Thursday, July 31, 2008

KETULUSAN HATI- Buatmu yang tersayang

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
hooooooo
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Puisi Hadiah Sebuah Cinta

Berlambakkan kertas-kertas putih
di tengah ruang kesepian
Disimbah cahaya neon di keheningan malam
Angin lembut dari jendela meyapa
kesejukkan menusuk ke temulang
dan aku terkaku, terdiam di situ

Malam dingin itu
dia datang mengundang lagi
mintaku bertandang ke halaman rindu
untuk aku bicara tentang cinta
aku tahu kau merindui, aku juga begitu
sabar dulu...sabar dulu
mahu aku menarik nafas panjang
meluahkan rasa kegirangan
bicara tentang kasih dan sayang

Ku mulakan dengan kata-kata terindah
Salam kerinduaan dan rasa kecintaan
Ku datang persembahankan buatmu
sejuta ketulusan sekeping hati
dan aku mahu kau tahu
mencintaimu, itu satu kebenaran
dan mengasihimu tiada berdusta
kini bersamamu ku rasa bahagia

Hari demi hari
aku menguntai kalung cinta
menukir makna setia
dibaluti kejujuran dan keikhlasan
mahuku hadiahkan padamu
di saat kita bertemu
di setiap utaian itu
ada kasih, ada cinta, ada bahagia
ada segalanya....hanya cinta kita.

nukilan- armizi

Wednesday, July 30, 2008

Lelaki mengandung?




Kegilaan teknologi mengatasi akal fikiran dan melepasti lumrah kehidupan manusia sebagai makluk. Semua kita sedia maklum, hanya wanita yang mampu mengandungkan bayi. Namun, teknologi hari ini memungkinkan lelaki juga boleh mengandungi 9 bulan 10 hari. Kisahnya terjadi di England. Aku mahu kongsi bersama u guys semua mengenai perkara ini. Maklumak ini aku peroleh dari email seorang rakan sekerja. Seorang lelaki Transgender bernama Thomas Beatie dikatakan lelaki pertama yang mengandung. Dia mengandungkan bayi isterinya. Bayangkan keadaan lelaki apabila mengandungi. Dan dipaparkan sebahagian gambar dari internet.

Perlukah aku meragui?

Hati kecil aku sering kali bertanya, sejauhmana keikhlasan dan kejujuran cintanya kepada diriku? Aku tidak mahu memikirkan semua ini.Aku yakin dan percaya dia cintakan aku, tetapi mengapa perlu ada keraguaan ini? arhhh..aku benci ada perasaan sebegini. Baby, hanya satu aku pinta daripadamu, cintailah aku dengan kejujuran hatimu kerna aku terlalu cinta, sayang dan kasih kepada dirimu. Aku ikhlas dan tak sanggup untuk mencurangimu. Bagiku, cinta adalah harta dan perasaan yang tidak terhingga nilainya. My soul is loving you.

Tuesday, July 29, 2008

Aku mahu dia tahu

HANYA SATU PINTAKU, BACALAH HATI KECILKU YANG SELALU MERINTIH MENGINGINKAN DIRIMU. SETIAP SAAT, SETIAP HEMBUSAN NAFAS ADALAH CINTAKU KEPADA DIRIMU.

Maskulin Party is back..

Guys, watch out this saturday...maskulin party is back. Dengan tema Beach, party maskulin kali ini akan diadakan di The Ship Bukit Bintang, 4pm-9pm. Guest, readers and celebrities who are invited, see you there ok...we enjoy!have Fun and be cool....

Sunday, July 27, 2008

relaxing and easy...new in town

simple sign but cool internal deco
here we are

fashion show by few designer
one of de art by indonesia artist
Hey guys check it out, new club in town....CLOTH & CLEF the great and 1st ever club with cool concept...combination of three element....music, fashion and art....last week i been there for launch party....one thing u guys can't find at others club...here u can buy some cool fashion stuff, jamming with ur band with diffrent music genre, and art...art...art... watch it!

