JOM, SAING2 BELAKE, KITE PAKAT GI RAMAI2 MAKANG BUAH. SAPE NOK GIE NGAN AKU?
Friday, July 24, 2009
MASKULIN OGOS 2009
Dapatkan MASKULIN isu Ogos 2009 di pasaran sekarang. Dekati cover boy kali ini, Fizo Omar. Ruangan ketrampilan memaparkan tips berguna untuk anda. Antaranya bagaimana menggayakan kemeja putih, fesyen daripada beberapa jenama, dll lagi. Menarik dapatkan hadiah melalui promosi menarik isu ini. Cepat dapatkan MASKULIN anda sekarang!!!
Sunday, July 19, 2009
Perginya seorang teman
Bagaikan sebuah mimpi...tapi itulah kenyataan yang mengejutkan semua orang. Sahabat kami yang lama menahan seksa sakit, terlantar di hospital, akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 18 Julai 2009. Masih diselubungi kesedihan, pemergiannya diredhai kerana Tuhan lebih menyayangi dirinya.
Abg Anip (Mantan Editor Media Hiburan) yang aku kenali hampir enam tahun lalu, seorang yang baik hati, pemurah, dan penuh ambitious...dia seorang yang bekerja kuat....minatnya berkaraoke, bowling, karakternya yang kadang-kala melucukan, kadang-kala begitu pendiam, dia juga seorang yang kadang-kala serius. Semua itu meninggalkan kenangan, dan kami teman-temannya akan merindui insan ini.
Kepada teman-teman, dan kalian yang membaca coretan ini. sama-samalah kita berdoa agar arwah bersemadi dengan penuh tenang dan aman, agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sedekahkan Al-Fatihah. amin.
Abg Anip (Mantan Editor Media Hiburan) yang aku kenali hampir enam tahun lalu, seorang yang baik hati, pemurah, dan penuh ambitious...dia seorang yang bekerja kuat....minatnya berkaraoke, bowling, karakternya yang kadang-kala melucukan, kadang-kala begitu pendiam, dia juga seorang yang kadang-kala serius. Semua itu meninggalkan kenangan, dan kami teman-temannya akan merindui insan ini.
Kepada teman-teman, dan kalian yang membaca coretan ini. sama-samalah kita berdoa agar arwah bersemadi dengan penuh tenang dan aman, agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sedekahkan Al-Fatihah. amin.
Wednesday, July 15, 2009
Model seluar jeans...
Tuesday, July 07, 2009
Kunjungi Gerai Reos.buddy
Reos.buddy (dari kiri Reene, Sharm (Myhousemate), Nisa. Mamat kepala botak tu namanya Ed dan kwn dia dari Bangkok, Muhamad. Diaorang dtg malam tu tuk support kwn2 berniaga katanya.
------------------
------------------
Hari ahad malam yang lepas, aku pergi jejalan kat downtown. To meet and see my housemate (sharm) n my gurls buddy (Reene, Ayu and Nisa) yang baru bukan gerai jual pakaian kat situ. Sajalah nak jejalan n tengok mereka berniaga. Mmg aku ada tahu yang diaorang dah plan lama nak bukak perniagaan bersama.So, sekarang impian diaorang termakbur...Alhamdullilah, tambah rezeki masing2. Memandangkan masih baru, aku naklah tolong mrk buat publicity skitlah...So, aku masukkan kat blog neh.Sebagai information untuk kalian yang gemarkan fesyen, stail dan pakaian yang jarang ada kat sini. Menurut mereka, gerai jual pakaian neh dinamakan Reos.buddy...wah! sungguh komersial nama tu..heheheh...katanya gabungan nama mereka neh. Neway, aku nak citer skitlah pasal group neh....kami mmng berkawan rapat di antra satu sama lain. Mungkin because im not a businessminded..so, tak terfikirlak aku nak join mereka berniasa, but when i saw them, baru terdetik di hati nak berniaga juge..Sekatannya cuma masalah modal. ...kalau modal banyak aku jalan jer...
Pasal reos.buddy lak, dah ditubuhkan lama dah..selain berniaga pakaian, group ne jugak ada talent agency jugak. So sesapa yang berminat nak jadi model, leh kontak group neh Terbuka kepada lelaki dan juga wanita)..Sejarahnya, tercipta apabila salah seorang talent group ini terpilih untuk menjadi duta dan sekaligus menjadi pengacara untuk program TV. Alhamdulillah. Bercakap pasal koleksi pakaian jualan mereka ne antaranya Koleksi untuk hari raya tahun ini. Buat masa neh, menurut mereka koleksi pakaian yang ada lebih fokus pada pakaian/baju tradisi wanita.Kalau korang rasa nak beli, sama ada untuk diri sendiri, kwn2, kakak, adik popuan atau teman istimewa, bolehlah berkunjung ke gerai Reos.buddy di downtown, Cheras ini. Korang leh dtng setiap malam sabtu, ahad dan isnin.Harga yang dijual amat berpatutan, dan koleksi yang dijual juga sangat menarik, sesuai untuk golongan muda mahupun makcik2...kalau korang tak caya, dtg sendiri tengok.
