Saturday, June 28, 2008

10 Hari berlalu- Aku terlalu rindu padamu

Kini, 10 hari berlalu, kali terakhir ku menatap wajahmu tanggal 19hb. Masih terbayang di fikiran akan keresahan di wajahmu. Aku mengerti apa yang kau hadapi. Dan ketika itu mahu saja aku berada di tempatmu. Kita bertemu hanya seketika cuma, dan aku begitu sedih menghadapi perpisahan itu. Ku mengharapkan kita bertemu lagi keesokannya, namun aku hampa dan gundah. Kau tidak kunjung tiba, hanya pemberian istimewa kau serahkan melalui teman baikmu. Demi Tuhan, aku gementar dan sayu. Hanya aku mahu ketemu dirimu sebelum aku pulang. Kekecewa itu tidak tertanggung lagi. Tanpa ku sedar, mata ku berkaca, namun ku tahan deraian kaca itu jatuh membasahi pipi. AKu pulang dengan hati yang berat dan kecewa.

Masa terus berlalu, setiap hari aku menunggu panggilan darimu. Namun kehampaan yang aku terima setiap hari. Entah mengapa kau terus membisu, adakah kau mahu melupakan diriku? Apa salahku kau terus menghukum aku begini? Terlalu kejam kurasa. Tapi, aku tidak mahu terus berprasangka buruk terhadapmu, kerna ku tahu kau terlalu sayang dan cintakan aku. Dan aku jua begitu. Cintaku kepada mu semakin kuat. Semakin rindu. Setiap saat aku menatap wajahmu kerana aku tidak mahu melupakan dirimu. Dari jauh ku berdoa, agar kita bisa bertemu lagi. Menjalin cinta yang suci ini. Aku percaya kau kan kembali demi cinta kita.

Namun, 10 hari berlalu, kau terus membisu dan membisu. jiwaku semakin resah. Menanti kabar beritamu. Kawan mu bertanyakan aku tentangmu. Apa harusku kabarkan kepada mereka? Aku tiada jawapan itu. Demi Tuhan, aku kini terseksa, derita kerana rinduku terhadapmu. Mahu saja aku mati dari terus begini. Biar aku mati dan membawa pergi cinta kita bersama. Aku mahu yang tahu, bertapa aku mencintai dirimu lebih dari apa yang kau tahu. Hanya kuasa Tuhan yang bisa meleraikan cinta suciku kepada dirimu. Cintaku, hanya satu pintaku, kau percayalah akan janji cintaku kepadamu. Aku tiada yang lain, selain mencintai dirimu. Andai kau tidak lagi mencintaiku, aku redha dan percayalah cintaku pada mu tetap bersemadi di lubuk hati ini. Aku ikhlas mencintaimu.

No comments: