Thursday, February 19, 2009

Terasa semakin jauh...

Renungan berkaca..tanpa sedar takungan air mata meniti di bibir kelopak mataku. Mahu ku tahan namun tidak terdaya lagi. Biarlah ia mengalir.Wajahnya terbayang semakin dekat. Seolah-olah dia berdiri di hadapanku. Mahu ku sentuh, tapi itu hanyalah bayangan imaginasi. Pedihnya hati ini mengenangkan segala yang terjadi.

Saban hari aku menantikan dirinya. Bukan hanya sekadar mengirimkan SMS, malah tatkala hati ini tidak dapat menahan kerinduaan, aku menghubunginya. Mendengar suaranya sudah membuatku rasa bahagian. Namun kini, aku merasakan dia semakin jauh dengan diriku. Lain benar tingkah lakunya. Kemana hilang nikmat cinta yang kuterima daripadanya dulu? Semua itu kurasa pergi menjauh dari hidupku.

Aku mahukan perjelasan ini daripadanya? Sukarkah kau ingin melafazkan keiginan yang sepatutnya kau nyatakan dan kau pedam di dalam hatimu? Aku lebih rela kau nyatakan perkara sebenar, dari aku terus diperlakukan sebegini....Sekarang sudah aku faham dan temui jawapan. Perlukah aku terus mengharapakan cinta daripadanya?

....hatiku terasa sangat pedih.

2 comments:

farish izaryl @izreez said...

cinta itu membunuhku..huhuuk

RyZ4L said...

hahah..bunuh rizz kate nye:p
anyhow mizi..let time lead ur way:)
all the answer will sumhow terjawab sikit demi sedikit :D rilex sudeh..cinta itu kosong..tibe je nak wat trademark gak kan:p