Hati mana yang mahukan kekusutan, kecelaruan, kedukaan, kesedihan..
Hati mana yang mahu mengalirkan titisan air mata
Hati mana yang mahu diguris sembilu berbisa
Hati mana yang mahu jiwanya kosong...
Pabila hati kecil ini bersuara
Katanya pada jiwa
Kau hanya berpura-pura
bilamana ku lihat kau seperti bahagia
sebenarnya kau derita gundah gulana
Kemana hilangnya bahagia
yang pernah kau nikmati dulu?
Jawab jiwa, pergi bahagiaku bersama kepasrahan
yang tidak tertanggung lagi wahai hati.