Sunday, March 29, 2009

Hadiah Hari Jadi..


Minggu lalu juga aku mendapat hadiah yang paling besar pernah aku terima..Sebijik kete Myvi putih..kakakakaka..Alhamdullilah..rezeki...so, kawan2 jom kita gi jalan2 ngan kete ne..huhuhuhu..

Ada lagi yang sudi raikan my birthday....

Rasa nyer dah lam agak x terusik blog ne...Al maklum sajalah kebz-an kat ofiss dan pelbagai kerja yang tak putus2 membuatkan aku menghadapi kekangan waktu yang terhad. Nak menulis pun x berkesempatan. Hari ne, Ahad-28/3, aku rasa terluang sedikit masanya. Aku tak kuar mana2, just lepak kat umah. So, aku amik peluang untuk up date blog aku ne.

Apa yang berlaku sepnjg minggu lalu? oh, kalian dapat tgk gambar2 yang aku lampirkan berserta tulisan aku ne. Tak sangka setelah 2 minggu berlalu hari lahir aku, masih ada kwn2 yg sudi untuk meraikan birthday aku ne. Yerlah dah lama kan. Tapi aku gembira sgt2 krn kwn2 sanggup meraikannya..mrk buat suprise cake cutting...adoi..malu2...Aku rasa birthday tahun ne begitu bermakna sekali. To my lovely sis Nutt, u'r so kind and nice person that i ever know.. u such a angle. Dia yang plan sume ne..Masa birthday surpires ne..bukan aku sorang tapi join sekali my fren asril from photo dept.huhuhuhu...tarikh lahir kami jatuh pada bulan yang sama.

This is my big cake....frm secret resipe...lalallala cake coklat ais cream...aku x berapa nak gemar makan benda2 manis neh..so, sebagai menghormati dan tanda terima kasih..aku balun banyak gak kek ne..heheehh...to chael, thanks choose a very nice cake..
Time aku and asril tiup lilin dan potong kek..eh! kenapa kek ne dibahagi dua? huhuhu...yerlah walau sebijik, kek ne mmg besar and tebal....kakakakakka...si kuntum kat tengah2 tu sempat jugak nak tiup....

Inilah birthday boy yang diraikan dalam suasana ringkas but penuh bermakna. Hanya tuhan yang dpt membalas budi baik kwn2 sume...aku x tahu nak kata n lakukan per. Cuma semoga perhubungan persahabatan yg kita sume bina akan trus berkekalan..

Wednesday, March 18, 2009

Jiwa kacau di pagi hari


Seawal pagi, mood aku kacau bilau...terganggu dan tertekan...oh yer..jam 5.00 aku sudah terjaga dari tidur. Semalam aku tidak dapat lelapkan mata...kenapa? aku fikirkan masalah yang melanda jiwa. Sakit hati dan geram dengan sikap si dia...Aku bersabar..dan bersabar...namun, kesabaran itu ada batasnya...Pagi ne..terjadi lagi, arrrrgg..jiwa dan perasaan aku seperti lebatnya hujan pagi ne. Semakin hendak dihentikan kekacauan dlm jiwa, semakin kuat rasa marah tu...lupakan!

Pagi ne aku temani dia ke tempat kerjanya (praktikal) di Kelana Jaya. Jam di tangan menunjukkan 6.30 pagi. Kedindingan mecengkam ke tulang putihku. Sepanjang perjalanan aku banyak berdiam diri. Jika aku bersuara, pastinya tidak akan berhenti kemarahan itu. Tapi lain pula jadinya, pabila aku diam, dia pula gelisah serba tidak kena.... "tak habis2 lagi ker..." itu pertanyaan yang kerap kali ditanya apabila kami bertengkar...mendung rasanya perasaan ini...

Entah, mampukah aku menukar mood ku sepanjang hari ini? Aku cuba happykan diri apabila sampai di pejabat. Orang yang tak pernah ditegur pagi2 aku tegur hari ini.. Berjenaka.... aku mahu lupakan perkara yang terjadi semalam dan awal pagi ini.

Monday, March 16, 2009

AKU TIDAK PERNAH BERBOHONG MENCINTAIMU

Aku tidak pernah cuba untuk berbohong mencintaimu
Aku tidak pernah cuba untuk menduakan cintamu
Aku tidak pernah cuba untuk curangi cintamu kepadaku
dan..aku tidak pernah cuba untuk menghilangkan
perasaan cinta kepadamu dihatiku...