Friday, July 25, 2008

Photography cover isu sept08

Sebelum acara bermula, sesi perbincangan dibuat
Jay, our photografer One of the shot
Tengku Ean landing ats tangga konkrit

Last week 18 July 08- Shooting cover for september issue. Our cover Boy is Tengku Ean, Hit.fm deejay..so, guys dun forget to get a copy of maskulin sept issue. Get know who's Ean personaly. He's playful but camera shy....

Memahami dan difahami

Aku mulakan ungkapan rasa bahagia. Bahagia dalam erti kata menyeluruh, aku bahagian ada insan yang menyayangi, bahagia kerja sudah dibereskan, bahagia dengan kawan2 yang sentiasa ada di sampingku. Kepada teman2 love ull. Today, aku datang lewat ke pejabat, amik 2 jam lewat coz semalam asgtment sampai jam 11 mlm. Terasa penat terasa sampai ke pagi tadi...tapi aku happy n bersemangat pula mahu ke ofis. you guys know why? owh...aku berkesempatan bertemu dengan my baby lagi malam tadi. Terubat kerinduan di hati ini. Bagiku bertemu walau sesaat amat bermakna dan memberikan aku rasa bahagia.

Lupakan seketika apa yang berlaku hari ini. Aku mahu memperkatakan tentang tajuk yang tertulis di atas. Memahami dan difahami...mungkin korang tertanya2. why? apa benda? nak faham apa nyer? ermmm..ne aku nak bagi taw neh...Beginilah, aku straight to the point... Dalam sesebuah perhubungan, tak kiralah suami isteri ker, atau pasangan kekasih...setiap pasangan perlu ada aspek ini. Perlu memahami pasangan dan mahu pasangan memahami kita. Aku faham ko, ko kenalah faham aku..itu bahasa mudah yang senang difahami. Aku rasa faktor ini amat penting untuk membina kebahagian dalam perhubungan.

Aku terpanggil untuk berkata tentang perkara ne, apabila aku merasakan diriku terlalu cemburu..sifat yang patut ada tetapi jangan keterlaluan...apa yang terjadi pada aku, aku mencemburui si dia sehingga aku rasa takut dengan sikap ini, aku akan kehilangannya. Sumpah! aku tak mahu ia terjadi. Jadi, aku mula berfikir, dan aku pernah melalui zaman2 ketika di usia si dia. Dan aku mula memahaminya...memahami sifat, sikap, tingkah laku serta perbuatannya. Mengapa aku perlu cemburu apabila si mempunyai teman baru (sekadar teman biasa), sedangkan aku tahu dia cintakan aku. Tiada guna bukan? Dalam aku perlu memahami dirinya, aku juga mahu dia memahami diri aku yang sebenar. Siapa aku? bagaimana sifat dan sikapku? jiwaku bagaimana pula? sebab, kadang-kala aku rasanya si dia begitu diam sehingga aku tertanya2 adakah dia selesa apabila bersama ku? Dari pandangan dan sentuhannya, aku yakin dia mencintai diriku. Cuma caranya yang lebih senang untuk berdiam diri. Mungkin itu caranya dan aku perlu faham.

Sekarang aku bersyukur, my baby mula memahami siapa aku dan aku mula memahami dia sepenuhnya. Dalam perhubungan ini, aku hanya mengharapkan sebuah kebahagian berpanjangan dan mengharapkan hubunganyang berkekalan.

Thursday, July 24, 2008

Baru boleh bernyawa...

Huh! skrunk baru jew boleh bernyawa skit...dalam lebih kurang seminggu aku duk bertungkus-lumus menyiapkan edisi raya..mak oii..keje sorang2..banyak shooting, pinjam-pulang barang, tulis artikel lagik..hari aku lega sebab keje dah abis...hah!, dlm aku sibuk buat keje terlupa pulak aku nak jenguk blog neh..tak sempat nak menulis. Ne, ada ruang masa skitlah, so boleh aku bertandang ke ruang maya ini lagik...kawan2 duk bertanya, tak updated blog ker? malas nyer nak menjawab...aku tak ada idealah nak tulis per..., tapi kan, nak bagitaw korang sume..dalam seminggu aku siapkan keje, dlm seminggu ne gaklah aku menderita sakit gigi...adoiiii...korang tawlah kalau sakit gigi cam mana...tambah pulak keje banyak...tension tahap cipan rasanyer...., dahlah korang, skit2 dah ler.....apa2 lagik aku updated...chowww..

