Artikel Isu Maskulin May'07
IsuMaskulin+Mei07
Kelolaan: Armizi Mustapha
Foto: Ahmad Jumain
JADILAH PEKERJA GRED ‘A’
Baru tiga bulan Zulhelmi bekerja di sebuah syarikat swasta di Shah Alam. Dalam tempoh itu pelbagai masalah terpaksa dia hadapi. Bukan sahaja dengan kerja yang berlambak, tetapi setiap hari dia perlu berhadapan dengan bos yang menyakitkan hati. Menurut Zulhelmi yang kini menjawat jawatan sebagai Eksekutif Pemasaran, bosnya sering kali memberi tugas bertimbun-timbun termasuk yang tidak berkaitan dengan kerja. Selain itu, Zulhelmi juga sering dimarahi bosnya tanpa sebarang penjelasan. Rakan sepejabat pula hanya tersenyum sinis dan langsung tidak memberi sokongan kepadanya. Keadaan ini membuatkan Zulhelmi tertekan. Dia mula berasa takut setiap kali untuk berjumpa dengan bosnya. Hari ke hari timbul pula sikap malas untuk ke pejabat dan ini telah menjejaskan prestasi kerjanya. Zulhelmi terfikir untuk mencari kerja di tempat lain. Memandang keadaan sekarang sukar untuk mendapat pekerjaan, Zulhelmi terpaksa menangguhkan hasratnya itu. Sebaliknya setiap hari dia terpaksa menghadapi tekanan situasi di pejabat.
Barangkali anda mungkin pernah atau sedang menghadapi situasi yang sama dengan Zulhelmi. Ya! Memang rumit bukan? Sebelum membuat apa-apa keputusan, terlebih dahulu anda perlu berfikir sebanyak mungkin. Buat pertimbangan dengan sewajarnya. Jangan pula bertindak mengikut kemaharahan hati sehingga ia boleh menimbulkan masalah yang lebih teruk. Nasihat buat anda, bersabarlah kerana kesabaran akan membuahkan kejayaan dan kesenangan. Selain itu, anda juga perlu lakukan sesuatu untuk menjadi seorang pekerja bergred ‘A’.
SH: FAHAMI SIAPA BOS ANDA.
Kisah Zulhelmi antara beberapa masalah biasa yang wujud di tempat kerja. Tidak kira di sekstor swasta mahupun kerajaan. Para pekerja tertekan dengan beban kerja dan karenah majikan yang mempunyai sikap sukar diduga. Sebagai pekerja, kita mahu atau tidak mahu perlu akur dengan arahan bos walaupun kita memberi alasan atau penjelasan terhadap sesuatu arahan yang salah. Maknanya di sini, kita terpaksa menjadi ‘pak turut’ semata-mata untuk menjaga hati bos dan hak peribadi kita (jaga periuk nasi sendiri).
Kelolaan: Armizi Mustapha
Foto: Ahmad Jumain
JADILAH PEKERJA GRED ‘A’
Baru tiga bulan Zulhelmi bekerja di sebuah syarikat swasta di Shah Alam. Dalam tempoh itu pelbagai masalah terpaksa dia hadapi. Bukan sahaja dengan kerja yang berlambak, tetapi setiap hari dia perlu berhadapan dengan bos yang menyakitkan hati. Menurut Zulhelmi yang kini menjawat jawatan sebagai Eksekutif Pemasaran, bosnya sering kali memberi tugas bertimbun-timbun termasuk yang tidak berkaitan dengan kerja. Selain itu, Zulhelmi juga sering dimarahi bosnya tanpa sebarang penjelasan. Rakan sepejabat pula hanya tersenyum sinis dan langsung tidak memberi sokongan kepadanya. Keadaan ini membuatkan Zulhelmi tertekan. Dia mula berasa takut setiap kali untuk berjumpa dengan bosnya. Hari ke hari timbul pula sikap malas untuk ke pejabat dan ini telah menjejaskan prestasi kerjanya. Zulhelmi terfikir untuk mencari kerja di tempat lain. Memandang keadaan sekarang sukar untuk mendapat pekerjaan, Zulhelmi terpaksa menangguhkan hasratnya itu. Sebaliknya setiap hari dia terpaksa menghadapi tekanan situasi di pejabat.
Barangkali anda mungkin pernah atau sedang menghadapi situasi yang sama dengan Zulhelmi. Ya! Memang rumit bukan? Sebelum membuat apa-apa keputusan, terlebih dahulu anda perlu berfikir sebanyak mungkin. Buat pertimbangan dengan sewajarnya. Jangan pula bertindak mengikut kemaharahan hati sehingga ia boleh menimbulkan masalah yang lebih teruk. Nasihat buat anda, bersabarlah kerana kesabaran akan membuahkan kejayaan dan kesenangan. Selain itu, anda juga perlu lakukan sesuatu untuk menjadi seorang pekerja bergred ‘A’.