Sayang....cinta....kasih sayang aku semaikan di jiwa ini hanya padamu.
Kekasih hatiku...
Percayalah kepadaku...

Cintaku,
Biarpun berkali kau pernah lukakan hati ini,
namun sedikitpun tidak aku berganjak
cuba untuk melenyapkan perasaan ini..
kerinduan dan cinta kepadamu terpatri di lubuk hati ini..

PLM ATV RIDE CHALLENGE

Tarikh: 14 Mac 2009
Lokasi: Sec.7, Shah Alam

Hari sabtu lalu, finalis Pencarian Lelaki Maskulin telah menlakukan aktiviti terakhir mereka sebelum ke final. Aktiviti kali ini lebih ekstrem dan mencabar. ATV Ride Challenge anjuran team Maskulin bersama penaja kami G-Motosport telah menguji ketangkasan, keberanian dan sudah tentu maskuliniti para finalis. Berikut antara gambar2 yang sempat dirakam sepanjang aktiviti itu dijalankan. Untuk paparan lebih lanjut, jangan lupa untuk mendapatkan MASKULIN isu Mei'09. Lebih banyak aksi yang kami paparkan.

Dua finalis yang menggayakan t-shirt rasmi Pencarian Lelaki Maskulin musim ke-3 ini. Gambar ne dirakam oleh jurugambar kami Aswal ketika sesi brefing oleh editor dan pihak G-Motosport. Ketika ne boleh tgk wajah finalis yang tidak sabar2 lagi untuk mencuba ATV.
Inilah ATV yang digunakan oleh finalis untuk cabaran lasak ini. ATV ini juga antara hadiah yang bakal dimiliki oleh pemenang pertama dan kedua. Best kan diorang, dapat hadiah ATV kalau menang.

Nampaknya finalis tidak sabar2 lagi ingin mencuba ATV ne. Dalam gambar kelihatan Mad, Ary, Isam, Amrani, ucop, Zarin dan Kazman...masing2 mula memasang strategi.huhuhu

Aksi salah seorang peserta yang memulakan cabaran. Nampaknya mereka begitu teruja sekali. Ada yang pertama kali mencubanya... dalam gambar adalah Ary.

BEHIND THE SCENE COVER SHOOT

Tarikh: 10 March 2009
Masa: 10.00am
Lokasi: Pusat Ekuin, UPM

Baru-baru team Maskulin telah mengadakan photoshoot for Mei isu. Lokasi seperti yang tercatat di atas. 1st time photoshoot mengandingkan binatang dan cover boy... susah juga sebenarnya nak handle photoshoot ne. Maklumlah kuda yang dijadikan cover gak ne, tak dengar cakap. Keadaan cuaca panas memeritkan lagi sesi penggambaran yang memakan masa hampir 3 jam tu. Apa2 pun photoshoot tu berjaya dilaksanakan. So, kalau kalian nak tengok hasilnya, jangan lupa dptkan MASKULIN isu Mei09 nanti.

Inilah kaki tangan yang terlibat dengan photoshoot cover tu. Yang pakai short tu lah Ipul, our photografer. Mamat ne memang sempoi n cool. Gambar2 yang dia ambik sumenya cantik-cantik. Tak reti dah aku nak pilih. To Ipul and asst. dia Nadia, Thank you so much.
Cover boy yang menhiasi isu Mei nanti sedang posing atas kuda. Kesian Ipul yang terpaksa kesana kemari mencari angle terbaik. Kuda buat hal lak, x mahu duduk diam. Aku seperti biasa, memberi bantuan dan idea untuk Ipul dptkan shot menarik.

Uncle Khrisnan (baju merah) sedang memerhatikan kami bekerja. Gadis berbaju puple tu Nadia, pembantu make up artis...cute girl. Cuaca panas masa ne, Tuhan saja yang tahu. Aku berpeluh cam dah mandi. Huhuhuhu...

Inilah make up artis terkenal yang mendandan cover boy Maskulin kali ini. Baby Elle banyak membantu sepanjang photoshoot ne. Thanks to Baby Elle. Kamu juga sempoi. Oh, ya, time photoshoot ne, Baby Elle pun tunjuk bakat dalam photography...katanya dia nak tukar profession, nak jadik fotografer sepenuh masa....biar betul ke cik baby kite ne. Mesti korang tertanya-tanya, siapalah cover boy isu Mei nanti? Kalau nak tahu, dapatkan MASKULIN majalah kesayangan anda ini.

