Tuesday, October 16, 2007

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya

Hari raya sudah masuk hari keempat. Aku kini pulang ke KL untuk memulakan tugas. Aduh...malasnya nak start balik keje.Biasalah bila dah lama sangat cuti. Walaubagaimanapun, tahun ini aku beraya sederhana saja. nothing to celebrate sangat. aku hanya teringatkan arwah my mum...di pagi raya aku menitiskan air mata. Biasanya di pagi raya, my mum akan kejutkan aku untuk bangun mandi dan bersiap untuk ke masjid solat sunat aidilfitri. Tapi raya kali ini, tiada lagi. aku memujuk hati sendiri.." yang tiada usah dikenang-kenangkan lagi, jangan terlalu bersedih di hari mulia ini". Barulah aku lega. itu kisah aku di pagi syawal lalu.

sekarang aku mula bertugas, nampaknya masih ramai teman2 sepejabat belum pulang dari kampung halaman. masing-masing masih bercuti nampaknya.Biarkan mereka. Beraya sakan. Tak tahu apa lagi aku nak tulis kat sini. lama benar tak jenguk blog kesayangan aku ni. Kesian dia. dah berabuk,..huh huh huh...

2 comments:

BeN said...

Abg Mizi, ermmm....selamat hari raye..

tetibe terase pilu lak ble bace ur blog...ermmm...

selamat hari raya abg mizi, maaf zahir dan batin.

ikhlas,
BeN.

meenzuleyka said...

Nok, mak tumpang bersedih...