Monday, June 04, 2007
JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL.
Tuesday, May 29, 2007
TERLALU CINTA-ROSSA
Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu
Kucoba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…
Aku terlalu cinta dia…
BERHENTI MEROKOK

Tahukah anda hanya dalam masa 20 minit setelah seseorang menghisap rokok terakhirnya, tubuhnya akan mula mengalami tahap perubahan yang menyenangkan di mana dalam tempoh,
20 Minit
Tekanan darah turun menjadi normal.
Denyutan nadi turun menjadi normal.
Suhu tangan dan kaki naik menjadi normal
8 Jam
Tingkat karbon monoksida dalam darah turun menjadi normal.
Tingkat oksigen dalam darah naik menjadi normal.
24 Jam
Kemungkinan serangan jantung menurun.
48 Jam
Hujung-hujung saraf mula tumbuh semula
Deria baud an rasa bertambah.
Berjalan dengan lebih baik
3 Bulan 2 Minggu
Pengaliran darah lebih baik
Fungsi paru-paru naik sehingga 30%
19 Bulan
Batuk, penyumbatan sinus, keletihan, sesak nafas menurun.
cilia tumbuh kembali di dalam paru-paru, menambah kemampuan menangani lendir, membersihkan paru-paru dan mengurangkan jangkitan.
Friday, May 25, 2007
Ku inginkan nikmat bahagia

I'm sick
Monday, May 07, 2007
What happend on Saturday 5/5

Crew2 The Bachelor yang best!Saturday, May 05, 2007
MASKULIN JUN 2007
Thursday, May 03, 2007
PESTA BUKU
Semalam aku bertugas di Pesta Buku Antarabangsa 2007 di PWTC. Mak oii ramainyer org. Tahun ni company aku nampaknya all out neh! satu dewan booked. Alaf 21 pun joined. Yerlah anak syarikat katakan.Biasalah aku promate magazine aku jer..huhuhuhu.....macam-macam ragam manusia leh tgk. Aku stop bertugas jam 5.30pm. lepas tuh gi jalan-jalan kat Sg.wang dengan Lan, my ofismate...buy present for someone....
Monday, April 30, 2007
Seminggu di Adelaide
JOLOKAN BANDAR 20 MINIT
Hati berasa begitu teruja tatkala menjejakan kaki di bumi yang terkenal dengan Kangaroo itu.Udara segar bumi Adelaide dihirup dalam. Terasa nyaman dan segar sekali walaupun cuaca agak panas. Jam di tangan menunjukkan 9.30 pagi waktu di Adelaide. Di lapangan terbang Adelaide, Neil daripada Prime Mini Tours sudah menunggu dengan van yang menjadi pengangkutan rasmi sepanjang berada di sana. Dengan layanan mesra dan ramah Neil bertindak sebagai pemandu pelancong. Selepas semua siap sedia, Neil membawa kami rombongan media dari Malaysia dan Singapura ke destinasi penginapan iaitu di Majestic Roof Garden Hotel
Terletak di Frome Street, hotel di tengah bandar yang bertaraf 4.5 bintang ini mempunyai keunikkan tersendiri. Kedudukan berhampiran dengan pusat bandar juga memudahkan kami meninjau persekitarannya. Jika perut terasa lapar, di sekitarnya terdapat beberapa restoran dan bar yang menyajikan pelbagai makanan lazat. Apa yang menarik, sekiranya anda menginap di sini, jangan lupa untuk mengunjungi sebuah taman yang terletak di atas bumbung hotel.
Walaupun Adelaide sebuah bandar kecil dengan populasi penduduk lebih kurang 1.1 juta orang dan tidak sesibuk seperti bandar raya Sydney, namun Adelaide mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri. Selain dapat menikmati keindahan alam, reka bentuk arkitektur lama yang masih terjaga rapi, sejarah serta keramahan penduduknya menjadikan percutian anda di Selatan Australia meninggalkan kenangan terindah. Menariknya, buat kaki shopping, di sini juga merupakan destinasi membeli-belah yang menyeronokkan.
