Saturday, April 05, 2008

Sebay sebay di Chiang Mai

Hehehe...Sham n me di Donsao Island, Laos..

Kami kat Hot Spring Chiang Rai...


Sebelum menaiki Mekong Cruise ngan abg muhi


Abg Muhi, Sham n Me atas Tuk-tuk

Tanggal 29-31hb March 2008 lalu aku bersama dua rakan bercuti di Chiang Mai, salah satu daerah paling utara di negara Thailand. Dari Kuala Lumpur kami menaiki AirAsia mengambil masa hampir 2 jam lebih.Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai hampir jam 2 petang waktu tempatan.

Pengalaman baru dan keseronokan percutian 3 hari 2 malam meninggalkan kenangan terindah di bumi gajah putih ini. Hari pertama, kami mulakan lawatan dengan mengikut tour dari Sea season. Chanakarn, gadis Thai putih gebu menjadi tour guide kami. Tengah hari selepas menikmati hidangan nasi beriani di Arab Rest. kami di bawa melawat beberapa tempat menarik. Antaranya kilang kulit, jewelry,pusat kraftangan, dan lain-lain lagi. Chiang mai memang terkenal dengan barangan kraftangan yang unik-unik. Harga juga berpatutan. Siapa yang sukakan barangan kraftangan, suggest ur guys datang ke sini.

Di Chiang mai satu masalah terpaksa dihadapi. Satunya nak cari makanan halal. Tak banyak restoran Muslim kat sini. Satu lagi masalah bahasa. Mereka tak pandai sangat bahasa English. Aku ada gak guna bahasa Thai, so bolehlah aku cakap. Seronoknya orang Chiang Mai ne ramah. Lawa-lawa and hensem. Kalau popuan tu putih gebu. huh!

Berbalik pada trip dengan tour agent..hari kedua di Chiang Mai, kami bersama beberapa orang lagi pelancong dari Malaysia di bawa ke Chiang Rai. Satu daerah yang menghampiri sempadan Thai-Myammar. Apa yang menarik di sini, kami di bawa ke White Temple. Cantik dan indah buatannya. Temple ne ilham seorang pelukis terkenal Thai. Selepas itu kami ke Golden Triangle pulak. Kat sini seronok gak. Di sini lah centre tiga buah negara dapat di lihat iaitu Thai, Myammar dan Laos. Kat sini kami sempat menaiki cruise menyusuri sungai Mekong. Selepas itu kami semua di bawa pula ke Pulau Daosao, Laos. sempatlah berposing kat sana. Selepas lama di situ, kami di bawa ke Mae Sai, pusat bandar di sempadan Thai-Myammar. Macam-macam ada di jual kat sini. Siapa yang kaki shopping sure tak menang tangan. Harga memamg murah. Selepas lama di sana, hampir jam 4.30 petang kami berangkat pulang. HUh! penat beb...mana tidaknya perjalanan 6 jam pergi balik. Sampai berdengkur2 dalam van. walaubagaimanapun seronok sangat.

Pada belah malam pulak, kami merayau2 di night bazaar berdekatan dengan hotel tempat kami menginap. Kat sana ne macam-macam gaklah ada di jual. tapi kebanyakannya boleh dijumpai di Malaysia. Berbezanya kat sini harga murah. Masa kat sini, pengalaman yang mengerunkan....bukan aku kena rompak ke apa...cuma aku dan kawan2 terpaksa melayan kerenah penjual barangan kraf dari puak native diaorang. huh, bila beli barang kat sorang pejual, yang lain akan datang berpusu2 mengerumun. Paksa beli...tapi memang kesian tengok diaorang ne. Satu pengalaman yang aku belajar kat sana, kita fikir kita miskin, tapi masih ada orang yg miskin. Aku tersentuh tengok anak2 kecil tanpa ibu bapa berpeleseran di jalanan meminta belah kasihan.

Keesokan awal paginya kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Sebay-sebay di chiang mai meninggalkan kenangan terindah dalam hidup.