Dalam kamar sepi, di malam penuh mulia , aku sendiri lagi...kerinduan pada si dia bagaikan tidak tertanggung..hatiku terasa kosong, jiwaku terasa sepi. Pada siapa mahu aku luahkan rasa ini? Tiada siapa di sisi menemani. Pada teman tersayang (blog) jua dapat ku luahkan segalanya. Semakin hari aku berasa semakin sepi. Entah mengapa...akhir2 ini aku bagaikan kehilangan, kehilangan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Aku cuba mencari kehilangan itu...dimanakah ia? Pada Ilahi aku berdoa agar ditunjukkan sesuatu yang selama ini aku cari, selama ini aku dambakan.
Aku cuba sampaikan apa yg terbuku di hati, tapi aku malu, aku rasa seperti terasing...namun sampai bila harus aku begini. Bukan untuk aku merintih simpati atau meminta kalian yang membaca jiwa ku ini bersimpati...namun segalanya hanyalah luahan isi hati ini. Sesiapa yang mengenali, pasti tahu siapa aku. Mungkin ramai yang mneganggap, bekerja sebagai penulis seperti aku mempunyai ramai teman2, kenalan atau sahabat. Dan mungkin ada yang melihat, aku sentiasa tersenyum, gembira. Sebenarnya itu hanyalah kepuraan. Aku mana ada ramai kawan? Hanya dua tiga org yang aku anggap teman...Cael, oda, hanya mereka betul2 sahabat padaku. Ika, marini, Jemang, abang anip, mereka kawan. Housemate..sham, kerel, man..mereka juga kawan. Aku cuba mencari silap diriku ini...mengapa aku tidak seperti orang lain yang punyai ramai teman? mereka bergembira bersama....mengapa tidak aku? Adakah aku sombong? kera sumbang? aku sendiri tidak tahu....tidak pasti.
Pada cinta, aku tidak pernah berpura2. Padaku cinta adalah perasaan maha indah...perasaan yang Tuhan berikan kepada umatnya...bagiku cinta adalah hadiah yang tidak terhingga nilainya. Sebab itu cinta yang aku nikmati tidak akan aku sia2kan. Dalam cinta, aku ikhlas, aku jujur, aku jaganya agar terus berpanjangan...kecurangan? aku bukan manusia jenis itu. Aku bukan manusia yang tamakkan cinta. Biarlah cinta yang satu itu diberi Tuhan sudah cukup...Cintaku pada yang tersayang, tidak mampu aku nyatakan dengan kata2. Aku tidak tahu, sama ada dia bertuah miliki aku, atau aku bertuah miliki dirinya? Aku ucapkan terima kasih tidak terhingga kerana hadir dalam hidupku...cinta kita tidak akan aku sia-siakan. Buatmu yang tersayang, setiap saat aku membayangkan hadirmu di sisiku.
No comments:
Post a Comment