Monday, December 03, 2007

KANAK-KANAK KINI



AKu nak cerita skit pasal kanak-kanak ni.AKu merakam gambar neh semasa tunggu my sis datang ke rumah untuk ambik barang2. Masa menunggu aku melihat beberapa orang kanak-kanak sedang bermain dengan seronoknya.ada yang tidak berbaju, berkali ayam..comel2 semuanya...aku teringat ketika usiaku baya mereka dulu...kalau aku main macam ni tengah2 malam sudah tentu dimarahi arwah ibu. Lain pula kau tengok mereka....aku menegur, ngapa tak pakai selipa...nanti kotor kaki tu, terpijak kaca luka...."alah bang kitaorang power...emmmm..main kotor di tempat yang tidak sepatutnya. Waktu2 begini tempat mereka di rumah bukan berkeliaran bermain di tempat kotor.Mana mak bapak mereka? mengapa tidak memperdulikan anak2 yg comel ini? kesian aku tengok mereka ni. entah bagaimana nasib masa depan.Begitu jika hidup di kawasan perumahan yang penuh dengan kekotoran. Mak bapak tidak merisaukananak2 sendiri. Aku yang sememangnya menyenangi kanak-kanak mengharapkan ibu bapa mereka memanggil pulang anak2 mereka itu, namun hampir sejam di situ, aku tidak melihat kelibat ibu bapa mereka. Sementara menunggu kakak aku yang belum tiba, aku sempat menemani kanak2 ini bermain...mereka peramah sekali...telatah spontan mereka terlihat gembira apabila aku merakam gambar mereka...