Friday, July 18, 2008

i'm sick...

Yesterday i'm so happy because met my baby. Kami jumpa kat Pavilion KL. That time kebetulan aku ambil pakaian untuk shooting cover, dia pulak dengan kawan-kawan kat Times Square. Katanya nak makan kat Chiken Hut..bestnya...tapi tak ajak cayang pun. Kami jumpe kat BB PLaza and have drink..seronoknyer dapat bersama dia.Tapi kan..dia macam cam bad mood jer...nak tahu kenapa? because my new hair style...dia tak suka aku color rambut..., aku ingat nak bagi suprise, tapi rupa2nyer dia tak suka lak..tapi takperlah..nanti aku color balik rambut ne..lama juga gak pujuk dia n bagi dia senyum balik...macam2 aku buat. akhirnyer dia cakap...baby sayang cayang...bahagianyer aku rasa..Today, aku tak rasa macam semalam.Aku rasa bad mood lak, tension dan macam2 aku rasa..because aku rasa tak sihat, selesema n pening kepala...datang kerja just siapkan 2 artikel jer. Ermmm...hingus meleleh jer...bersin tak henti2. Adoi...nasib baik esok cuti...Aku rasa bertambah tak sihat sebab izwa mintak aku tlg dia menyelaras cover shoot. Bukan aku tak nak tlg tapi mmg tak larat...As a one team..aku buat jugak...Adoi...buat kat luar dengan cuaca panas...aku semakin rimas dan letih...aku tak handle sangatlah..nasib baik ada Kak Liza our AD. Dia yg banyak styling pose cover boy kali ini...nak tahu sapa, tunggu maskulin kuar dulu. Nie untuk isu September 2008. Jangan lupa dapatkan maskulin...oklah chio dulu..kepala aku semakin pusing...

Wednesday, July 16, 2008

My new hair style





Hari ni, aku with Ika remaja writer when to The Met Salon at Park Royal Hotel. What we doing there? ermmm...if u guys see the pictures, sure dah tahukan..huhuhu..make over my new hair style...free beb! sapa tak nak cuba. Bukan aku sorang jer yang buat..ika pun sama. Nak tahu cam mana kami dapat free? sebenarnya The Met buat media preview for new colors look iaitu "Brownies". Aku dapat invitation untuk try the new look neh...hah, cam mana? korang rasa ok tak my new hair style neh? komen skit.....

Whole day shooting




Ammar si model
Yesterday 15/7/08- Busy day and i'm so tired. Whole day ada shooting. Biasalah masuk isu Raya neh, memang bz skitlah. Kerja kena siap early. Yesterday frm morning sampailah petang aku shooting. Sebelah paginya aku shoot fesyen (stail raya) dan sebelah petangnya shoot pulak products. At the same time, aku help Leezard handle shooting 'Wanita Pilihan'...hoihohoho..penat beb!. Untuk shooting semlm aku bengang jugalah, 2 week ago aku booked studio. Tapi studio full house...tak sangka pulak semalam banyak magazine yang ada shoot. Baju dah ada, model n make up artist dah sampai, nak tak nak aku kena carik tempat yang sesuai. Aku discuss ngan my photografer Asril, we do the shooting kat luar. Set up mini studio....berpanas pulak tu. Tapi aku tak kisah sgt janji kerja siap. Model pun ok, walaupun 7 pasang baju, shooting tu dilakukan dalam tempoh sekejap...oh yer, kali ne fesyen raya lebih
kontemporari. Hah, kalau korang wanna see the result, dun forget to get a copy of maskulin for September issu. huhuhuhu

Monday, July 14, 2008

Islamic wear modern version


This picture taken by me last week during photoshoot for Nona mag. Your guys imagine how if muslim ladies wear like this in the office? in new world is not possible dowh...but this photo just half shot because they just wanna show the 'tudung' and model is Mat Salleh..