Terkenal dengan jolokan nama bandar 20 minit, jarak perjalanan dari satu tempat ke satu tempat di Adelaide sememangnya mengambil masa hanya 20 minit dengan menggunakan kenderaan. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mahu menikmati keindahan rekaan bangunan dan permandangan sambil merakam gambar, berjalan kaki adalah pilihan yang tepat. Mana tidaknya, setiap langkah anda akan disajikan dengan permandangan dan arkitektur yang indah serta unik.
Cuaca panas tidak mematahkan hasrat hati untuk mengunjungi beberapa tempat menarik di sekitar Adelaide. Victoria Square yang terletak di tengah-tengah bandar Adelaide sibuk dengan aktiviti manusia berbilang bangsa dan lalu-lalang kenderaan. Kawasan padang yang luas itu bukan sahaja menarik dengan permandangan bangunan di sekitarnya tetapi sesuai dijadikan tempat untuk beristirehat. Ada yang berkumpul di bawah redup pokok sambil membaca dan melihat burung merpati jinak berterbangan. Di sini juga menjadi tempat hentian di mana terdapat stesen tram yang membawa penumpang merentasi Adelaide ke Glenelg, hentian bas percuma. Terdapat juga air pancur yang menjadi simbol kepada tiga sungai utama di Selatan Australia. Tidak jauh dari situ teguh berdiri bangunan Torrens yang menempatkan Muslim Womens Association of South Australia Inc, bangunan Adelaide Town Hall di King William Street yang menjadi tempat diadakan persembahan simponi, teater, tarian dan sebagainya.
Tidak berapa jauh dari Victoria Square, terdapat sebuah masjid tertua di bandar Adelaide. Menurut Nadia iaitu pekerja sukarela daripada Muslim Womens Association of South Australia Inc, masjid yang terletak di Little Gilbert Street itu kini mencecah usia lebih seratus tahun. Ia di bina pada tahun 1885 oleh pendatang Islam Afghanistan. Masjid tersebut menjadi pusat pendidikan dan pengetahuan kepada minoriti Islam di Selatan Australia dan juga orang bukan Islam. Menurut Nadia lagi, di sini diadakan kelas untuk menyampaikan maklumat agar tidak timbulnya sikap prejudis agama lain terhadap Islam. Kebetulan ketika lawatan penulis ke sini, sekumpulan kanak-kanak sekolah diberikan penerangan mengenai Islam. Bersebelahan dengan masjid, terdapat pula sebuah kedai cederamata dan perhiasan rumah yang dimiliki oleh orang Maghribi. Penulis singgah sebentar untuk melihat keunikkan barangan yang dihasilkan sendiri oleh pemilikinya serta di bawa khas dari Maghribi.
Jika berada di tengah-tengah bandar Adelaide, jangan lupa untuk mengunjungi Adelaide Central Market. Satu destinasi membeli-belah bagi pecinta makanan. Terletak di Gouger Street, Adelaide Centre Market menjual bukan sahaja barangan basah seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan daging, tetapi di sini juga terdapat makanan atau barangan unik dan istimewa Selatan Australia. Penulis tidak melepaskan peluang untuk menikmati yogurt yang diperbuat daripada buah Rasberi segar. Memang lazat. Luangkan masa ke sini untuk melihat kesibukan aktiviti jual beli setiap hari Selasa, Khamis, Jumaat dan Sabtu.
