Thursday, August 28, 2008

Ramadan Al-mubarak tiba lagi

Al-Mubarak datang lagi. Tidak sabar rasanya untuk mengerjakan ibadat yang tiba setahun sekali. Bulan mulia ini memberi kita peluang untuk menginsafi dan memperbaiki segala perbuatan yang ingkar yang pernah kita lakukan. di bulan ini juga,amalan ibadah kita berlipat ganda pahalanya. Asalkan amalan kita itu sempurna dan ikhlas. Tahun ini adalah tahun kedua berpuasa tanpa ibu. Aku redha dan berharap ibu mendapat lebih kerahmatan dari Maha Esa. Buat ibu tersayang, aku mendoakan agar kau berada di sisi orang-orang yang beriman. Amin.

Buat teman-teman semua, sama-samalah kita bersyukur dengan ketibaan ramadan kali ini, dan berharap amalan ibadah kita diberkati oleh Allah.

Insyallah.

keikhlasan dan kejujuran

Mencari keikhlasan dan kejujuran adalah sukar...dalam berkawan. bercinta, berumah-tangga, bekerja dan apa lagi lah..pendek kata, memang susah. Aku cuma mahukan kejujuran, keikhlasan..

Wednesday, August 27, 2008

Adakah apa yg aku takuti akan berlaku?

Sejak akhir2 ini, perasaan aku begitu lain sekali, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hampir seminggu lalu perasaan ini membelenggu dalam jiwa. aku cuba untuk tidak merasainya, tetapi mengapa begitu kuat perasaan ini....aku merasakan ada sesuatu yg dirahsiakan, ada sesuatu yang disembunyikan...jiwaku tak tenang jadinya. Adakah apa yang aku takuti selama ini akan berlaku? oh! andai terjadi, aku tidak sanggup untuk menghadapinya. Biar saja aku mati untuk tidak merasai kepedihan hati ini lagi.

Tuesday, August 26, 2008

Aku mencari kedamaian


23-25 Ogos lalu, aku bersama team maskulin ke cherating pahang untuk sesi brain stroming. Sebenarnya takdalah brain stroming, tujuan ke sana lebih tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama kami satu team. Antara lain, program 3 hari tu diselitkan dengan sesi briefing cadangan edisi maskulin sepanjang 2009, promosi dan event dan yang selebihnya mandi laut..huhuhu...sepanjang di Cherating, aku berasa begitu tenang dan damai sekali. sudah lama tidak menikmati kesegaran bayu laut....berbaring di pangku kayu, aku dibuai terlena. aku hirup udara nyaman sambil deruan ombak memecah pantai...

Thursday, August 21, 2008

Tanda cinta kita


Andai jodoh bersamamu kekal abadi, akanku sarungkan cincin pada jari manis di hari pernikahan kita. Bersamamu kuberjanji bahagia selamanya.

Tuesday, August 19, 2008

Aku rindu...

AKu terlalu rindu kepadanya. Baru dua hari, rasa cam dah dua bulan..adoii..inilah penangan cinta....

Sunday, August 17, 2008

cancel account

Officialy today i was cancel my myspace acct.Sorry guys...

Saturday, August 16, 2008

Aku akan merindui dia....

my baby pulang ke kampung..for a week, after that hari dia balik sini aku lak pi cherating 4 three day...adoiiii lamanya tak dapat jumpa dia..ermmm...baby i gonna mish u like crazy..hope u fine and take care urself...dun noty2 taw...love u so much

Thursday, August 14, 2008

How i feel?

to my,cyg,my luv,my ANGEL=Miji.this specially dedicated to u to say dat im sorry for everything i've done..didn't mean to hurt your feeling.. all i want is to see u happy, u such an ANGEL for me..U light my life. n i wanna loose u. my luv for u is eternity, no matter wat people said.. but nothing cant compare that, i was born to make u hepi. n i want u to know how much that i care about u.. sorry if i turned ur life upside down.. im sorry cyg..i want u to be happy. in other words i want us to be happy..i believe in u i wanna loose u..u r mine..and i beloong to u..you are the one and the last..i'll be ur side whenever u need me.=)

Tuesday, August 12, 2008

Fashion shoot at Heritage Station Hotel



Today shooting fashion kat Heritage Station Hotel, KL. Sementara menunggu model siap make up, leh aku layan tenet jap kat sini. Huhuhuhu...kat hotel purba neh ada wifi taw...ermm...layan lagu sambil menaip...photografer duk setting kamera n lighting...budak pratikal tengok jer? ceh!!!!..tlglah wehhh...apa lah aku mengarut neh...sebenarnya aku bosan menunggu..Ok, fashion kali leh konsep perkahwinan...so, adalah pakaian tuk wedding..baju koleksi Man Kajang n Noor Arfa Batik...watch out later...

