Wednesday, August 06, 2008

My family...

Setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke Universiti Malaya, tempat aku menimba ilmu kira-kira 5 tahun lalu, hari ini sekali lagi aku ke sana. UM tak banyak berubah, Dewan Tunku Canselor (DTC) masih seperti dulu...selepas kebakaran yang tak terduga dulu, DTC diindahkan dengan perhiasan lebih menarik, namun masih mengekalkan nilai estitetikanya....pokok duit2 menjalar memenuhi segenap dinding bangunan yang hampir beratus tahun usianya...
Seperti biasa setiap tahun, apabila adanya konvoksyen, maka berpusu2lah lautan manusia memenuhi hadapan DTC. Family, kawan2, suadara mara, gf, bf, tunang, isteri, suami, anak menunggu para graduan di dalam dewan dengan perasaan bangga. Hari ini, perasaan itu juga aku rasai. Adik ku Zura, telah tamat pengajiannya di bidang Saujana Muda Kaunseling. Meraikan kejayaannya adalah family ku. My dad, sis, adik2 n anak suadara semua di sini. Tersenyum dan gembira.
Perasaan mereka itu membuatkan hatiku tersentuh. Aku tiba-tiba mengenangkan ibu yang sudah hampir dua tahun meninggalkan kami semua. Dulu, di tempat yang sama, ibu dan ayah datang bersama meraikan aku. tapi kali ini, ibu tiada bersama. Aku lihat ayah yang semakin tua. Kakak sulung bersama anak2nyer, yaya yang sulung, baby dan aidil begitu tabah menghadapi hidup ini walaupun terpaksa membesarkan anak2 seorang diri. Kakak kedua sekarang begitu sibuk dengan kerjanya di Johor. Esok dia sudah terpaksa pulang meyambung kerjanya. Adik ku Amri, baru pertama kali menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur. Katanya lebih senang tinggal dan bekerja di kampung. Menemani ayahku yang sering sendiri di rumah tanpa ibu. Adik bongsuku Azwan, dia semakin matang. Pada usia 21 tahun kini dia sering saja berjauhan daripada family. Sejak usia 12 tahun dia sudah pandai berdikari. Perjuangannya belum selesai, Insyallah dua tahun lagi dia akan mengenggam segulung ijazah seperti kakak2 dan abangnya.
Ibu, sejak pemergiannya, aku masih menganggap dia tetap ada di sisi kami semua. Kadang-kala apabila terkenangkan ibu, aku menangis sendiri. Belum sempat aku membalas jasanya selama ini.
Aahhh...aku mengeluh, sambil cuba menutup mataku yang mula berkaca. Aku tidak mahu family tahu apa yang aku rasai saat itu. Aku cuba beralih pandang ke arah laungan sorakan para mahasiswa UM yang meraikan senior2 mereka. Sekali sekala aku tersenyum juga melihat kegembiraan adiku zura. Biarlah dia lepaskan rasa gembira dan seronoknya bergelar graduan. Tak lama lagi dia bakal menempuh alam pekerjaan pula. Sejenak kami bersama satu keluarga merakam gambar kenangan. Sudah lama rasanya tak bergambar bersama2. Perasaan gembira aku rasai. Aku bersyukur memiliki keluarga yang begitu bahagia. Kini, mereka semualah yang memberi kekuatan kepada aku untuk terus hidup dan berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Aku tidak sanggup kehilangan mereka. Biar hidup kami tidak semewah orang lain, namun kebahagian adalah milik kami. Bagiku my family adalah segala2nya.

Hari ne cuti....

Today off day...cuti ganti bertugas on saturday lepas. Masalahnyer kerja kat ofis belambak, tapi nak gak cuti. Bukan saja2 nak cuti,sebenarnya aku nak pi konvoksyen adik aku kat UM....emmmmmm teringat masa lalu ketika aku konvo di dewan tunku canselor 2003. Kini giliran adik aku lak...to my sis congratulations.....love you.