Aku mulakan ungkapan rasa bahagia. Bahagia dalam erti kata menyeluruh, aku bahagian ada insan yang menyayangi, bahagia kerja sudah dibereskan, bahagia dengan kawan2 yang sentiasa ada di sampingku. Kepada teman2 love ull. Today, aku datang lewat ke pejabat, amik 2 jam lewat coz semalam asgtment sampai jam 11 mlm. Terasa penat terasa sampai ke pagi tadi...tapi aku happy n bersemangat pula mahu ke ofis. you guys know why? owh...aku berkesempatan bertemu dengan my baby lagi malam tadi. Terubat kerinduan di hati ini. Bagiku bertemu walau sesaat amat bermakna dan memberikan aku rasa bahagia.
Lupakan seketika apa yang berlaku hari ini. Aku mahu memperkatakan tentang tajuk yang tertulis di atas. Memahami dan difahami...mungkin korang tertanya2. why? apa benda? nak faham apa nyer? ermmm..ne aku nak bagi taw neh...Beginilah, aku straight to the point... Dalam sesebuah perhubungan, tak kiralah suami isteri ker, atau pasangan kekasih...setiap pasangan perlu ada aspek ini. Perlu memahami pasangan dan mahu pasangan memahami kita. Aku faham ko, ko kenalah faham aku..itu bahasa mudah yang senang difahami. Aku rasa faktor ini amat penting untuk membina kebahagian dalam perhubungan.
Aku terpanggil untuk berkata tentang perkara ne, apabila aku merasakan diriku terlalu cemburu..sifat yang patut ada tetapi jangan keterlaluan...apa yang terjadi pada aku, aku mencemburui si dia sehingga aku rasa takut dengan sikap ini, aku akan kehilangannya. Sumpah! aku tak mahu ia terjadi. Jadi, aku mula berfikir, dan aku pernah melalui zaman2 ketika di usia si dia. Dan aku mula memahaminya...memahami sifat, sikap, tingkah laku serta perbuatannya. Mengapa aku perlu cemburu apabila si mempunyai teman baru (sekadar teman biasa), sedangkan aku tahu dia cintakan aku. Tiada guna bukan? Dalam aku perlu memahami dirinya, aku juga mahu dia memahami diri aku yang sebenar. Siapa aku? bagaimana sifat dan sikapku? jiwaku bagaimana pula? sebab, kadang-kala aku rasanya si dia begitu diam sehingga aku tertanya2 adakah dia selesa apabila bersama ku? Dari pandangan dan sentuhannya, aku yakin dia mencintai diriku. Cuma caranya yang lebih senang untuk berdiam diri. Mungkin itu caranya dan aku perlu faham.
Sekarang aku bersyukur, my baby mula memahami siapa aku dan aku mula memahami dia sepenuhnya. Dalam perhubungan ini, aku hanya mengharapkan sebuah kebahagian berpanjangan dan mengharapkan hubunganyang berkekalan.
3 comments:
hurm...jeles gax ghupenyew :p
cemburu tanda cayunk tau!
cemburu tu biasa lah pada pasangan yg sedang hangat bercinta, tapi jgn sampai meragui keikhlasannya dan kepercayaan kita padanya jgn pula dikoyak.Kita tidak boleh menyekat persahabatan pasangan kita kerana saya telah melaluinya, disekat pergaulan dek kerana cemburu dan takut, sehingga saya merasa rimas dan lemas
Post a Comment