Monday, August 11, 2008

Mahu saja menjerit

Kadang-kala aku terfikir mahu saja berhenti kerje. Setiap hari, kerja tak pernah habis, lepas satu siap, masih ada yang menunggu, ditambah pula yang baru. Sehingga tak tahu yang mana satu mahu disiapkan. Kepala jadik pening...kalau boleh aku nak menjerit kat dalam ofis tu biar satu ofis tahu...Arrrrrrrrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!...penat wehhh, tension,,,leh giler. Sambil mulut muncung (bak kata memeber sebelah) boleh diikat mulut aku neh....argghh pedulikan..aku nak siapkan kerja neh...dah..dah..dah malas aku nak melayan....

Terlewat....

adoii...lambat ke tempat kerja...dah lah kerja banyak oiii....terpaksa amik 2 jam lewat...kwang kwang kwang..gara2 salah faham...

Sunday, August 10, 2008

Minggu yang sibuk

Penhujung minggu lepas, kesihatan aku tidak mengizinkan. banyak masa aku abiskan dengan berehat. Pergi ofis pun terpaksa MC. Kerja yang berlambak masih belum disiapkan. Ayoo...Biarpun dateline 21hb ne..tapi kerja, shooting and kursus yang tiba2 ada membuatkan aku kekurangan masa nak siapkan kerja. Adoiii...bermula esok (isnin 11/8/08) aku akan bz. Sebelah petang aku ada shooting kat subang jaya. Spa untuk pengantin lelaki..oh yer isu okt memaparkan isu perkahwinan..banyak benda lelaki kena tahu pasal perkahwinan ne...jangan tahu nak kahwin jer..persiapan kena buat...lepas tu abis kerja aku kena ke Kl lak amik baju kat noor Arfa Batik...alkisahnya pakaian tu untuk shoot fashion kat Heritage Hotel, Kl besoknya..ermmm..lusa lak ada kursus satu hari..malam ada event kat carcosa negara...rabu..ada asgt menanti ..matilah cam neh..bila masanya aku nak siapkan artikel...ermmm neh tak tahu lagi bila nak shoot cover lak...cover boy pun tak tahu sapa lagik...ayo...tak cukup tangan lah nak buat sesorng neh....sabar jer lah..namanya kerja...anyway..aku boleh handle sorang....bukan tak mahu mintak tlg bebudak maskulin lain, masalahnya diaorang pun banyak kerja nak buat...pendek kata minggu ini aku akan bz ..bz ..n bz....huhuhu nak kejar dateline sebelum 21hb,, coz 23 - 25 ke cherating tuk Brain storming team maskulin....berapa kali nak brain storming neh...doa2kn aku siapkan kerja cepat n kesihatan tak terganggu...

Saturday, August 09, 2008

Kesihatan Tidak mengizinkan

Hari ini aku terjaga awal pagi. Sakit gigi dan kepala masih terasa. Aku tak larat nak bangun, lalu sambung tidur. sedar2 jam 2ptg. No body at home, aku keseorangan. Arrr....kepala terasa begitu sakit...berat...nak pitam pun ada....lepas mandi aku sms oda, nak pi umah dia kat brickfields, berehat kat umah dia. Aku tak tahu nak buat apa...just rehat n on9, updated my blog jer...arr..gigi terasa sakit lagi...kepala pun sakit....rehat jerlah..

