Monday, March 16, 2009

AKU TIDAK PERNAH BERBOHONG MENCINTAIMU

Aku tidak pernah cuba untuk berbohong mencintaimu
Aku tidak pernah cuba untuk menduakan cintamu
Aku tidak pernah cuba untuk curangi cintamu kepadaku
dan..aku tidak pernah cuba untuk menghilangkan
perasaan cinta kepadamu dihatiku...

Sayang....cinta....kasih sayang aku semaikan di jiwa ini hanya padamu.
Kekasih hatiku...
Percayalah kepadaku...

Cintaku,
Biarpun berkali kau pernah lukakan hati ini,
namun sedikitpun tidak aku berganjak
cuba untuk melenyapkan perasaan ini..
kerinduan dan cinta kepadamu terpatri di lubuk hati ini..

PLM ATV RIDE CHALLENGE

Tarikh: 14 Mac 2009
Lokasi: Sec.7, Shah Alam

Hari sabtu lalu, finalis Pencarian Lelaki Maskulin telah menlakukan aktiviti terakhir mereka sebelum ke final. Aktiviti kali ini lebih ekstrem dan mencabar. ATV Ride Challenge anjuran team Maskulin bersama penaja kami G-Motosport telah menguji ketangkasan, keberanian dan sudah tentu maskuliniti para finalis. Berikut antara gambar2 yang sempat dirakam sepanjang aktiviti itu dijalankan. Untuk paparan lebih lanjut, jangan lupa untuk mendapatkan MASKULIN isu Mei'09. Lebih banyak aksi yang kami paparkan.

Dua finalis yang menggayakan t-shirt rasmi Pencarian Lelaki Maskulin musim ke-3 ini. Gambar ne dirakam oleh jurugambar kami Aswal ketika sesi brefing oleh editor dan pihak G-Motosport. Ketika ne boleh tgk wajah finalis yang tidak sabar2 lagi untuk mencuba ATV.
Inilah ATV yang digunakan oleh finalis untuk cabaran lasak ini. ATV ini juga antara hadiah yang bakal dimiliki oleh pemenang pertama dan kedua. Best kan diorang, dapat hadiah ATV kalau menang.

Nampaknya finalis tidak sabar2 lagi ingin mencuba ATV ne. Dalam gambar kelihatan Mad, Ary, Isam, Amrani, ucop, Zarin dan Kazman...masing2 mula memasang strategi.huhuhu

Aksi salah seorang peserta yang memulakan cabaran. Nampaknya mereka begitu teruja sekali. Ada yang pertama kali mencubanya... dalam gambar adalah Ary.

BEHIND THE SCENE COVER SHOOT

Tarikh: 10 March 2009
Masa: 10.00am
Lokasi: Pusat Ekuin, UPM

Baru-baru team Maskulin telah mengadakan photoshoot for Mei isu. Lokasi seperti yang tercatat di atas. 1st time photoshoot mengandingkan binatang dan cover boy... susah juga sebenarnya nak handle photoshoot ne. Maklumlah kuda yang dijadikan cover gak ne, tak dengar cakap. Keadaan cuaca panas memeritkan lagi sesi penggambaran yang memakan masa hampir 3 jam tu. Apa2 pun photoshoot tu berjaya dilaksanakan. So, kalau kalian nak tengok hasilnya, jangan lupa dptkan MASKULIN isu Mei09 nanti.

Inilah kaki tangan yang terlibat dengan photoshoot cover tu. Yang pakai short tu lah Ipul, our photografer. Mamat ne memang sempoi n cool. Gambar2 yang dia ambik sumenya cantik-cantik. Tak reti dah aku nak pilih. To Ipul and asst. dia Nadia, Thank you so much.
Cover boy yang menhiasi isu Mei nanti sedang posing atas kuda. Kesian Ipul yang terpaksa kesana kemari mencari angle terbaik. Kuda buat hal lak, x mahu duduk diam. Aku seperti biasa, memberi bantuan dan idea untuk Ipul dptkan shot menarik.

Uncle Khrisnan (baju merah) sedang memerhatikan kami bekerja. Gadis berbaju puple tu Nadia, pembantu make up artis...cute girl. Cuaca panas masa ne, Tuhan saja yang tahu. Aku berpeluh cam dah mandi. Huhuhuhu...

Inilah make up artis terkenal yang mendandan cover boy Maskulin kali ini. Baby Elle banyak membantu sepanjang photoshoot ne. Thanks to Baby Elle. Kamu juga sempoi. Oh, ya, time photoshoot ne, Baby Elle pun tunjuk bakat dalam photography...katanya dia nak tukar profession, nak jadik fotografer sepenuh masa....biar betul ke cik baby kite ne. Mesti korang tertanya-tanya, siapalah cover boy isu Mei nanti? Kalau nak tahu, dapatkan MASKULIN majalah kesayangan anda ini.

Ini antara shot yang dirakam oleh Baby Elle, hehehe. Aku sedang memberikan arahan pada cover boy agar lebih tenang dan jangan mengelabah dengan kuda ne...