Monday, February 11, 2008

Hadiah sebuah novel

Ini lah novel NODA

Sudah lama tidak menulis di blog aku ni. Bz bz n bz.....kali ini aku ada peluang untuk menjenguk ke sini. Ada ruang untuk aku mencoretkan apa perkembangan terbaru. So far nuthing much.

Apa ada sesuatu yang ingin aku kongsi bersama. Baru-baru ini aku mendapat hadiah istimewa daripada seorang teman yang aku anggap dia sebagai mentor aku. Hadiah istimewa itu adalah sebuah novel hasil nukilanya sendiri. NODA, merupakan novel terbaru karya Ricthi Rachman. Apa yang paling aku hargai pemberian ini adalah aku orang pertama yang mendapatnya siap ditandatangan oleh Ritchi. Thank so much bro, ur so amazing. Aku dah habis baca novel ni. Kisah lelaki biseksual yang pastinya menghurai segala realiti kehidupan manusia. Kisah lelaki bernama RANO, lelaki kacukan. perjalanan hidupnya yang dihantui ketakutan dan perasaan penuh kecintaan, kesetiaan serta keikhlasan cintanya terhadap lelaki lain. ..serba ringkas tentang novel ini. jika kalian mahu mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa dapatkan novel ini. pastinya ia penuh sensasi dan bakal mengundnag kontroversi.....