Biasa2 sajor ari neh...

Today, nuthing much..in office then out for do the shooting at Mutiara Damansara. After that when to The Curve collect skin care products...after that rushing to Mid Valley, collect merchandise at Tangoo boutique. Huh! so tired and today hot. Didt take lunch i'm rushing to the office. owh..tired-tired-tired. rest for a while and continue do my work. Ermmm...i feel sumthing missing...owh...why my bby just keep quite? hey baby, miss u lah...why didt sms me? u bz hah? anyway hope you fine and dun be noty2....love you.

Saturday, July 12, 2008

Aku rasa bahagia....

Yesterday-11/7/08- Aku rasa begitu bahagia sekali. Dalam itu aku juga resah...aku tak mahu ceritakan keresahan yang aku rasai. Biarlah aku nyatakan kebahagian yang aku rasai. Semalam selepas balik dari kerja, aku plan akan berjumpa dengan my love...yes, we met at Mid. Valley. Perasaan rindu terubat melihat wajahnya. Lepas tu, kami pergi karaoke kat New KTV, Ampang Park dengan my ofismate. Kali ini aku dapat meluangkan lebih lama masa bersama dirinya. Oh! aku begitu bahagia berada di sampingnya. Sudah lama kami tidak bersama. Paling bestnya for the 1st time ever, dia tunjuk bakatnya menyanyi. Tak sangka my baby pandai menyanyi dan suaranya memang best. Aku rasa seronok dan bahagia. Baby, thanks bersama cayang. Tapi bila lagi kita akan bertemu?

Friday, July 11, 2008

Atas nama seni










FIne Art Photo
Photo by- Trevor Brandy













PERFUME OF THE YEAR



Below is the- TOP 3 of d-Best Men's Fragrance according basenotes

Gold Award: Terre d'Hermès by Hermès
Silver Award: Green Irish Tweed by Creed
Bronze Award: Vetiver by Guerlainand

Others:
Angel Men by Thierry Mugler
Acqua di Giò pour Homme by Giorgio Armani
Eau Sauvage by Christian Dior
Green Irish Tweed by Creed
Habit Rouge by Guerlain
L'Eau D'Issey pour Homme by Issey Miyake
M7 by Yves Saint Laurent
Terre d'Hermès by Hermès Vetiver by Guerlain
Égoïste / L'Égoïste by Chanelalso

Previous winner is:
Angel Men by Thierry Mugler (2006)
Angel Men by Thierry Mugler (2005)
Angel Men by Thierry Mugler (2004)
Vetiver by Guerlain (2002)
Cool Water by Davidoff (2001)
Vetiver by Guerlain (2000)
Égoïste / L'Égoïste by Chanel (2007)

Ada tak perfume yang korang pakai?

Aku binggung...

Mengapa cintaku sentiasa diduga? Aku tak pernah memainkan kesetiaan cintaku kepada dirinya. Aku ikhlas dan aku tahu dia juga ikhlas mencintai aku. Tapi mengapa begitu sukar untuk aku dan dia menghadapi cinta ini? Apa salah kami? Aku binggung...Sekarang, susah untuk aku jelaskan apa yang terjadi. Namun, biar apa yang terjadi, cinta dan kasih aku kepadanya tidak akan terpadam.

Thursday, July 10, 2008

"You Are The One"

Hmmmmmm
Ooooooooh
Sometimes i sit and i wonder
And i just can't seem to believe
What a blessing it's been to be loved
You're an angel sent to me
You're the star who lights up my sky
You're the one who made me see
That you don't need wings to fly
Your love has set me free
Cause you are the one who makes me whole
In my heart and in my soul
And just like the sun you showed me the light
I'm amazed and you're the reason why
Before you i was so blind
I didn't know which path to choose
You poured all of this love in my heart
And now there's no way that I can lose
Cause you are the one who makes me whole
In my heart and in my soul
And just like the sun you showed me the light
I'm amazed and you're the reason why
Oooohh you're the reason why
Oh ooooooooh
You are the one who makes me whole
In my heart and in my soul
Just like the sun you showed me the light
I'm amazed and you're the reason why
Cause you are the one who makes me whole
In my heart and in my soul
Just like the sun you showed me the light
I'm amazed and you're the reason why
You are the one who makes me whole
In my heart and in my soul
And just like the sun you showed me the light
I'm amazed and you're the reason why
Hmmmmmmmm Ooooooh

