Monday, March 26, 2007

A Definition of a Friend


Friendship is not simply a "relationship", knowing someone, conversing with that person, or dealing with that person in business, school, or in casual acquaintance. True friendship is not just a "relationship", but self-sacrificing love. A friend is also one who supports, sympathizes, and is a person in whom you can confide. There are unique qualities that a person must have to be considered a friend.


An acquaintance is not automatically considered a friend. Just because you know someone does not mean there is an instant friendship.This does not mean that an acquaintance cannot change into a valued friendship. There are qualities that a friend must have, but time is also a factor. A friendship can develop in as short as a day, or it could take as long as a few years for full development.In the end, if time is taken for full development, then a real friendship will develop.The main way that trust is built up is with time. When you and a friend have trust, there will usually be a strong friendship.

Menanti Sebuah Jawaban


Artis: Padi


Aku tak bisa luluhkan hatimu

Dan aku tak bisa menyentuh cintamu

Seiring jejak kakiku bergetar

Aku tlah terpaku oleh cintamu

Menelusup hariku dengan harapan

Namun kau masih terdiam membisu

Sepenuhnya aku...ingin memelukmu

Mendekap penuh harapan...tuk mencintaimu

Setulusnya aku...akan terus menunggu

Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku Semoga kau tau isi hatiku...



Dan seiring waktu yang terus berputar

Aku masih terhanyut dalam mimpiku

Aku tak bisa luluhkan hatimu

Dan aku tak bisa menyentuh cintamu

Hari yang Mendung

Ari ni..datang ofis seperti hari biasa..tapi pagi ni aku rasa malas sangat nak bangun...badan lemah, sakit kepala belum hilang....ahhhh...malasnyer......, 7.30 aku turun dari umah.Macam biasalah..public transport..

Mood ari ni tak berapa baik...sakit kepala dah masuk dua hari. Nak breakfast pun tak berselera..biarlah....mula keje jam 8.30am, ari ni aku kena siapkan juga semua artikel.."Mizi! bila nak masuk bahan?" jerit boss....aduiiii....patutpun aku dimarahi, deadline dah lama tersasar...problem-problem..

Dalam sedang aku tengah menaip, hp berbunyi...panggilan daripada kakak...Ya Allah!, my mum. Aku tak senang duduk...aku call my sis kat kampung....she told me everything...oh God! what can i do now? Aku try to be 'cool' and relax...i know my mum akan ok....Amin..Amin ..Amin.

Aku siapkan semua keje sebelum lunch....kepala masih tak berhenti berdenyut2. perut lapar lak tuh..tapi masih tak berselera nak makan. Kepala duk fikir banyak perkara, semakin berserabut otak aku jadinya...arggggggggghhhhhhhhhhh....

Sebelum balik, ari nie aku dah siapkan semua keje dan apa2 yang perlu dibereskan. menjelang petang kepala dah kurang sikit sakitnya..tapi hati aku masih risau akan keadaan my mum....

Cinta Lelaki




Apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Di antara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya
lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Catatan di Kangaroo Island

Pelican Feeding
Remarkable Rock--Besar baru ni

Yacca-Sejenis rumput yang hanya tumbuh di Kangaroo Island.


Comelkan Koala ni?

Kangaroo yang hidup liar

Sea Lion di Seal Bay, Kangaroo Island


KANGAROO ISLAND- Liar, ekstrem dan menakjubkan.

Hati terasa teruja tatkala masih di awan tinggi. Melihat panorama dari pandangan atas tidak sabar lagi rasanya untuk menjejakkan kaki di pulau yang dikatakan mempunyai 1001 keunikkan ini. Di sinilah segala hidupan liar Australia hidup bebas meliar. Terbayang dibenak fikiran lompatan Kangaroo, beruang Koala yang comel dan macam-macam lagi yang belum pernah dilihat dengan mata kasar sendiri. Hampir setengah jam penerbangan dari Adelaide dengan Rex Regional Express, kapal terbang demostik membawa penumpang, kami tiba di Lapangan Terbang Kingscote, satu-satunya lapangan terbang yang menghubungkan Adelaide di Selatan Australia dengan Kangaroo Island. Keluar dari perut kapal terbang, udara segar bercampur aroma rumput kering dihirup dalam. Cuaca panas terik matarhari yang mencecah 38 darjah celcius seakan menyiat kulit, namun semua itu tidak kuhiraukan. Saat itu hanya satu di benak fikiran, ingin menikmati keindahan dan keunikkan ciptaan Tuhan di bumi yang jauh dari negara sendiri.

Kangaroo Island yang mempunyai keluasan kira-kira 155 km panjang dan 55 km lebar merupakan pulau ketiga terbesar di Australia. Pulau yang telah terpisah dengan tanah besar Australia sejak 9000 tahun yang lampau tersimpan segala macam keunikkan dan keindahan yang menakjubkan. Pulau ini antara destinasi percutian self-drive terbaik dan sesuai untuk mereka yang menggemari aktiviti luar serta mencintai hidupan liar. Di sini, flora dan fauna liar yang hampir pupus hidup bebas serta dijaga dengan baik oleh pihak bertanggungjawab. Di sini juga kita berpeluang melihat bukan sahaja Kangaroo malah juga beruang Koala, Singa Laut, Goanna, Wallaby, Penguin dan sebagainya di habitat semulajadi.