SH: FAHAMI SIAPA BOS ANDA.
Kisah Zulhelmi antara beberapa masalah biasa yang wujud di tempat kerja. Tidak kira di sekstor swasta mahupun kerajaan. Para pekerja tertekan dengan beban kerja dan karenah majikan yang mempunyai sikap sukar diduga. Sebagai pekerja, kita mahu atau tidak mahu perlu akur dengan arahan bos walaupun kita memberi alasan atau penjelasan terhadap sesuatu arahan yang salah. Maknanya di sini, kita terpaksa menjadi ‘pak turut’ semata-mata untuk menjaga hati bos dan hak peribadi kita (jaga periuk nasi sendiri).
Apabila situasi di mana wujudnya ketegangan antara anda dan bos pula, perkara yang perlu anda ingat adalah di situ tempat anda mencari nafkah. Tidak kira dalam apa jua jenis bidang kerjaya anda sekalipun, bos adalah orang yang perlu anda hormat serta diberi keutamaan. Mereka yang membayar gaji anda, dan mereka juga boleh memecat anda pada bila-bila masa sahaja. Mungkin ini jenis bos yang memegang kuasa di bawah syarikatnya sendiri. Bagaimana pula sekiranya anda berada di bawah kelolaan bos untuk sub jabatan atau divisyen? Mungkin mereka tiada hak untuk memberhentikan anda, tetapi arahan mereka perlu juga dipatuhi.
Sebelum anda mengetahui dan memahami panduan untuk menjadi pekerja yang hebat serta dikagumi, terlebih dahulu ada baiknya anda meneliti jenis-jenis bos yang perlu anda fahami dan bagaimana cara untuk menghadapi bos yang sikapnya pelbagai ini.
BOS YANG CEREWET
Ada saja yang tidak kena . Biarpun anda telah menyiapkan kerja dengan baik dan betul, tetapi bos jenis ini akan sentiasa mencari kesalahan anda. Apa perasaan anda apabila keadaan ini berlaku? Marah, geram, kecewa? Sudah tentu! Mengapa dia tidak mempercayai kebolehan anda? Ada dua alas an, pertama memang sengaja untuk menguji kesabaran atau bos jenis ini tidak sanggup menerima sebarang kegagalan. Untuk berhadapan dengan bos jenis ini, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan dengan menyediakan bukti yang kukuh sesuatu hasil kerja serta yakinkan dirinya yang anda mengambil langkah berhati-hati ketika melaksanakan tugasan anda. Memang agak rimas dengan bos jenis ini. Jadi anda perlulah bersabar dan laksana tugasan serta berikan segala maklumat sebagaimana yang dikehendaki.
BOS ‘HITAM PUTIH’
Kebanyakan bos jenis ini sentiasa keliru serta sukar untuk memahami
sesuatu perkara. Kadang-kala perkerjanya yang terpaksa memberi pemahaman kepadanya. Sekiranya bos anda dikatogeri ini, apa yang perlu anda lakukan adalah melayannya seperti melayan seorang anak kecil yang mana ada perlu mengemukakan sesuatu idea atau maklumat yang senang difahaminya. Setiap idea serta maklumat yang dikemukakan itu perlu disertakan dengan sokongan atau contoh yang jelas dan meyakinkan. Jangan bebani bos anda dengan cara memaksanya untuk memahami idea atau maklumat anda yang memeningkan kepadanya.
BOS YANG ‘TAK AMBIL KISAH’
Sememangnya bos jenis ini membuatkan anda lebih binggung untuk menghadapi hari-hari bekerja. Biasanya arahan dan tunjuk ajak diterima daripada bos, tetapi sekiranya bos anda jenis ini terpaksalah anda mengambil inisiatif sendiri. Biasanya bos jenis ini tidak menghiraukan para pekerjanya. Bukan hanya arahan malah tunjuk ajar mungkin sukar untuk anda terima. Ini mungkin disebabkan dia sentiasa sibuk dengan urusan lain, tidak mahu mengambil tahu atau tidak mempunyai kemahiran di dalam sesuatu perkara, dan biasanya dia akan membiarkan anda sahaja menghadapi atau menyelesaikan sesuatu tugasan.
Untuk menghadapi bos jenis ini, anda perlu mempunyai suatu kemahiran komunikasi. Ketika berurusan dengannya anda perlu memberi maklumat yang lengkap, ringkas serta mudah difahami. Tujuaannya bos anda dapat memberikan keputusan yang anda inginkan. Selain itu tunjukkan kepadanya bagaimana perancangan dan matlamat kerja anda. Tunjukkan juga kepadanya bahawa anda mempunyai hala tuju kerja yang mantap.