Restoran Orang Malaysia
Makanan pelbagai negara
Berhampiran dengan Adelaide Centre Market, anda boleh menyusuri jalan berhampiran di mana terletaknya Chinatown. Biarpun tidak sehebat Chinatown di bandar-bandar lain di dunia, namun Chinotown di sini mempunyai keunikan tersendiri. Bagi anda yang ingin menikmati hidangan dari pelbagai negara, di sekitarnya terdapat beberapa buah restoran dan kafe yang menyediakan masakan Thailand, Vietnam, Malaysia, Jepun, China, Perancis dan juga Argentina. Kini telah banyak restoran yang menyediakan hidangan dan masakan halal seperti di A Taste Of Spice, sebuah restoran rakyat Malaysia. Selain A Taste Of Spice, anda boleh menikmati hidangan halal di beberapa restoran lain yang ada di Adelaide. Antaranya Taste of Cashmere, Quiet Water Lebanese restaurant, Babylon Restaurant, Naan Tandoori, Mekong Thai Restaurant dan lain-lain lagi.
Untuk membeli-beli, berkunjunglah ke Rundle Mall yang terletak di Rundle Street dan menempatkan hampir 600 buah pusat jualan. Di sini terdapat pusat membeli-belah seperti David Jones, Myer dan 160 buah butik fesyen pakaian serta aksesori. Tidak beberapa jauh dari situ terdapat sebuah bangunan menarik dan unik yang menjual pelbagai perisa coklat iaitu Haigh’s Chocolates. Menariknya, Haigh’s merupakan coklat tertua yang dihasilkan dan hanya dijual di Australia.
Hanya mengambil masa 20 minit perjalanan dari bandar Adelaide, satu lagi lokasi membeli-belah yang boleh dikunjungi di sini adalah Harbour Town.Terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Adelaide, Harbour Town merupakan satu-satunya pusat membeli-belah di Adelaide yang berkonsepkan ‘mampu beli’ menjual pelbagai barangan berjenama pada harga rendah. Setiap masa ada sahaja jualan murah. Di sini anda boleh membeli pakaian atau aksesori pada harga diskaun sehingga 70 peratus. Manakala bagi yang ingin memiliki barangan antik, barangan terpakai atau kraf dan cederahati, tempat yang mesti dikunjungi juga adalah Fishermen’s Wharf Market yang terletak di Port Adelaide.
TERPESONA DENGAN KEINDAHAN TAMAN DAN PANTAI
Bandar Adelaide bukan saja boleh di lihat dengan jarak dekat tetapi juga pada jarak yang jauh. Sekitarnya anda ke Utara Adelaide, jangan lupa untuk singgah sebentar di Montefiore Hills. Di sini anda boleh melihat pusat bandar Adelaide yang terancang. Terdapat juga tugu peringatan sebagai tanda di mana Kolonial William Light merancang dan menentukan kedudukan pembinaan bandar Adelaide sekitar pada tahun 1836. Berdekatan dengan tugu peringatan tersebut, kita dapat melihat seni bina kediaman dan bangunan lama yang menjadi tempat tinggal golongan kaya.
Walaupun di tengah bandar, Adelaide masih mengekalkan kehijauan alam. Di sini terdapat kawasan taman tertua di Adelaide dengan aliran sungai Torrens. Jika ingin menikmati permandangan indah di sepanjang sungai, anda boleh menaiki bot Popeye atau Gendola. Di sepanjang sungai anda boleh melihat keunikan bangunan Festival Centre, Convention Centre, Universiti Adelaide serta kawasan berjalan kaki yang menarik. Penulis sempat juga menyusuri sungai ini sambil menyaksikan hidupan di tepi sungai seperti itik, bangau, angsa dan mendengar penerangan oleh pemandu bot. Selain di Montefiore Hills, seluruh Adelaide boleh dilihat pada ketinggian 2329 kaki di Mount Lofty iaitu menjadi kawasan paling tinggi di Adelaide.