Wednesday, July 09, 2008

Shooting with Aizat

Pose Aizat ketika sesi photography..

Thanks Aizat...

Sempat lagi senyum... he is a playful boy...

Today, aku ada sesi photography bersama Aizat yang popular dengan lagu 'Hanya Kau Yang Mampu', untuk kolum Selebriti. Artis yang lahir dari AF5 ini merupakan pendatang baru yang bakal mewarni dan memberi saingan hebat kepada penyanyi lelaki sedia ada. Jangan lupa dapatkan album Aizat kat pasaran. 'Percubaan Pertama' baby pertama Aizat yang memuatkan lagu best2.Aku sekarang dan minat giler kat lagu2 dalam album ne. Sudah tentu lagu Hanya Kau Yang MAmpu, Fikirkan, Sahabat dan Lagu Kita bakal menjadi hit. Masa sesi photography Aizat bawa album dia. Special for me, dia tandatangan. Pesan Aizat "Nikmatilah Muzik Saya!". Thanks Aizat for the album.

Tuesday, July 08, 2008

Fesyen Petani moden


Koleksi Evisu SS09. Koleksi kali ini menampilkan element Asia. Terendak Vietnam pun boleh jadi prop untuk runway...huhuhu....

Perlu jujur dalam blog?

Terpanggil aku untuk mempersoalkan title kat atas. Adakah kita perlu jujur menulis setiap baris kata dalam blog masing? For me, yes...tak tahulah orang lain. What i wrote in my blog 99% is true. with blog i can realese anything that make me happy, sad, gulty, and so on... yelah, kadang-kala apa yang kita nak luahkan tak semua kawan, family even our ofismate nak dengar, nak ambil attention...dengan cara menulislah cara terbaik bagi aku..than later get feedback frm others...thanks to all of you yang sudi give a comment...berbalik pada tajuk, korang rasa perlu ke kita jujur menulis di dalam blog?

Monday, July 07, 2008

Gembira sangat....

Today 7/7/08- Hari yang paling gembira setelah lama aku tidak merasai perasaan ini. Pagi ni aku tak masuk ofis, sebaliknya aku ke Pavilion untuk amik pakaian for shooting. Selepas tu, aku ke KL sentral..apa lagi nak balik ofislah. Otw ke KL Sentral , aku cuba sms kawan baik my baby...bertanyakan tentang si dia. Semtara masih awal, aku plan nak jumpa my baby n kawan dia tu. So, kami plan jumpa kat KL sentral. Hampir sejam aku menunggu...maklumlah diaorang dari kolej. Tak perlah menunggu lama, janji aku dapat jumpa my baby. Aku tggu diaorang kat food court. Lama menunggu, tiba-tiba my baby berdiri depan aku. ..aku terdiam
...speechless....rindu yang aku tanggung selama ini kini terubat. aku nak peluk jer dia, tapi maklum sajalah time tu lunch time...so org kat food court tu ramai...aku gembira n seronok tidak terkira. Baby nampak lain, dia makin comel...comel sgt...nak kiss jer pipi....hehhehe...namun aku tak boleh lama. nanti lambat masuk ofis...tak banyak kami borak dah terpaksa berpisah buat sementara...baby thanks sangat dtg jumpa cyg...love u so much....nanti kita jumpa lagi taw...muahhhhh

Sunday, July 06, 2008

Aku rasa sepi....