BOS YANG MEMENTINGKAN KERJA
Teruk anda dikerjakan oleh bos jenis ini. Seboleh-bolehnya bos jenis ini mahu anda bekerja memerah keringat dan idea semata-mata demi kerja. Kadang-kala hari cuti yang sepatutnya anda berehat mungkin digunakan olehnya untuk menyuruh anda menyelesaikan tugasan. Keadaan ini membuatkan anda mungkin kehilangan keseronokan dunia di luar pejabat. Sudah tentu anda tertekan dengan bos sebegini bukan? Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah berterus-terang dengannya. Jangan hanya mengikut arahan sahaja. Nyatakan kepadanya yang anda memerlukan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.
BOS YANG TERUK
Paling teruk adalah untuk anda menghadapi bos jenis ini. Biasanya bos jenis ini bukan sahaja mempunyai sikap yang buruk, malah dia akan cuba membuatkan anda gagal di dalam pekerjaan. Sama ada dia akan merancang sesuatu yang boleh menjatuhkan anda atau sikap biadapnya membuatkan anda berasa bosan serta benci kepadanya. Berikut beberapa katogeri bos yang teruk:
1-Bersikap pilih kasih
2-Sukar atau enggan membuat keputusan
3-Mementingkan perkara kecil dan remeh-temeh
4-Tidak mendengar dengan baik
5-Sering menimbulkan masalah
6-mahukan pujian di atas kejayaan
Bagaimana? Anda sudah memahami jenis-jenis bos yang ada dan tahu cara untuk menghadapinya? Jika sudah, sekarang keputusan terletak ditangan anda. Sama ada anda ingin terus bertahan sehingga anda berjaya atau ‘angkat kaki’ meninggalkan organisasi itu? Di sini anda perlu bijak membuat pertimbangan sewajarnya. Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja di bawah organisasi itu, peranan anda sekarang adalah bekerja dengan baik dan cekap sehingga mencapai matlamat itu. Tetapi bagaimana?
SH: ETIKA PEKERJA HEBAT
Untuk menjadi seorang pekerja yang hebat, anda perlu mempunyai etika yang baik. Pupuk etika ini dari awal anda bekerja lagi. Jadikan ia sebagai rutin harian.
1-Bersikap Inisiatif
Ingin menjadi pekerja hebat anda perlulah ada sikap inisiatif. Jangan buat sesuatu kerja kerana diarah atau dipaksa. ‘Sekali ketuk, sekali bergerak’. Apabila lakukan kerja atau tugasan, jangan pula lakukan secara sambil lewa. Buatlah dengan teliti dan tekun. Barulah kerja selesai dengan sempurna. Walaupun anda ada melakukan kesilapan, ingat jangan ulanginya berkali-kali. Jika tidak anda dan orang lain akan berhadapan dengan masalah yang anda cipta itu. Sekiranya anda memiliki kebolehan dan kemahiran tertentu berkaitan dengan kerja, tonjolkan supaya bos atau pihak lain boleh menilai anda.
2-Amanah
Amanah dalam membuat kerja bukan sahaja menyenangkan semua pihak di organisasi tempat kerja malah and aakan mendapat keberkatan. Sekiranya sifat amanah ini hilang pasti segala urusan kerja tidak akan berjalan lancar. Silap hari bulan boleh menghancurkan sesebuah organisasi. Jadi, apabila anda menerima arahan atau tugasan lakukan dengan sebaik mungkin. Jangan sesekali mengabaikan sesuatu kerja yang diamanahkan walaupun daripada staf biasa yang sama taraf dengan anda.
3-Komited Terhadap Kerja.
Anda mahu menjadi seorang pekerja yang hebat dan berjaya, kunci utama yang perlu anda pegang adalah komited terhadap kerja. Setiap kerja perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh perhatian. Apabila anda komited, percayalah hasil kerja akan sempurna dan cemerlang. Selain itu anda perlu bijak mengintai atau mencari peluang untuk menonjolkan diri dengan hasil kerja anda. Biar orang tahu anda pekerja yang dapat melakukan sesuatu tugasan dengan sempurna.
4-Berakhlak dan berdisiplin.
Berakhlak dan berdisiplin melambangkan ketinggian peribadi dan kualiti seseorang pekerja. Kita pernah dengan sindiran tentang seseorang yang berpendidikan tinggi, jawatan tinggi tetapi memiliki akhlak yang buruk. Adakah orang akan memandang jawatan dan taraf pendidikannya itu? Rasanya tidak, kerana orang sekeliling lebih menilai individu itu melalui akhlaknya. Untuk menjadi pekerja berjaya dan hebat, ditekankan kepada anda agar elakkan diri dengan mengamalkan akhlak buruk seperti makan rasuah, sikap pilih kasih, samseng dan sebagainya. Satu lagi, jadilah pekerja yang berdisiplin seperti mengikut peraturan pekerja yang ditetapkan oleh organisasi.