Glenelg bandar peranginan
Adelaide bukan sahaja terkenal dengan keindahan bandarnya tetapi juga dengan keindahan pantai. Ini adalah salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke sini. Tidak hairanlah beberapa bandar kecil di Adelaide menjadi bandar peranginan. Salah satu yang terkenal di Adelaide adalah Glenelg. Terletak di tepi pantai, Glenelg merupakan sebuah bandar lama. Berdasarkan catatan sejarah, bandar Glenelg telah di buka oleh bangsa Eropah sekitar awal tahun 1800. Di sinilah tempat mula-mula bangsa Eropah mendarat dan seterusnya membina Adelaide sehingga menjadi sebuah ibu negeri. Kebanyakan penduduk di sini terdiri daripada warga tua. Di sini terdapat beberapa resort menarik yang menawarkan harga berpatutan. Jika ke sini, anda bukan hanya berpeluang untuk bermandi-manda di pantai yang bersih dan selamat, tetapi juga dapat menyusuri kaki lima kedai, restoran, butik pakaian, kafe dan sebagainya dengan rasa gembira. Bandar lama mendapat sentuhan baru yang begitu segar dan unik. Jadi tidak hairanlah jika hampir puluhan ribu pelancong datang ke sini setiap tahun.
Tidak beberapa jauh dari Jetty Road iaitu di kawasan pembangunan resort dan kediaman baru, terdapat sebuah marina yang dikenali sebagai Holdfast Shores Marina. Di sini bukan sahaja menempatkan beberapa kediaman kondominium, restoran dan resort tetapi terdapat beberapa aktiviti menarik turut disediakan kepada pelancong. Antaranya Temptation Sailing iaitu aktiviti melihat dan berenang bersama dolfin di habitat semulajadinya. Bagi penulis, tiga jam menaiki bot khas ke tengah laut untuk melihat sendiri doflin yang berenang menghampiri bot meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan. Mana tidaknya, pengalaman sebegitu tidak pernah dilalui di negara sendiri. Seronok menaiki Horses Tram
Selain Glenelg, sebuah lagi bandar di tepi pantai yang terkenal di Adelaide adalah Victor Horbor. Terletak di Fleurieu Peninsula, jarak Victor Horbor dari bandar Adelaide adalah lebih kurang 80 km kira-kira 1 jam perjalanan. Penulis dibawa oleh Roz Becker daripada South Australia Tourism Commision menerokai beberapa tempat menarik di situ. Sebagai sebuah bandar yang menjadi lokasi kegiatan maritim dengan populasi
sekitar 12,000 orang dan meningkat hampir 30,000 orang ketika musim panas, Victor Horbor terkenal dengan pusat percutian tepi pantai yang menenangkan. Di sini bukan sahaja dikelilingi permandangan pantai dan air laut biru kehijauan, bangunan lama ketika zaman kolonial tetapi beberapa aktiviti juga boleh dilakukan. Berjemur di pantai ketika musim panas, meluncur ombak, menyelam meyaksikan hidupan laut, berbasikal di tepian pantai atau berkhemah bersama keluarga, anda yang tentukan kerana semua itu boleh dilakukan di sini.
Satu lagi daya tarikan yang terdapat di Victor Horbor adalah Horses-drawn tram, iaitu pengangkutan yang digunakan untuk menyeberang ke Granite Island. Penulis tidak melepaskan peluang menaikinya. Ketika di Granite Island, penulis berpeluang menyaksikan beberapa ekor peguin kecil yang ditempatkan di Penguin Centre. Pusat itu menempatkan beberapa ekor peguin yang menjalani proses pemulihan akibat cedera sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya. Bukan itu sahaja, jika berkesempatan penguin kecil ini boleh dilihat di waktu malam naik ke darat dan akan ke kawasan pusat tersebut. Di Penguin Centre juga, anda bepeluang menyaksikan video penerangan mengenai kehidupan penguin. Percayalah, jika ke Victor Horbor anda akan dijanjikan dengan suatu pengalaman yang menyeronokkan.
Saturday, April 28, 2007
What happend today?
Ermmmm....what is my story today? oklah nak citer, ari ni wake up early walaupun lewat tidur yesterday nite...seseorang kat umah.my housemate x balik semalam.....hang pi mana sharil?