Minggu ne, sabtu 5/7/- Aku ke ofis untuk menyiapkan kerja (PDF layout August issue). Temankan my graphic artist siapkan layout and aku check apa2 kesalahan pada manuskrip. Lama juga lah semalam, dari pagi sampai jam 6pm. Minggu ni aku rasa lonely sangat dunno why. even still dengan kawan2 n buat kerja, but my feeling so blanks....even i can't consentrate to my work...terasa tak bermaya...what happend to me lah...Today 6/7/08- awal2 lagi aku kuar dari umah Oda, my ofismate..semalam aku tidur umah dia. Malas nak balik ampang...dari ofis terus jer ke umah dia di brickfields. Aku tak mahu fikiran terganggu, jadi aku tidur awal....tapi aku tak tahu mengapa sukar pulak nak tidur...pusing sana pusing sini serba tak kena. dalam aku tidur2 ayam, sedar tak sedar air mata mengalir...wajah arwah my mom tiba2 muncul dalam benak fikiran...aku terlalu rindu dengan my mom..walaupun dah setahun lebih dia meninggalkan kami buat selama2nya....namun aku rasakan masih baru dia pergi. Aku doakan supaya ibuku ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin. Ermmm....bangun pagi, mata aku bengkak dan merah...berkali2 aku gosok, tapi penglihatan aku tak jelas...kabur jer....ingat apa2 dah terjadi pada mata aku neh, tapi lepas aku mandi....kembali cam asal, but still merah... lepas mandi n bersiap aku balik tanpa beritahu oda. Malas nak ganggu dia tidur. Sepanjang perjalanan balik, aku naik Lrt Star..dalam train macam2 aku fikirkan. Banyak benda yang aku perlu hadapi dan selesaikan. Hubungan cinta, aku belum pasti sejauhmana....Aku tetap mencintai dan mahu bersamanya'...soal kewangan. dalam keadaan ekonomi yg semakin teruk ni, aku perlu memikirkan cara terbaik utk lebih berjimat...arhhhhhhhhh.....banyak lagilah perkara...Aku tak tahu nak borak ngan sapa, nak bercerita pada sapa, so aku luahkan saja dalam blog neh....bukan niat nak minta simpati sesiapa..tetapi for me, this way boleh aku lepaskan tekanan. Aku harap today, i better than yesterday...to someone i love, i miss u so much and will love you till the ends. Baby are my heart, u are my blood, u are my soul. ..Love you.

Friday, July 04, 2008

Waiting for my new baby...

Oppsss jangan salah anggap...my new baby is not my Love....it just a stuff...but i'll love it...wait....i'll show to u guys later...

betul ke dia sudah di KL?

Hari ni 4/07/08- Menurut kawannya, my love akan datang ke KL. Aku tertanya-tanya. adakah benar dia sudah berada di KL? if yes, why..why did't call me? i'm waiting for you baby... Aku sabar menunggu, dan aku tak perlu nak salahkan dia. Aku faham keadaan dia sekarang. but i still cannot belive, why parents dia nak halang cinta kami? apa salah aku? Aku terlalu mencintai dia...

Thursday, July 03, 2008

Hari yang boring...malas.....