Mesti korang tanya, knp tak jual pakaian kasual lelaki dan popuan? Jawapan...tunggu, semuanya akan bermula selepas raya nanti. dan mereka akan berpindah ke gerai yang lebih besar..Koleksi2 pakaian kasual itu nanti, akan menjual baju, seluar, dress, aksesori dll yang lebih trendy dan mengikut trend fesyen & stail terkini. Bukan sahaja menjual pakaian, Ingat bagi anda yang berminat untuk menjadi model, Reos.buddy juga adalah agency mencari model, dan bagi anda yang mahukan rundingan imej, mrk juga turut sediakan...pendek kata...semua apa yang mereka usahakan kini berkait dengan dunia fesyen....huhuhuu...insyallah kalau ada duit (modal) i'll join them..Korang leh tgk2 koleksi2 terbaru melalui photo2 yang sempat aku snap hari tu.
Saturday, July 04, 2009
Sahabat untuk kita rasa gembira, rasa sedih
All this photos diambil last few month.That time abg anip (red t-shirt) still in good condition, now dia sakit tenat. Tubuh yang dulunya agak gempal kini, jadi semakin kurus. Kesian kat abg anip. Dulu dialah selalu ajak kami berkaraoke...pergi tengok wayang, macam-macam aktiviti kami buat bersama...tetapi sekarang tidak lagi...dah masuk dua bulan dia sakit...
Gambar2 ne aku amik from cael (white T-shirt), masa dia dtg lepak kat umah aku....bila tengok all this pic, aku rasa happy bercampur sedih...gembira sebab dengan diaorang neh aku happy dan gembira. Diaorang yg selalu teman aku kat umah...masa ne aku tak ingat dah kami ada apa, n diaorang lepak kat umah aku malamnya...time tu laptop aku neh baru dibeli and kami cubalah posing2 depan cam...cuba2...heheeehhehe tak de keje kan.....
Alamak! tepat kena mata abg anip sasarannya...huhuhuhu...oppssss aku agak seksi time neh...hehee....
Gambar2 ne aku amik from cael (white T-shirt), masa dia dtg lepak kat umah aku....bila tengok all this pic, aku rasa happy bercampur sedih...gembira sebab dengan diaorang neh aku happy dan gembira. Diaorang yg selalu teman aku kat umah...masa ne aku tak ingat dah kami ada apa, n diaorang lepak kat umah aku malamnya...time tu laptop aku neh baru dibeli and kami cubalah posing2 depan cam...cuba2...heheeehhehe tak de keje kan.....
Alamak! tepat kena mata abg anip sasarannya...huhuhuhu...oppssss aku agak seksi time neh...hehee....
Bajet cute arr tuh.....cael, abg anip...walaupun kadang-kala mrk neh ignoring me...but, diaorang yang banyak mengajar aku erti berkawan..
Aksi2 yang mahu ditengok...kakakakka....apa2 entah...
Owhh..tenungan mata abg anip menusuk kalbu....hahaha....cael ko ingat hang hensem? aku lak ?entah apa2 entah....
Dalam Dunia Ini Kita Tidak Punya Sesiapa, Kecuali Diri Sendiri.. Tetapi Dalam Kita Bersendirian, Kita Beruntung Kerana.. Mempunyai Sahabat Yang Memahami Kita. Sebagaimana Kita Mengharapkan Keikhlasan Dan Kejujuran Seorang Sahabat, Begitulah Juga Dia. Tetapi Kita Sering Terlupa Akan Hal Itu. Cuma Mengambil Kira Tentang Harapan Dan Perasaan Kita.
.....tanpa sahabat, siapalah diri kita.
Thursday, July 02, 2009
ERTI PERSAHABATAN
Dari kiri- Cael & sudir (Media Hiburan) and me...We are close frenz..aku suka membuli si sudir sebab dia neh muda daripada aku ngan cael...dia budak sabah bah...cael lak kwn lama sejak aku masuk keje kat karangkraf.Dia orng Rawang, seorang yang sukar dijangka...mood dia sukar untuk ditafsir....but aku dah faham sangat ngan perangai dia neh. Ketiga-tiga kami, siapa yang paling kacak? hahahahahhaha....aku lah kan? perasan... To cael n sudir..hope we can be best fren forever.....
Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya
Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan
Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi
Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita
Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)