Tengah duk lepak2 tengok TV, Rin sms ajak pi Dataran Prima, PJ....katanya Focus Point ada sale....emmmm...ok, lah dia ajak pergi tengok, ikut jerlah.....sampai sana, ramai org duk belek2 sunglasses.. kelakarnyer semua sunglasses yang ada semuanya dah out dated.....Rin tak berkenan, so kita org balh....otw balik, masing tak tahu nak buat apa....aku cadang kita org pi the Curve......kat sana kami lepak kat kedai mamak with our old fren....heheeheh...tak sangat jumpa kat situ lak...Sam, Che Mat and Faridah.....masing2 sedang discuss about bisnes. ok lah tak nak kacau mereka...aku ngan Rin gi tengok2 pakaian yang barang kat The Curve...biasalah hari minggu, ramai gile org....kami tengok barang2 umah, Living quarters ada buat sale...huhuhuhu....Rin gembira, yerlah banyak barang umah yang berkenan....kononnya nak match ngan umah dia...apa2 jer lah.dalam pada kami tengok barang tu, aku tertarik ngan satu kerusi merah...full of love.....aiks....rasa2 macam pernah tengok..oh yer ari tu someone ada tunjuk gambar...katanya amik kat the curve....orait....lepas tu kami gi tengok2 barang2 kat bazaar lak...biasalah popuan...pantang tengok barang cantik, terus beli jer.....what ever lah Rin..kami jalan2 lagi....wah! rasa cam kat california and hollywood lak suasana kat the curve...huhuhuhu.....amik gambar dulu....
Malamnya....seperti dijanjikan, aku Riz (pemenang Maskulin) n khadeeja, artis jemputan berkumpul di KLFM, kami on air dalam program "PANAS'" bersama DJ NAZI dan E-ZAN. huhuhuhu kecoh kami kat konti dengan soalan2 panas....ermmm, aku mengata ko, ko mengata aku...kikikikiikik...that my 1st exprnc. masuk konti.oklah beb.....entah cam mana bila org dengar, hahahhahah....lawaknyer....abis program tu aku terus balik.....tu lah kisah for today.....
Tuesday, April 24, 2007
Tension dowhhh...!

Friday, April 20, 2007
Fashion Shoot

Monday, April 16, 2007
PLM 06/07
Semalam, detik-detik kemuncak Pencarian Lelaki Maskulin 06/07 berlangsung dengan lancar seperti mana yang telah dirancang. Alhamdullilah, acara dwi tahunan anjuran majalah no.1 lelaki di Malaysia MASKULIN mengakhiri edisi pencarian lelaki muda untuk dinobatkan sebagai MASKULIN SEJATI sekaligus menjadi ikon kepada golongan muda. TAHNIAH buat Riz Ainuddin yang memenangi tempat pertama, Aman kedua dan Wan Adlin ketiga. Manakala Amzari dianugerahkan sebagai Lelaki Maskulin Seksi dan Luqman Lelaki Maskulin Fovarite. Kelima-lima mereka telah menambat perhatian para juri dengan kelebihan masing-masing.
Di sebalik kejayaan Pencarian Lelaki Maskulin bermula sejak akhir tahun lalu, PLM06/07 menerima penyertaan hampir 2000 orang, mereka yang terpilih menghadiri sesi test shot dan interview, dan akhirnya 24 orang lelaki muda dengan latar belakang kerjaya serta karekter berbeza dipilih untuk bertanding di Grand final. Syabas kepada semua yang terlibat terutama krew-krew yang berusaha menjayakan pertandingan ini sejak dari awal lagi.
Aku sendiri, sebagai krew dan team Maskulin berbangga kerana kali kedua dapat menyertai team pengajur pertandingan ini. Sebagai krew, aku ditugaskan untuk memastikan grand final sempurna. Alhamdulliah, aku mendapat team yang banyak membantu. Oda membantu aku untuk kareograf catwalk dan muzik. Sentuhannya memang hebat. Aku tabik oda! Manakala aku pula sibuk di belakang stage menguruskan wordrobe peserta. 3 style gaya iaitu sport, adventure serta formal perlu dipakai oleh peserta. aku dibantu oleh beberapa krew. Thanks for helping me.
