Ahad (7/12)-Malam yang aku rasa amat sunyi, aku rasa sepi. Tiada siapa yang mengetahui perasaan aku ini. Sendiri di rumah tanpa teman. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Saat aku memerlukan teman2 untuk berborak, kekasih hati yang jauh saat ini, tiada yang hadir menemani aku. Biarlah aku luahkan di sini. Tempat aku berbicara sendiri.
Buat kekasih hatiku....
Aku mulai rasai kerinduan yang amat sejak kelmarin kau pulang ke kampung.Aku berasa begitu sepi tanpa dirimu di sisi. Tiada teman untuk aku berbicara. Ada mu, aku berasa begitu sempurna, gembira melihat senyumanmu, matamu yang layu, bicaramu yang kadang-kala penuh bermakna.
Sejak pertemuan kali pertama hingga ke saat ini, banyak dugaan yang terpaksa kita hadapi bersama. Suka duka diharungi berdua. Sejak kita menjalin cinta, aku tidak pudar untuk mencintai dirimu. Aku mahu kau tahu, kehadiran dirimu dalam hidupku memberi sinar kebahagian yang selama ini tidak pernah aku rasai. Hingga saat ini, tiada insan yang dapat memberikan kebahagian itu selain dirimu. Aku juga mahu kau tahu, bertapa aku terlalu mencintai, menyanyangi dan mengasihi dirimu. Tidak akan ku ganti dirimu dengan insan lain. Bagiku kau sudah sempurna untuk dicintai dan menerima cinta darimu. Aku jujur, aku ikhlas pada dirimu. Setiap detik aku sentiasa mengingati mu. Aku tidak tahu lagi bagaimana untuk mengungkapkan kata-kata cinta ku kepada mu. Hanya satu yang aku pinta, usahlah kau tinggalkan aku. Andai itu jua terjadi, ia akan menjadi kenangan kehidupan yang tidak akan aku lupa hingga ke mati. Buatmu.... CINTAILAH AKU SEPERTI AKU MENCINTAIMU.
Buat teman-teman (sebenarnya aku tidak punyai ramai teman)
Maafkan aku..maafkan aku. Sudah lama rasanya aku tidak bersama kalian. Lantaran masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Biarpun kita jarang bersama, namun kalian tidak pernah aku lupa. Kerna kali begitu bermakna kepada diriku. Kalian adalah sahabatku hingga ke akhir nyawa. Buat kalian...PERSAHABATAN YANG TERBINA TIDAK AKAN KU LERAIKAN.
No comments:
Post a Comment