Friday, August 08, 2008

Ada apa pada 8.8.08

Ramai umat manusia di dunia menantikan tarikh yang dianggap keramat dan bermakna ini. angka 8 selalunya disimbolkan sebagai nombor paling ong....itu kepercayaan orang cina. Tapi betul, 3 angka 8 begitu simbolik. pada hari ini, sukan olimpik bakal dirasmikan. Tidak kurang juga, ramai mengabdikan tarikh ini untuk mengikat tali pertunangan, pernikahan dan tidak kurang juga mengadakan majlis tertentu. Bagi aku, hari ini seperti juga hari-hari lain. Tiada bezanya. Mungkin bagi org lain, hari ini begitu bermakna, tapi aku menderita. Semalaman dan hari ini, aku derita sakit gigi. Macam2 ubat sudah dimakan, namun tidak juga hilang. Aku ke klinik, doc just bagi ubat. Check pun main2....makin sakit aku dibuatnya. Nak tak nak, ari ni aku terpaksa amik MC. Tak tahan sangat kesakitan yang aku hadapi. Tentunya korang semua sedia maklum, sakit gigi memang memeritkan. Sampai ke saraf otak sakitnya. Serba kerja tak menjadi. Aku tak tahulah sampai bila kesakitan ini terpaksa ditanggung..harap2 cepatlah sembuh. Aku dah tak tahan...sekarang aku terpaksa berlapar. Nak makanpun tak dapat...adoiii.....tlglah aku.....gigiku meragam...

Wednesday, August 06, 2008

My family...

Setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke Universiti Malaya, tempat aku menimba ilmu kira-kira 5 tahun lalu, hari ini sekali lagi aku ke sana. UM tak banyak berubah, Dewan Tunku Canselor (DTC) masih seperti dulu...selepas kebakaran yang tak terduga dulu, DTC diindahkan dengan perhiasan lebih menarik, namun masih mengekalkan nilai estitetikanya....pokok duit2 menjalar memenuhi segenap dinding bangunan yang hampir beratus tahun usianya...
Seperti biasa setiap tahun, apabila adanya konvoksyen, maka berpusu2lah lautan manusia memenuhi hadapan DTC. Family, kawan2, suadara mara, gf, bf, tunang, isteri, suami, anak menunggu para graduan di dalam dewan dengan perasaan bangga. Hari ini, perasaan itu juga aku rasai. Adik ku Zura, telah tamat pengajiannya di bidang Saujana Muda Kaunseling. Meraikan kejayaannya adalah family ku. My dad, sis, adik2 n anak suadara semua di sini. Tersenyum dan gembira.
Perasaan mereka itu membuatkan hatiku tersentuh. Aku tiba-tiba mengenangkan ibu yang sudah hampir dua tahun meninggalkan kami semua. Dulu, di tempat yang sama, ibu dan ayah datang bersama meraikan aku. tapi kali ini, ibu tiada bersama. Aku lihat ayah yang semakin tua. Kakak sulung bersama anak2nyer, yaya yang sulung, baby dan aidil begitu tabah menghadapi hidup ini walaupun terpaksa membesarkan anak2 seorang diri. Kakak kedua sekarang begitu sibuk dengan kerjanya di Johor. Esok dia sudah terpaksa pulang meyambung kerjanya. Adik ku Amri, baru pertama kali menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur. Katanya lebih senang tinggal dan bekerja di kampung. Menemani ayahku yang sering sendiri di rumah tanpa ibu. Adik bongsuku Azwan, dia semakin matang. Pada usia 21 tahun kini dia sering saja berjauhan daripada family. Sejak usia 12 tahun dia sudah pandai berdikari. Perjuangannya belum selesai, Insyallah dua tahun lagi dia akan mengenggam segulung ijazah seperti kakak2 dan abangnya.
Ibu, sejak pemergiannya, aku masih menganggap dia tetap ada di sisi kami semua. Kadang-kala apabila terkenangkan ibu, aku menangis sendiri. Belum sempat aku membalas jasanya selama ini.
Aahhh...aku mengeluh, sambil cuba menutup mataku yang mula berkaca. Aku tidak mahu family tahu apa yang aku rasai saat itu. Aku cuba beralih pandang ke arah laungan sorakan para mahasiswa UM yang meraikan senior2 mereka. Sekali sekala aku tersenyum juga melihat kegembiraan adiku zura. Biarlah dia lepaskan rasa gembira dan seronoknya bergelar graduan. Tak lama lagi dia bakal menempuh alam pekerjaan pula. Sejenak kami bersama satu keluarga merakam gambar kenangan. Sudah lama rasanya tak bergambar bersama2. Perasaan gembira aku rasai. Aku bersyukur memiliki keluarga yang begitu bahagia. Kini, mereka semualah yang memberi kekuatan kepada aku untuk terus hidup dan berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Aku tidak sanggup kehilangan mereka. Biar hidup kami tidak semewah orang lain, namun kebahagian adalah milik kami. Bagiku my family adalah segala2nya.

