Semalam, 16/12/07- Aku bersama-sama housemate, Fazli Zainal dan kawan2 dia pergi menonton wayang kat Pavilion. Mula2 cadang nak tengok The Golden Compass, Enchanted, ..;last2 dapat tahu Fazli dah belikan tiket filem Anak Halal. Tahu je lah, bila filem Melayu neh aku lemah skit nak tengok, bukan aku tak sokong industri filem kita sendiri tetapi dah banyak filem Melayu aku tengok masih belum ada yang memberi kepuasan dan dibanggakan. Filem Melayu sama jez. Tetapi aku agak terkejut dengan filem Anak Halal. 1st time aku tengok filem Melayu yang buat aku teruja dan seronok menontonnya. Tak boring malah plot cerita yang membuatkan kita mahu tahu apakah kejadian seterusnya. Memang sebelum ni dah ada banyak filem aksi Melayu, tapi yang stau ni lain kah. Sentuhan Osman Ali kali ne buat aku berfikir. Jalan cerita biasa tetapi diolah dengan penuh adegen aksi, persoalan cinta, perwatakan realiti. Aku tabik lakonan Farid Kamil, Maya yang lari dari watak biasanya, tapi Fasha Sanda steriotaip je. Nothing much from her acting. Paling aklu banggakan watak tiga penjahat neh...Hebat dan berkesan. Tahniah Zulhelmi, Fizz dan Fauzi...satu pemberian yang mendalam untuk lakonan ini. Pemilihan lokasi dalam filem ni aku bagi A, sesuai dengan ceritannya. Filem kita dah berani nak pecah sana, pecah sini. .....babak pergadunhan dalam rumah...ur guys tengok sendirilah...oklah tu je komen aku pasal filem ni. Keseluruhan aku bagi 3.5 bintang untuk filem 'Anak Halal'. Congratulation!!!
Monday, December 17, 2007
WORLD MARCHING BAND COMPETITION
kepada pasukan pilihan masing2.
Antara pasukan yang bertanding
15/12/07- Aku dan housemate pergi menonton World MArching Band Competition, julung2 kalinya diadakan di Kuala Lumpur. Pertandingan yang melibatkan 5 negara itu menyaksikan 10 pasukan berjaya ke peringkat akhir. Agar teruja aku melihat kumpulan marching dengan pelbagai alunan muzik, pakaian berwarna warni dan formasi yang memukau pandang. Pertandingan yang bermula 6hd Dis 2007 hingga 15hb Dis 2007 itu disertai oleh negara kita Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan German. Tahniah buat THailand kerana menjuarai pertandingan tersebut, Malaysia yang diwakili oleh SM. ASMA tempat kedua dan Indonesia yang membawakan Tribute of Dewa 19 (disponsor sepenuhnya oleh kumpulan Dewa 19) memenangi tempat ke-3. Selaku tuan rumah, kita berbangga dengan penyertaan lima buah pasukan dan 4 darinya ke peringkat akhir. Antaranya ST. Joseph, Miri, St.Joseph Kunching, Vic. Institution, UUM dan SM. ASMA.
Subscribe to:
Posts (Atom)