Ini antara shot yang dirakam oleh Baby Elle, hehehe. Aku sedang memberikan arahan pada cover boy agar lebih tenang dan jangan mengelabah dengan kuda ne...

Saturday, March 14, 2009

ATV RIDE XTVT DAN SURPRISE BIRTHDAY CAKE

Today 14/3/09- Hari kedua selepas my birthday. Today aku bersama team Maskulin dan finalist Pencarian Lelaki Maskulin ada xtvt terakhir sebelum final pada 5 April 2009 nanti. ATV Ride challenge anjuran G-Motosport selaku penaja hadiah kepada pemenang ini diadakan di sec.7 Shah Alam.Xtvt yang menguji ketangasan ne mmg seronok bila sekali try...aku tak lepaskan peluang, cuba jugalah. Ne kali kedua aku try ATV, pertama kali masa aku ke Adelaide, Australia dulu. Lokasi dan permukaan bumi lebih mencabar berbanding yang diadakan hari ni. Tapi tetap menyeronokkan. Kejadian x berapa nak baik apabila salah seorng finalis telah melanggar salah seorang staff dari G-motosport kerana hilang kawalan. Laju pulak tu si finalis tu bawak. Suasana senyap sekejap...x sangka acident tu boleh berlaku. Nasib baiklah tidak mengalami kecederaan teruk. Xtvt ATV Ride ne abis kira-kira 1.30 pm.

Selepas xtvt tu, team dan semua finali bergerak pula ke sec.13, untuk menikmati makan tengah hari di Burger King, penaja makan kami sepanjang PLM ne...hai, naik muak dah asyik makan burger jer..huhuhuhu...disebabkan agak kepenantan dan tidak sihat, aku memutuskan untuk tidak join the group.Last2 terpaksa pergi juga sebab my editor suruh pergi sebab banyak burger yg mereka sediakan. Tanpa fikir apa2 aku pegi ke burger king tu. Aku bukak saja pintu semua nyanyikan happy birthday kat aku...arggghhhh..aku terkejut giler arrr...aku x sangka diorang sume rupa2nyer dah plan nak wat surprise birthday kat aku...huhuhu..terharu rasanya...biarpun dah 2 hari berlalu, dia orng msh nak celebratekan..terima kasih bebanyak...Sepanjang 29 tahun hidup, inilah kali kedua aku disurprisekan dengan kek. Pertamanya malam birthday aku...my housemate surprisekan dengan 1 slice kek..tapi hari ne sebijik kek...x pernah selama ni dlm hidup aku dpt rasai pglman mcm ne...sekali lagi guys..thank you so much...

Friday, March 13, 2009

MY BIRTHDAY


12th March, it's was my birthday. Happy birthday to me.
Seperti setiap tahun, i never celebrate my birthday and never get nay hadiah..huhuhuhu...tidak mengharapkan semua itu. For me, hari lahir seperti juga hari-hari biasa, cuma aku rasa bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk terus bernafas, memberikan kesihatan dan memberi peluang menjalani kehidupan. Padamu Ya Allah, aku bersyukur dan berdoa, Kau berikan aku kesejahteraan dan keredhaan hidup. Alhamdulliah.

To sumone who l'm really love, thanks wish me Happy Birthday. u'r the 1st...

Friday, March 06, 2009

MASKULIN APRIL 09

Jangan lupa dapatkan MASKULIN isu April 09 di pasaran tidak lama lagi. Antara yang menarik dan perlu diketahui, bagaimana menghadapi atau survive dalam krisis ekonomi global, tip-tip berguna untuk anda. Antaranya 10 tip cara jimat terbaik, graduan menganggur macam mana cari kerja time gawat, dll. Skinny n fat man, ada panduan fesyen untuk anda. Dekati juga personaliti muka depan kali ini. Zachery Francis pelakon dan bekas penyanyi kumpulan X-Factor..dia tidak lagi fobia? fobia apa yer? oh! ketahui juga cara atasi masalah berdengkur ketika tidur. Jangan biarkan pasangan anda merana kerana dengkuran anda itu. Segalanya dalam MASKULIN, majalah lelaki nombor satu di Malaysia. Dapatkan di kedai buku berhampiran anda. Yahuuuuuuuuu!!!