Hari ne cuti....

Today off day...cuti ganti bertugas on saturday lepas. Masalahnyer kerja kat ofis belambak, tapi nak gak cuti. Bukan saja2 nak cuti,sebenarnya aku nak pi konvoksyen adik aku kat UM....emmmmmm teringat masa lalu ketika aku konvo di dewan tunku canselor 2003. Kini giliran adik aku lak...to my sis congratulations.....love you.

Tuesday, August 05, 2008

The return of maskulin party

Diana pun hadir...

persembahan 6ixth Sense gempak abis...

DJ Nas-T hangatkan suasana

salah satu games yg mencuit hati

kek sponsor
Sesi nyanyi n potong kek

Last saturday-2/8/08- Maskulin adakah party ulang tahun ke-7 kat The Ship Bukit Bintang. Dengan theme Beach, party ni bukan sahaja nak meraikan 7 tahun dipasaran, tapi sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih kat client2 kitaorang, penaja, selebriti, media n paling utama our readers yg tak putus2 bagi sokongan. Party yg bermula jam 4pm dan berakhir kira2 kul 9 mlm tu dimeriahkan dengan beberapa acara. Antaranya games yang kelakar giler, persembahan artis...6ixth Sense memang gempak beb. Nas-T lak tujuk terror jadi Dj..ramai gak arr yg datang party kali ne...budak2 PLM dtg dgn stail mengikut tema. depa memang cool, tak kurang gak artis2 yg dtg..antaranya Norman Hakim, Jehan, Tony Eusyof, Diana Dinelle, Intan Lidyana n kevin, dan ramai agi lah. Ni antara suasana ketika party tu.

Kasut baru

This shoe i bought it at Pull & Bear, Pavilion KL. Harga asal RM299..bila dah sale harganyer jadik RM129.90...dah lama berkenan kat kasut neh. Alang-alang aku ke Pavilion ari tu, aku beli terus. Aku suke colornyer...tapi satu jer yg tak suke arr..this shoe keras. tak berapa nak selesa bila berjalan. Kasut neh beli ngan baby aku..dia pun suka ngan shoe neh....


sesak di Lrt KLCC

Ahad lepas, aku naik Lrt dari Stesen KLCC ke KL Sentral. Mak oiiii...terkezut den..ramai benor org kat stn tu. Almaklumlah PC fair katanya kat KL Covention Centre. Lama gak ler aku duk berdiri and menunggu train kat situ. Cam suasana nak balik kampung ja...bau masing2 tak yah cakap ler...

Monday, August 04, 2008

Hari minggu ku

Sabtu dan ahad. Biasalah, bagi yang cuti, cutilah, bagi yang kerja terpaksa kerja. Samalah jugak ngan aku. Sabtu (2/8/08), aku terpaksa keje. Sebabnya, kami di majalah Maskulin adakah The Return of Maskulin Party. huhuhu...sambut anniversery ke-7 sekali. Dari jam 12thari sampailah 9mlm aku bekerja. penat..tapi aku happy because my baby ada temankan. Semlm pulak, awal2 aku dah terpaksa bangun, penat hari sabtu belum lagi hilang. sebab aku bangun awal, tuan rumah nak dtg betulkan lampu bilik yg dah lama tak bernyala. Sekarang semua beres. Kira-kira jam 1pm, aku kuar dengan my baby. Jarang selama itu kami bersama. Entah macam mana semalam kami kuar, x plan2 pun tetiba jer terasa nak main bowling..pegilah main kat Ampang Point. kami berdua jer..kelakar giler...huhuhuhu. Abis tu kami jalan2 lak ker KL sebelum dia minta temankan dia balik kolej...seharian bersama my baby aku rasa happy sangat...