Sunday, November 04, 2007

Hilang tumbuh berganti

Aku tidak mahu salahkan teman dulu, mungkin ada sebabnya.Aku mungkin ada silapnya.
Orang kata, kalau boleh teman yang lama jangan dilupa. Walau buruk macam mana sekalipun tingkah mereka kepada kita, mereka tetap teman. Aku bukan seorang yang sennag memusuhi teman2. biarpun hati terluka,dendam bukan penyelesaian.

Bicara tentang tumbuh hilang berganti. Aku berasa gembira sekali. Tidak menyangka, aku berjumpa dengan seseorang minggu lepas. Pada awalnya kami tidak menegur sapa dan kelakarnya bertemu pula kami di ruang maya ini. Dari teguran biasa, kami mula berbicara tentang diri masing-masing. Aku gembira mengenalinya. Kami mula berkawan dengannya. Dia kini menjadi teman baru aku. Terima kasih aku ucapkan kepadanya kerana sudi berkawan dengan aku. Harap dapat berkawan lama dengannya.

Betul kata pepatah melayu. Berkasih biar satu, berkawan biar seribu.

No comments: