kekangan masa melupakan aku seketika pada mu..maafkan aku sekali lagi.

Blog kesayangan ku ini, masihkah kau setia dan sudi menerima kehadiran ku?

Sunday, August 05, 2007

Kembali ku sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wah.....rindunya, sudah beberapa purnama aku tidak bertandang ke ruang maya ciptaan aku ini. bukan kerana tidak lagi mahu mencoretkan ceritera, tetapi aku terlalu sibuk. kekangan masa dan keadaan menidakkan aku untuk bersama di sini. Hari ini, masa menyebelahi aku. Terima kasih aku ucapakan. Ada jua celahan detik waktu untuk aku bertandang ke mari.

Dalam tempoh beberapa bulan lalu, pelbagai perkara terjadi di dalam hidup aku yang sukar untuk aku coretkan di sini. Antara bahagia, derita, kepahitan, kemanisan, kejujuran dan kecurangan, kekukuhan dan kehancuran...dan aku kini kembali sendiri. Hati aku kembali derita terseksa. Aduh! jerit jiwa aku tanpa siapa yang mahu mengerti. Mengapa kau meninggalkan diriku sendiri di sini? Itu adalah pertanyaan yang belum ku ketahui jawapannya. Insan yang kusayangi masih meragui keikhlasan dan kejujuran hati ini. Mengapa harus ia terjadi? aku tak sanggup teruskan...sebelum mata ini menitiskan butiran kaca cristal, hentikan sekarang....