Monday, April 16, 2007

PLM 06/07

Pemenang-pemenang Pencarian Lelaki Maskulin 06/07. Dari Kiri, Amzari, Luqman, Wan Adlin, Riz dan Aman.

Semalam, detik-detik kemuncak Pencarian Lelaki Maskulin 06/07 berlangsung dengan lancar seperti mana yang telah dirancang. Alhamdullilah, acara dwi tahunan anjuran majalah no.1 lelaki di Malaysia MASKULIN mengakhiri edisi pencarian lelaki muda untuk dinobatkan sebagai MASKULIN SEJATI sekaligus menjadi ikon kepada golongan muda. TAHNIAH buat Riz Ainuddin yang memenangi tempat pertama, Aman kedua dan Wan Adlin ketiga. Manakala Amzari dianugerahkan sebagai Lelaki Maskulin Seksi dan Luqman Lelaki Maskulin Fovarite. Kelima-lima mereka telah menambat perhatian para juri dengan kelebihan masing-masing.

Di sebalik kejayaan Pencarian Lelaki Maskulin bermula sejak akhir tahun lalu, PLM06/07 menerima penyertaan hampir 2000 orang, mereka yang terpilih menghadiri sesi test shot dan interview, dan akhirnya 24 orang lelaki muda dengan latar belakang kerjaya serta karekter berbeza dipilih untuk bertanding di Grand final. Syabas kepada semua yang terlibat terutama krew-krew yang berusaha menjayakan pertandingan ini sejak dari awal lagi.

Aku sendiri, sebagai krew dan team Maskulin berbangga kerana kali kedua dapat menyertai team pengajur pertandingan ini. Sebagai krew, aku ditugaskan untuk memastikan grand final sempurna. Alhamdulliah, aku mendapat team yang banyak membantu. Oda membantu aku untuk kareograf catwalk dan muzik. Sentuhannya memang hebat. Aku tabik oda! Manakala aku pula sibuk di belakang stage menguruskan wordrobe peserta. 3 style gaya iaitu sport, adventure serta formal perlu dipakai oleh peserta. aku dibantu oleh beberapa krew. Thanks for helping me.
Sekali lagi syabas kepada semua di atas kejayaan event PLM06/07, dan berharap untuk masa akan datang PLM lebih grand, lebih success.

1 comment:

Riz Ainuddin said...

Tak sangka you pun blog. :) Still rasa macam dalam universe lain lepas menang title tuh. Alhamdullilah di nobatkan Juara PLM 06/07. You'all pun mmg hebat kendalikan event nih. Pat on the back!

Next one sure grand giler ah!