Today 3/7/08- Huh! what happend with me? nuthing, blank...blur....erggggggggg.....dari pagi sampai tengah hari and nak masuk petang dah....aku masih tak start lagi satu apa pun kerja. Rasa bosan, malas and fikiran berkecamuk...Masuk ofis, online myspace, bukak blog....chit-chat ngan kawan2 kat ofis...bosan....bukak folder gambar....tak menarik.....dengar music.....ya ado...arggggg...tensionnyer. Aku tak tahu mengapa hari ni jadi cam ne...?...tapi mungkin aku juga ada jawapan untuk pertanyaan aku tu...ermmm...si dia...ya si dia.....aku banyak fikir pasal dirinya...setiap masa aku merindui dirinya....Aku rasa aku dah giler bayang kot...perasaan dan fikiran yang kadang-kala menyeksakan..tetapi dengan mencintainya aku bahagia...biarpun pahit jua aku terpaksa terima...for me si dia adalah everthing for me...cinta aku hanya untuk dia....sah aku giler mabuk kepayang....tapi mengapa ada kawan2 yang bersimpati dengan aku? ...kalian tahu ker apa yg aku hadapi sekarang? ckplah dengan aku? weh..weh....mana korang tau hah?...neway..thanks guys. Berbalik pasal keje kat ofis ari ne....ermmm...sebenarnya aku tengah pening tak tahu yang nak mula dulu...boringlah isu kali ne...puasa,raya oh what everlah....yang penting aku kena siapkan juge. Aku duk menunggu bila designer leh siap depa nyer design for baju raya neh...wani, hatta, fifi..plsss..... satu lagi, pasal cover Sept..tak sure sapalah nak coverboy nyer...Sheikh Muzaffar masih tak berjawab...oh god! banyaknyer bende nak fikir...kalaulah badan aku ni boleh buat dua keje dalam satu masa kan besh ...hahahaha...everyone here also merungut the same thing...keje terpaksa keje...habis ko nak makan apa kalau tak keje?.....malas..malas..malas...abis memanglah keje ko tak akan siap...aku merungut sendiri lak...ermm..tak tahulah kawan2, aku selalu cam ne kalau dah pening sangat nak buat keje...adoi..TOLONG AKU GUYS>>>>>> nak tidor jap...

Remaja Argentina 17 Tahun Miliki Tujuh Anak Kandung


Dari 3 Teman Lelaki Yang Meninggalkannya Kes unik terjadi di Leones, Argentina. Remaja perempuan berusia 17 tahun memiliki tujuh anak kandung. Uniknya lagi, atau tragisnya, anak-anak itu memiliki tiga ayah berbeza yang saat ini tidak diketahui di mana. Dalam salah satu fotonya, remaja tersebut Pamela Villarruel itu terlihat seperti kakak yang bangga bersama tujuh adik-adiknya. Namun, mereka bukanlah adik-adiknya, melainkan anak-anak kandungnya. Tujuh anak tersebut diperolehnya dalam tiga kelahiran. Dua di antara tiga kehamilannya memang kembar tiga. Kalangan doktor menyebut kes Pamela itu sebagai "Kelangkaan ilmu pengetahuan" . Dia melahirkan anak pertama ketika berusia 14 tahun. Kemudian, dia dua kali melahirkan bayi kembar tiga pada usia 15 tahun dan 16 tahun. "Setiap hari adalah perjuangan berat. Namun, saya tidak akan mengubahnya. Mereka adalah malaikat-malaikat kecil saya," katanya sebagaimana dikutip sunday mirror.co.uk Yang unik, atau tragis, tiga kehamilan itu diketahui setelah hubungan dengan tiga lelaki tersebut putus . Kini, dia tidak tahu khabar ! Adaan tiga ayah anak-anak tersebut. Dia mengakui bahawa merawat tujuh anak adalah pekerjaan melelahkan. Namun, dia merasa bahagia karena anak- anaknya sehat dan bahagia. "Saya berusaha menjadi ibu terbaik bagi mereka, semampu yang saya lakukan," ujarnya. Pamela adalah anak bongsu di antara enam bersaudara dari pasangan Jose dengan Magdalena. Ibu adalah seorang sister, ayahnya cacat. Mereka tinggal di Leones, sebuah kota pertanian yang jarak sekitar 480 kilometer dari ibu kota Argentina, Buenos Aires.

Tuesday, July 01, 2008

Sempurna....

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujamu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Kisah Saiful...dikatakan diliwat....Anwar mengaku ke dia yang liwat?

Petang tadi(1/7/08)-I received email frm my officemate...pasal mamat nama saiful yg buat laporan polis kononnya dia diliwat oleh Anwar Ibrahim...masyaallah.... Ini cerita pasal...dan aku bukan niat nak aibkan dia....

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan.Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan "era kegemilangan" yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan2006 ternyata memang menjulang nama beliau.Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden.Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden.Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari.Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional?Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional.Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan "bertanggungjawab" sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan.Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang "star" sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana.Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari.Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done.Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.

http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful
-bukhari
Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari.
Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini.
Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.