Sekali lagi syabas kepada semua di atas kejayaan event PLM06/07, dan berharap untuk masa akan datang PLM lebih grand, lebih success.
Tuesday, April 10, 2007
Seminggu berlalu
Seminggu berlalu, aku masing lagi seperti bermimpi. Ibu ku kini tiada lagi. Belum sempat lagi aku membalas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada diriku selama ini, Tidak ku sangka, hanya tempoh singkat setelah terlantar seminggu di hospital, ibuku telahpun kembali ke ramatullah. Allah lebih sayangkan dirinya. Itu kenyataan yang aku harus aku terima.
Namun, siapa yang tidak akan merindui orang tersayang?, lebih-lebih lagi dia adalah orang yang paling rapat dengan diri kita. Aku menerima sms tidak putus-putus oleh teman2, suruh aku sabar dan tabah menghadapi dugaan itu. Teman-teman, terima kasih aku ucapkan.
sebagai anak, aku meredhi pemergian ibu walaupun terpaksa menitiskan air mata. ku berdoa semogo rohnya bersemadi dengan tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin Amin Amin.
Bintang Kehidupan

Bukannya sekali
Mungkin nasib ini
Kadang hati bimbang
Hanya iman di dada
Malam malam aku sendiri
Thursday, March 29, 2007
PadaMu ku bermohon
Tuesday, March 27, 2007
Today is hot and tired day

Sampai ofis tak dpt PC, semua dah dipenuhi oleh karyawan2 lain....aku duk lepak lah dulu sementara menunggu PC kosong...masuk library baca paper....baca front page..kesian nenak tua dibelasah pencuri. tak berhati perut betul lah pencuri ni...bengkak2 muka mak cik tu. Itulah kisah masyarakat kita yang dah tak tahu baik buruknya perbuatan...tak ikut akal fikiran. Ya Allah, harap nenek tu sembuh cepat. ...lepas baca paper, aku belek2 magazine GQ, emmmm tak da yang terbaru, maybe dah dipinjam orang...aku keluar, dan masih mencari-cari PC yang kosong, nasib aku baik, dapat satu PC kat budak2 Bacaria. Macam biasalah, perkara pertama aku buat adalah buka outlook, ada email terbaru...
Semua keje aku dah bereskan semalam...ari nie nak buat apa yer? ermmmm...biasalah selalu macam ni, bila dah daedline habis (aku dah terlajak sebenarnya) tak tahu nak mula keje untuk isu baru...tunggulah dulu....tiba2 dapat email daripada asst.editor. "Esok Meeting jam 9am, tempat as usual...kamilah team MASKULIN yang satu2 nyer akalu meeting mesti kat kafe..leh minum2, hisap rokok...sampai ada team magazine lain yang agak jealous...huhuhuhuhu...kalau jealous kenapa tak ikut macam kami?
Oklah, esok bersedia untuk meeting isu baru. Tak der apa nak buat, aku bukak Myspace. baca comment yang org hantar....emmm, comment biasa2 jer, tak der per menarik..... apa aku nak buat nie?...jam masa awal... 11 am aku kuar untuk hantar pakaian kat Balakong. Sementara tuh, aku buat apa yang patut. Pilih gambar dalam 123RF..., lepas tu call PR, fikir2 dah tak tahu nak buat per, aku terfikir nak amik cuti separuh hari. Apa lagi terus lah aku apply cuti..hehheheh, cuti banyak lagi....Mood aku sampai tengah hari ok jer....
