Tuesday, June 30, 2009

Mengimbas kenangan...

Last weekend...selepas aku attend kenduri kahwin my fren kat Pantai Dalam, aku gi Jaya One section 17, PJ..huhuhuhu...dah lama x ke situ..dah banyak perubahan kat sec 17 tu. Lepas tu entah macam mana, aku terasa lak nak masuk Universiti Malaya, tempat aku mengabdikan diri untuk segulung ijazah...hampir enam tahun telah aku tinggalkan universiti kesayangan ku tu. kesayangan ker? hahahaha..sayang lah gak....kalau x belajar kat situ...xdalah kot aku kerja di bidang sekarang...UM meninggalkan banyak kenangan sepanjang aku bergelar pelajar..3 tahun di fakulti Sastera, di jabatan pengajian media.... that time memang besh giler arrr... tapi time tu gaklah xsabar2 nak keje. ...Nak dijadikan citer...dah pusing2 UM tu, aku pergi lak ke kolej kediaman aku.... Ten College atau Kolej Tun Ahmad Zaidi...wah banyak cerita dan kenangan terpahat di sini...dan dalam tempoh enam tahun, banyak perubahan yang berlaku kat kolej tu..rindu giler...pelbagai kenangan yang dilalui dulu terimbas kembali...Aku kira agak aktif jugaklah kat kolej tu. Sebab tu leh duduk kolej sampai final year.....huhuhuhu...keunikan pada kolej neh??....korang tengoklah seni binanya...ala2 rumah kat sarawak...sah2 lah kolej ne tajaan kerajaan negeri sarawak...hehehehe....so, kat bawah neh some picture yang sempat aku snap....sebagai kenangan.


Hah...kolej ke-10, kolej kediaman aku duduk....kalau sapa2 yang duk kat sini, pasti tak mahu lepas peluang untuk bergambar...jadi kenangan katanya....aku ada gaklah beberapa keping gambar yang pose kat sini. BIla tengok balik pic tu..aku gelak sendiri...diriku dulu agak skema....
Hah...inilah gelanggang tempat menlakukan aktiviti petang2 dan waktu xda kelas. bola keranjanglah, futsallah...ehh....main kejar2 pun kat sini gak. Huhuhuhu....Korang tengok bangunan kuning tu? hah itulah asrama lelaki...aku pernah stay kat bilik di tingkat paling atas...can see very da nice view...hahahahh...

Yang neh pulak bangunan pentadbiran kolej...cafe, bilik komputer, macam2lah ada kat bangunan neh..semuanya untuk kemudahan para pelajar..kat sinilah juga segala aktiviti kolej dijalankan..ingat lagi kena wat persembahan dikir barat kat pentas utama...maaflah pentas utama tak dapat aku nak snap...


Hah! neh dia tempat yang menjadi lokasi paling besh utuk lepak..SLOW ROCK CAFE....bukan hard rock cafe key..gerai makan yang dulu diusahakan oleh pendikir barat terkenal Halim Yazid ne memang sangt famous dulu...time aku masih di situlah...waktu petang, malam and kalau bulan pose tu...kat sinilah aku n kwn2 bersahur..huhuhu masakan sangatlah sedap...kalau korang tanya budak2 UM yang belajar/masuk tahun 2000-2003, pasti tahu cafe neh..sekarang aku tak tahulah kafe ne masih beroperasi ke tak..adakah Halim yazid masih menjadi ownernyer...time aku pergi cam bersepah jer aku tengok...apa2 pun Slow Rock Cafe meninggalkan kenangan terindah bersama kwn2 sekolej....