Tuesday, July 07, 2009

Kunjungi Gerai Reos.buddy

Reos.buddy (dari kiri Reene, Sharm (Myhousemate), Nisa. Mamat kepala botak tu namanya Ed dan kwn dia dari Bangkok, Muhamad. Diaorang dtg malam tu tuk support kwn2 berniaga katanya.

------------------
Hari ahad malam yang lepas, aku pergi jejalan kat downtown. To meet and see my housemate (sharm) n my gurls buddy (Reene, Ayu and Nisa) yang baru bukan gerai jual pakaian kat situ. Sajalah nak jejalan n tengok mereka berniaga. Mmg aku ada tahu yang diaorang dah plan lama nak bukak perniagaan bersama.So, sekarang impian diaorang termakbur...Alhamdullilah, tambah rezeki masing2. Memandangkan masih baru, aku naklah tolong mrk buat publicity skitlah...So, aku masukkan kat blog neh.Sebagai information untuk kalian yang gemarkan fesyen, stail dan pakaian yang jarang ada kat sini. Menurut mereka, gerai jual pakaian neh dinamakan Reos.buddy...wah! sungguh komersial nama tu..heheheh...katanya gabungan nama mereka neh. Neway, aku nak citer skitlah pasal group neh....kami mmng berkawan rapat di antra satu sama lain. Mungkin because im not a businessminded..so, tak terfikirlak aku nak join mereka berniasa, but when i saw them, baru terdetik di hati nak berniaga juge..Sekatannya cuma masalah modal. ...kalau modal banyak aku jalan jer...


Pasal reos.buddy lak, dah ditubuhkan lama dah..selain berniaga pakaian, group ne jugak ada talent agency jugak. So sesapa yang berminat nak jadi model, leh kontak group neh Terbuka kepada lelaki dan juga wanita)..Sejarahnya, tercipta apabila salah seorang talent group ini terpilih untuk menjadi duta dan sekaligus menjadi pengacara untuk program TV. Alhamdulillah. Bercakap pasal koleksi pakaian jualan mereka ne antaranya Koleksi untuk hari raya tahun ini. Buat masa neh, menurut mereka koleksi pakaian yang ada lebih fokus pada pakaian/baju tradisi wanita.Kalau korang rasa nak beli, sama ada untuk diri sendiri, kwn2, kakak, adik popuan atau teman istimewa, bolehlah berkunjung ke gerai Reos.buddy di downtown, Cheras ini. Korang leh dtng setiap malam sabtu, ahad dan isnin.Harga yang dijual amat berpatutan, dan koleksi yang dijual juga sangat menarik, sesuai untuk golongan muda mahupun makcik2...kalau korang tak caya, dtg sendiri tengok.


Mesti korang tanya, knp tak jual pakaian kasual lelaki dan popuan? Jawapan...tunggu, semuanya akan bermula selepas raya nanti. dan mereka akan berpindah ke gerai yang lebih besar..Koleksi2 pakaian kasual itu nanti, akan menjual baju, seluar, dress, aksesori dll yang lebih trendy dan mengikut trend fesyen & stail terkini. Bukan sahaja menjual pakaian, Ingat bagi anda yang berminat untuk menjadi model, Reos.buddy juga adalah agency mencari model, dan bagi anda yang mahukan rundingan imej, mrk juga turut sediakan...pendek kata...semua apa yang mereka usahakan kini berkait dengan dunia fesyen....huhuhuu...insyallah kalau ada duit (modal) i'll join them..Korang leh tgk2 koleksi2 terbaru melalui photo2 yang sempat aku snap hari tu.


Kain untuk baju kebaya. Rekaan sulaman yang menarik. sesuai untuk wanita muda dan tua. Hah, apa lagi, belilah untuk raya nanti.

Baju2 yang dijual di sini sesuai untuk dipakai ketika hari raya nanti atau sebagai pakaian untuk ke majlis2 tertentu.Pilihan corak bunga/flora yang pelbagai amat menarik.

Mereka juga menjual aksesori yang sesuai dipadankan dengan pakaian. Kualiti aksesori yang dijual samaseperti di butik2 aksesori.Harga murah dan berkualiti.


Pilihan baju dan aksesori yang menarik untuk digayakan.