Thursday, May 28, 2009

Alhamdullilah...usaha keras dihargai.

Alhamdullilah...syukur kepada Maha Esa...usaha sepanjang tahun 2008 mendapat penghargaan. Atas usaha, kerjasama dan gading bahu menerbitkan sebuah naskah untuk pembaca akhirnya, MASKULIN disenaraikan sebagai 3 majalah terbaik terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Pengiktirafan itu berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya peningkatan jualan, return menurun, percapaian iklan melebihi target dan lain-lain lagi. Dengan pencapaian itu kami di Team Maskulin diberikan imbuhan sewajarnya. Alhamdullilah rezeki. So, dengan pengiktirafan ini juga telah memberi aku lebih semangat untuk bekerja dan menjadikan Maskulin sebagai majalah pilihan seluruh lelaki di Malaysia. Kami akan paparkan hanya yang terbaik untuk anda. Sekali lagi kepada anda pembaca semua, teruskan sokongan anda terhadap MASKULIN, Majalah lelaki No. 1 di Malaysia.



Antara cover Maskulin, hasil kerja tangan aku dan team MASKULIN.

2 comments:

rizz said...

lawa la awesome sgt! haha n then banner arm pon smart.ngee.ape id ym arm.nk nsgt borak ngn die.. reesz_jerry :)

angel_blister said...

all the best bro!!