Setia insan yang bercinta mahukan kebahagian berkekalan. Kebahagiaan akan hadir apabila kedua pasang kekasih saling percaya mempercayai. Itu yang aku faham dan mengertai. Namun, apabila ada rasa keraguan di dalam jiwa ini, adakah cintai itu saling tidak percaya? adakah ada dusta antara dua insan ini? adakah keduanya mahu menyembunyikan kecurangan, ketidakikhlasan dan selama ini hanya berpura-pura saling sayang menyayangi? Ini aku tidak mengertai. Perlukah aku meragui cintanya pada diriku? aku tidak pasti. Setiap saat aku mahu ada rasa bahagia di hati ini, setiap saat itu juga perasaan ragu bersandiwara. Berikanlah aku bukti andainya kau ikhlas mencintai dan menyayangi diriku. Hanya satu pintaku, baby....jangan ada orang ketiga di antara kita.
Buatmu insan tersayang, akan ku mencintai dan mengasihi dirimu sepenuh jiwa ini.