Sunday, December 28, 2008

Apa yang aku rasa

Cinta adalah perasaan maha indah. Tanpa cinta hidup manusia tidak akan aman bahagia. Cinta menyatukan manusia, cinta menyedarkan manusia apa itu kasih sayang, cinta yang mencipta sebuah kehidupan dan cinta menemukan kita dengan keinsafan dan ketakwaan.

Percayalah cinta adalah satu keajaiban yang diberikan Maha Esa. Jangan sia-siakan pemberian Tuhan dan jagalah cinta seperti kita menjaga diri sendiri.

......lirik ini menjelaskan perasaan cinta.Bertapa agung perasaan ini kepada seseorang yang dicintainya...

"Demi semua yang aku jalani bersamamu, kuingin kau jadi milikku, kuingin kau disampingku
tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta dan hanya dirimu yang bisa membawa surga dalam hatiku...."

...aku termenung sendiri,sambil mengungkai setiap baris kata. Begitu puitis ia berbicara, dan aku mahu kau sedar..itulah yang aku rasa. Cintaku kepadamu.

2008, akan ditinggalkan

Jam menunjukkan 5.20am. Mataku masih tidak dapat lelap...kerunsingan meresahkan aku.

Tinggal beberapa hari lagi untuk melangkah ke tahun baru,jadi aku membuat keputusan untuk mengambail masa beberapa minit menulis apa terjadi, apa yg aku alami, apa yang aku rasa sepanjang 2008. Aku berasa begitu berbeza, jujur aku katakan banyak perkara yang aku lalui sepanjang tahun ini mengubah pendirian sebenar siapa diri aku. Apa yg aku cita-citakan entah kemana pergi. Aku tidak dapat mengecapi apa yang aku inginkan. Aku tak tahu di mana dan apa yang aku mahu jadi, tetapi aku tahu di mana dan apa yang aku mahu. Aku rasa itu yang membuatkan aku begitu berbeza. Sampaikan berkali-kali aku berfikir, selama ini perkara yang aku lakukan seperti sia-sia tetapi aku perlukan nyer untuk terus berjaya dan berjaya.

Sekarang usia aku semakin meningkat. Mereka yang seusia dengan ku, sudah ramai yang berjaya, sudah ramai yang punya wawasan tercapai. sudah ramai yang dpt menikmati apa yang mereka inginkan. Tapi aku masih seperti ini.aku pernah katakan pada hati kecil ini." Aku jadi seperti apa yang aku mahukan, sekiranya diri aku mahu mencapainya lagi, teruslah mencapainya, tetapi jika aku mahu kehilangannya, aku akan terus kehilangan". Aku lalui ranjau sepanjang tahun ini tanpa suatu yang membanggakan, tiada satu pencapaian yang aku rasa boleh merubah kehidupan. Aku lakukan apa yang aku mahu lakukan, tapi dengan cara membabi buta. Apabila aku menoleh kembali ke belakang, hasilnya...aku tidak pasti.

Aku tidak mahu jadi seperti ini lagi. Aku mahu tahun baru nanti menjadi tahu permulaan untuk aku membina kembali kesungguhan dan keazaman mencapai apa yang aku inginkan. AKu tidak sabar untuk menunggu tahun baru. Evolusi kehidupan yang bakal dilalui nanti akanku perkukuhkan dengan menanam kekuatan diri menjadi seorang yang benar2 berpegang pada prinsip...."Manusia lahir sebagai mesin mencipta keajaiban".