5-Jalin hubungan baik
Biasanya kita bekerja dalam kumpulan. Jadi, hubungan baik sesama pekerja, majikan mahupun pelanggan yang berurusan dengan organisasi anda perlu dijaga. Jangan pula anda bersikap hipokrit. Jalinlah hubungan secara jujur dan ikhlas. Situasi di mana seseorang pekerja hanya menjalin hubungan baik ketika dihadapan sahaja, sebaliknya di belakang memburuk-buruk orang itu. Situasi ini sememangnya berlaku dan sukar untuk diubah. Ingat, apabila kita bersikap jujur, sesuatu pekerjaan yang dilakukan akan berjalan dengan sempurna malah pihak lain akan lebih menghormati serta mempercayai diri kita.
SH: BIJAK URUS MASA
Kebanyakan pekerja di mana-mana sektor sekalipun, hal berkaitan dengan pengurusan masa sentiasa timbul. Baik pekerja biasa mahupun majikan sendiri. Apabila masa dihabiskan untuk melakukan perkara lain, kerja yang diarah untuk disiapkan akan tertangguh. Apabila tiba masanya kerja itu diperlukan, berkejar-kejarlah untuk menyiapkannya. Timbullah kata-kata masa tidak cukuplah, tensionlah, dan tidak fasal-fasal masa yang sepatutnya untuk berehat diambil bagi menyiapkan kerja. Begitu juga halnya apabila di dalam mesyuarat atau perbincangan yang berlangsung berjam-jam lamanya. Tetapi, diakhirnya tiada kata putus atau sepakat. Apabila anda sedang menghadapi situasi seperti di atas ini bermakna anda mempunyai masalah bagaimana untuk mengurus masa di tempat kerja.
Pakar dalam pengurusan kerja ada mengemukakan cara menggunakan masa secara efisyen di tempat kerja.Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah :
• Kurangkan pembaziran masa
• Lebih bersedia ketika menghadiri mesyuarat atau perbincangan
• Elak menerima tugasan yang berlebihan.
• Sentiasa memberi perhatian penuh terhadap tugasan atau projek yang dilakukan.
• Rancang tugasan harian, mingguan atau bulanan secara efisyen.
Perlu Elak
1- Membuang Masa – Biasanya masa kita terbuang begitu sahaja kerana silap kita sendiri. Contohnya bergayut di telefon menelefon untuk bercakap benda-benda yang tidak berfaedah, bersembang mengenai perkara yang tidak berkaitan dengan kerja bersama kawan-kawan sepejabat.
2-Membuat kerja orang lain – Sebelum menyiapkan kerja orang lain lebih baik siapkan kerja kita terlebih dahulu. Jika tidak, kerja anda semakin bertambah dna tertangguh.
SH: TAMPIL BERGAYA DAN YAKIN
Penampilan diri merupakan salah satu perkara yang perlu diberi perhatian. Tidak kira apa jua bidang pekerjaan anda, soal pakaian perlu dititikberatkan. Memandangkan sekstor pekerjaan adalah berbeza, pasti setiap organiasi telah menetapkan kod berpakaiannya sendiri. Pekerja di bidang kreatif berbeza kod pakaiannya dengan pekerja di sektor pembankan. Walau apa jua kod berpakaian yang ditetapkan oleh organisasi anda, ia perlulah dipatuhi.
*Ingat, penampilan anda perlu sentiasa kemas, bersih dan sesuai dengan suasana serta jenis pekerjaan agar anda tampil lebih yakin dan bergaya.
SH: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Ingin menjadi seorang pekerja yang hebat juga perlu memiliki kemahiran komunikasi. Sebagai pekerja anda sentiasa berurusan dengan pelbagai peringkat orang. Selain daripada sesama rakan sepejabat, bos atau ketua bos, anda perlu pandai berkomunikasi dengan pihak yang berurusan dengan organisasi di tempat kerja anda. Kemahiran berkomunikasi bermaksud kebolehan anda berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Tidak kira apa jua bahasa yang digunakan di pejabat (Bahasa Melayu atau Inggeris). Berikut adalah kemahiran komunikasi yang perlu anda kuasai.
1-Kebolehan membentangkan maklumat serta melahirkan idea dengan jelas, efektif dan berkeyakinan samada secara bertulis mahupun lisan.
2-Kebolehan mendengar dan memberi tindakbalas secara aktif terhadap idea/cadangan orang lain.
3-Kebolehan untuk berbincang dan mencapai persetujuan ketika di dalam mesyuarat atau perbincangan.