Sunday, August 05, 2007

Kembali ku sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wah.....rindunya, sudah beberapa purnama aku tidak bertandang ke ruang maya ciptaan aku ini. bukan kerana tidak lagi mahu mencoretkan ceritera, tetapi aku terlalu sibuk. kekangan masa dan keadaan menidakkan aku untuk bersama di sini. Hari ini, masa menyebelahi aku. Terima kasih aku ucapakan. Ada jua celahan detik waktu untuk aku bertandang ke mari.

Dalam tempoh beberapa bulan lalu, pelbagai perkara terjadi di dalam hidup aku yang sukar untuk aku coretkan di sini. Antara bahagia, derita, kepahitan, kemanisan, kejujuran dan kecurangan, kekukuhan dan kehancuran...dan aku kini kembali sendiri. Hati aku kembali derita terseksa. Aduh! jerit jiwa aku tanpa siapa yang mahu mengerti. Mengapa kau meninggalkan diriku sendiri di sini? Itu adalah pertanyaan yang belum ku ketahui jawapannya. Insan yang kusayangi masih meragui keikhlasan dan kejujuran hati ini. Mengapa harus ia terjadi? aku tak sanggup teruskan...sebelum mata ini menitiskan butiran kaca cristal, hentikan sekarang....