Tuesday, January 13, 2009

Rasa jiwa ini

Rasanyer sudah lama aku tidak menulis di blog ne. Kawan2 bertanyakan aku, mengapa diamkan diri? lama tak baca cerita terbaru tentang you. Kepada teman2 yang sudi membaca, thanks aku ucapkan. ..ada juga org nak baca citer2 aku ekk.???..oklah, aku mendiamkan diri, bukan bererti aku tak mahu lagi menulis di sini, tapi andai kalian tahu gimana rutin kerjaku di kantor, pasti mengerti. Kerja aku bukan hanya menulis artikel, tapi banyak benda yang perlu aku lakukan. Tambah2 lagi sekarang setiap bulan aku harus handle xtvt for all the PLM finalist...setiap bulan ok!, dah lepas dua xtvt (grooming and fitness). Lepas ne, shooting fashion and extrem axtv lak....tu blum agi nak wat video presentation diorang...gilo ler...

Baiklah, sepanjang tempoh aku tidak mengarang cerita ku di sini. Pelbagai perkara telah aku lalu, aku alami, dan aku rasai. Cuma tidak berkesempatan diluahkan di sini. Dalam tempoh itu juga aku dapat berjumpa dengan org2 yg lama sudah tidak aku temui. Today, went to Belicious Boutique hantar baju, jumpa dan lepak ngan my bro Nafisz...lama tak borak2 ngan dia. Aku, my photographer sempat gak ler makan2 kat situ sementara pergi asgt interview arkitek. Last 2days aku lepak ngan Kak she di Bukit Bintang, me n my baby, kak she with Juras..hohoho..kak she...semakin cantik,Juras still same.cam dulu gak. Nice guy.

Di pejabat, minggu lepas and minggu ne, aku tgk my boss tak berapa nak happy. Tak tahu mengapa. ada jer perkara yang tak kena. Dia pun tak byk ckp...dan dlm 2 minggu ne juga dia banyak cuti.Bila diselidik, barulah aku tahu..rupa2nyer anak bongsu dia dah bersekolah...mungkin banyak memikirkan anaknya itu. Soal lain? no komen. Bukan boss aku jer, Izwa (my asst.editor) pun sama. Dia pun tak banyak ckp this week. Ngapa ek? si lezard? mamat ne sentiasa aktif..bercakap tak pernah nak berhenti..huhuhu...so, kesimpulannya dalam tempoh dua minggu neh..masing2 bekerja sendiri2.

Soal personal aku? entahlah...aku semakin hari semakin resah, semakin tak happy. Macam2 perasaan sedih, pilu, geram, marah, sakit, yang terpaksa aku lalui. Tentang perhubungan aku yang entah bagaimana sudahnya.Sudah beratus2 kali aku ucapkan kata cinta, sayang, kasih sepenuh hati aku kepada dirinya...tetapi sejauhmana dia mengerti perasaan aku itu? aku tidak tahu apakah perasaannya terhadap diri aku ini. Adakah hanya sekadar di bibir saja ungkapan cinta? Andai benar dia jujur mencintai aku, terima kasih tidak terhingga aku ucapkan. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Jika tidak? mengapa perlu kau menjaga perasaan ini lagi? Kau takut mengecewakan aku? menguris hatiku? Itu semua sudah aku lalui dulu, andai ia akan terjadi lagi....mengertilah baby, aku akan derita tanpamu.

Rasanya ini saja aku mampu nak tulis, so till see u guys soon.

MASKULIN FEB09


Nantikan kemunculan MASKULIN isu FEB09 di pasaran tidak lama lagi. Ketahui cerita cover boy kali ini. Henry Golding mencari cinta senjati. Kisah2 yang dipaparkan kali ini lebih menarik, panas, dan padat. Semoga anda semua terus menyokong majalah lelaki bahasa Melayu no.1 di Malaysia ini.

JUALAN TIKET FINAL PENCARIAN LELAKI MASKULIN 09

TARIKH: 5 April 2009
TEMPAT: ASWARA Jalan Merbok Kuala Lumpur
MASA: 1-6 petang

Kepada mereka yang ingin menghadiri pertandingan akhir PLM09.

1. Pembaca/tetamu boleh membuat bayaran dengan bank-in ke akaun Karangkraf MAYBANK - A/C : 512213 – 305715 dan anda WAJIB fax resit bayaran ke 03-5511 8559 attn. kepada Mohd Taqiyudin (019-3950291). Sila hubungi beliau untuk menyemak fax samada sampai atau tidak.
- HANYA RM30 termasuk Hi-tea & langganan Maskulin sebanyak 3 bulan.

2. ATAU Pembaca boleh membuat bayaran secara tunai dengan datang terus ke Karangkraf berurusan dengan Izwa, Mizi atau Leezam (wartawan MASKULIN) untuk pembayaran. Resit & akan diberikan. Sila berikan maklumat lengkap anda termasuk alamat, no phone untuk tujuan jemputan & langganan.

Sekian, harap maklum.