Tiba lah sebelah petang......call member sebab nak lepak umah dia, berkali2 call tak berjawab...hai mamat ni mana pi? antar sms pun tak berjawab...adoiiii....oklah tunggu jer lah nanti, mana tau dia call atau sms.....betul tekaan aku, setengah jam kemudian dia sms kata baru bangun...mak oiiii...baru bangun? tak kisah lah, mungkin dia tidur lewat semalam.....
aku sampai kat area umah dia dalam kul 2 lebih, penat, panas adoiiii.....aku lepak jap kat mamak pekena Nescafe 'o' ais....my favorite drink....ahaks....sms dia,lah....rupa2 dia kat internet, emmmm..aku pegi jumpa dia, tunggu kat situ jap sementara kami turun untuk lepak makan...aku makan roti bakar jer...tak selera lak nak makan.....kami lepak2 kat area situ smapai petang...tak jadik lak gi umah dia....lebih kurang jam hampir 6pm aku cow.
Dari salak selatan aku ke Masjid jamek, amik Lrt putra, ya rabbi...penuh sesak org menunggu, yerlah..time org balik keje....nak balik punya pasal aku tunggu, bersesak2lah kat situ..sementara tu aku call my sis kat kg. tanya abt my mum....(Ya Allah, aku berdoa padaMu agar sembuhkan segera ibu Ku).Amin.
OTW balik rumah aku ubah fikiran, berhenti KL Sentral, nak lepak2 ngan my ofis mate...lebih kurang 7 lebih dia sampai, kami merayau2 kat situ jap, entah apa lah nafsu aku tetiba selera makan datang, aku beli buah dua kali, ais krim dan jagung..aku makan sepuas2nya. Tak lama pulak, my fren tu dapat lak call dari his fren, ajak lepak lak kat Bangsar.hai kul berapa lak aku nak balik ni. Oklah, kalau balik tak ada apa nak buat pun..bosan duk seseorang kat umah tuh.
Huh! penat aku ari ni, satu petang berjalan....biar penat, hati lega sikit bila dapat citer problem yang menimpa aku kat kawan2....balik rumah, ke cc untuk taip blog nie..kebetul kat cc jumpa ngan Adam dengan lover dia....bahagia aku tengok diaorang sekarang.. terfikir di hati kecil aku, bilalah aku akan menemui kebahagian seperti mereka tuh.....dah mata aku mengantuk, nak balik bersihkan badan dan rehat.....
Monday, March 26, 2007
A Definition of a Friend

Menanti Sebuah Jawaban

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu
Seiring jejak kakiku bergetar
Aku tlah terpaku oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
Namun kau masih terdiam membisu
Sepenuhnya aku...ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan...tuk mencintaimu
Setulusnya aku...akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu
Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku Semoga kau tau isi hatiku...
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku
Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu
Hari yang Mendung
Mood ari ni tak berapa baik...sakit kepala dah masuk dua hari. Nak breakfast pun tak berselera..biarlah....mula keje jam 8.30am, ari ni aku kena siapkan juga semua artikel.."Mizi! bila nak masuk bahan?" jerit boss....aduiiii....patutpun aku dimarahi, deadline dah lama tersasar...problem-problem..
Dalam sedang aku tengah menaip, hp berbunyi...panggilan daripada kakak...Ya Allah!, my mum. Aku tak senang duduk...aku call my sis kat kampung....she told me everything...oh God! what can i do now? Aku try to be 'cool' and relax...i know my mum akan ok....Amin..Amin ..Amin.
Aku siapkan semua keje sebelum lunch....kepala masih tak berhenti berdenyut2. perut lapar lak tuh..tapi masih tak berselera nak makan. Kepala duk fikir banyak perkara, semakin berserabut otak aku jadinya...arggggggggghhhhhhhhhhh....
Sebelum balik, ari nie aku dah siapkan semua keje dan apa2 yang perlu dibereskan. menjelang petang kepala dah kurang sikit sakitnya..tapi hati aku masih risau akan keadaan my mum....