Destinasi percutian Self-Drive

Berkesempatan mengunjungi Kangaroo Island sememangnya tidak dapat dilupakan. Sepanjang berada di sana, pelbagai program lawatan diatur oleh pihak South Australian Tourism Commission iaitu pihak yang bertanggungjawab membawa kami, rombongan media dari Malaysia dan Singapura. Dua hari seakan tidak mencukupi untuk menerokai pulau kebanggaan rakyat Australia ini. Mana tidaknya, untuk menikmati segala keunikan dan keindahan alamnya perlu mengambil masa sekurang-kurangnya satu minggu.

Untuk menerokai keseluruh pulau ini anda boleh memilih untuk membawa kereta sendiri, menyewa atau juga mengikut pakej Self-Drive Holiday yang disediakan oleh pihak tertentu. Tetapi perlu diingat, sekiranya anda memilih untuk memandu sendiri, anda tidak dibenarkan memandu selepas jam 6 petang. Kami beruntung berkenalan dengan Paul, ranjer yang bertugas dengan Kangaroo Island Odysseys (APT). Sepanjang kami di Kangaroo Island dialah yang bertindak sebagai pemandu pelancong.

Soal tempat penginapan di sini usah dirisau kerana anda boleh memilih beberapa hotel dan motel yang menawarkan harga berpatutan. Antara yang popular di sini adalah tempat penginapan ala country iaitu Kangaroo Island Wilderness Retreat yang terletak di Via Flinders Chase National Park. Apabila tinggal di sini, jangan lepaskan peluang untuk bermanja-manja dengan haiwan liar yang begitu jinak sekali. Sekiranya datang berdua untuk berbulan madu, anda boleh memilih untuk menginap di LifeTime Private Retreats di Snelling Beach, Middle River. Anda dapat menikmati permandangan lautan luas yang membiru.

Khazanah alam yang menakjubkan

Kangaroo Island umpama zoo tanpa pagar. Hidupan liar sememangnya menjadi daya tarikan utama di sini. Kami semua telah dibawa menerokai dan merasai pengalaman ke beberapa habitat hidupan liar yang berada di bawah kawalan Jabatan Untuk Alam Sekitar dan Warisan, Australia serta South Australia National Parks & Wildlife. Lebih daripada satu per tiga kawasan pulau telah diisytiharkan sebagai taman negara dan kawasan pelindungan hidupan liar. Di Flinders Chase National Park misalnya tersimpan 1001 macam hidupan liar. Kangaroo, Koala, Tammar Wallaby, Possum, Goanna antara haiwan yang boleh dilihat dengan jarak dekat di sini. Jika bernasib baik, anda boleh bertemu dengan haiwan-haiwan ini di sepanjang jalan atau ketika sedang berehat menikmati hidangan tengah hari di dalam semak.

Selain itu, di sini juga anda akan menemui sejenis pokok rumput yang dikenali sebagai Yacca. Rumput ini hanya tumbuh merata dan hidup subur di Kangaroo Island sahaja. Ia dikatakan membesar hanya sebanyak 1 cm setiap tahun. Ada yang hidup subur walaupun sudah beratus-ratus tahun. Selain hidupan dan tumbuhan liar, tarikan lain yang terdapat di kawasan Flinders Chase National Park adalah Remarkable Rock. Keunikannya terletak pada bentuk bongkahan batu di pinggir laut yang terhasil sejak beribu tahun lampau.

Di Seal Bay Conservation Park pula anda berpeluang melihat habitat semulajadi ketiga terbesar di dunia koloni Singa Laut Australia atau Neophoca cinerea. Tempat ini menjadi lokasi untuk melihat kehidupan semulajadi Singa Laut secara dekat paling popular di kalangan pelancong selain di Admirals Arch yang menjadi habitat Singa Laut New Zealand jenis berbulu.

Jika ingin melihat Peguin kecil, hidupan laut dan burung Pelican, anda perlu ke Kingscote wharf. Di sini terletak Kangaroo Island Marine Centre yang menempatkan aquarium hidupan laut seperti Cuttlefish,Kuda Laut dan banyak lagi. Pusat marin ini di buka pada setiap hari untuk kunjung pelancong dalam dan luar negara. Di sini juga anda berpeluang melihat Pelican Feeding di mana Pelican diberi makan secara dekat dan di sebelah malamnya pula anda berpeluang untuk melihat penguin kecil di sepanjang pantai sekitar Kingscote Wharf.

Tidak jauh dari Kangaroo Island Marine Centre terdapat beberapa hotel penginapan yang mengadap lautan luas. Salah satunya adalah Ozone Seafront Hotel yang menyediakan perkhidmatan dan bilik penginapan, bistro serta restoran bertaraf antarabangsa . Melalui hotel ini juga anda dapat melihat keindahan permandangan Nepean Bay.

Tarikan di Kangaroo Island bukan hanya pada hidupan liar dan keindahan permandangan yang menakjubkan sahaja. Di sini juga anda boleh melakukan beberapa aktiviti yang ekstrem dan menyeronokkan. Antaranya adalah Sand Bording di kawasan gurun pasir putih yang dipanggil Little Sahara di Vivonne Bay. Untuk melakukan aktiviti ini anda memerlukan pakaian dan pelindung yang sesuai. Kami yang merasai sendiri pengalaman menyeronokkan itu terpaksa memakai pelindung matahari kerana cuaca yang terlalu panas. Selain Sand Bording, anda juga boleh memilih untuk menunggang quad bike secara berkumpulan sambil menerokai hidupan liar di Vivonne Bay.

Sesungguhnya pengalaman sepanjang dua hari di Kangaroo Island meninggalkan seribu kenangan yang akan kekal terpahat di jiwa. Masih terbayang akan keindahan permandangan hutan belukar, lautan luas serta aksi liar haiwan. Bagi anda yang bercadang untuk bercuti, Kangaroo Island antara destinasi yang mesti menjadi pilihan.