Saturday, May 31, 2008

CAM BESH JER PARKOUR

ala aksi kung fu pun ada

Antara group yg lakukan parkour

Giler babai mamat neh...

Aksi berani mampos.....

Salam..hey kawan sume lama dah rasanya tak menulis kat blog neh..ada kwn2 duk tanya bila ko nak update blog ko mizi? aku bukan tak nak update, tapi rasanyer tak der sumthing yg betul2 aku rasa nak tulis. But, guys i'm coming n will try to update my blog setiap masa.

Oklah, kali ni aku nak citer skit, tak tahulah korang sume know or not abt this extrem sport yang dikenali as Parkour..korang pernah tahu ker pasal sukan neh? Bukan apa aku tanya, last week aku ada buat artikel about this sportlah. Bila aku tengok pix2 yg aku cari kat internet cam besh lak..rasa nak buat jer...Hah, bagi korang yg tak tahu pasal parkour neh..bak aku citer serba sikit.

Parkour neh sukan xtrem yang bermula di Perancis. Ia dikatogerikan sebagai aktiviti gerakan fizikal secara pantas. Dan ada yg kata dia juga salah satu seni mempertahankan diri. Agaknyer uerlah kot, sebab aku tengok2 pix lompat dari tempat tinngi, panjat dinding, melayan ke udara dan macam2lah. kalau kita tgk macam nak bunuh diri...hah, kalau korang ingatlah, dlm citer Rush Hour , Casino Royale, ada duk praktik sukan ni...ermmm sekrunk kat malaysia pun dah ada..tapi masih belum dikomersialkan lagik...kalau ada kat kl neh nak jer aku join..lepas perasaan..oklah guys, serba sedikit pasal parkour..kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal sukan neh, aku suggest kat korang buy and read MASKULIN magazine isu August08. ..jangan lupa k..

Sunday, May 04, 2008

Jessica Parker style


Ur guys ada baca hot magazine terbaru? owh yer...dlm edisi terbaru ada cerita tentang fashion yang digayakan oleh my favorite actress ne...tapi why she should dress like that? guys..komen sikit pasal style pelakon sex And The city neh....

Are you a metro men?


The metro look is one of the hottest around and it's not hard to emulate. If you want to be a metro man, you'll be well on your way if you follow these steps

1. Grooming - Before you get to the clothes, you've got to start with grooming. Metro men have impeccable hair cuts and they wax or shave any unnecessary hair. Painful, yes, but the overall effect makes it worth it.

2. Textures -The texture of the clothing you wear is very important. You want to go with the most opulent fabrics you can find. Look for cashmere sweaters and tee shirts, or high quality cotton. Your shirts should be soft and well tailored.

3. Cut - Metro men are tailored and always look sharp. Look for classic suits that present a professional and polished impression. For regular clothes, look for tight tees and expensive designer jeans.

4. Style - Metro men wear the latest fashions. Subscribe to a few men's fashion magazines so you can stay on top of all the latest trends.

5. Cologne - No metro man is complete without a dash of expensive cologne. Try to find a scent that fits your particular personality. If you're going for sensual, an oriental or musky scent is right for you. More of an outdoorsy type? Look for cologne with a fresh and clean scent.

6. Accessories - You'll need plenty of accessories to get started. First, a very nice expensive watch. Silver or gold are a good place to start, but a leather band always look nice too. Next, you'll need a fine chain for your neck in the color that suits your complexion the best. A tasteful ring isn't out of the question either, or a few bracelets to complete the look.

7. Shoes - Never overlook this important part of your outfit. Shoes can be classic or trendy, but they have to look good. Keep them polished and clean at all times. No metro man would be caught dead in a pair of scuffed and ratty shoes.

8. Go Digital - Metro men typically have a variety of digital accessories, including a cell phone, Blackberry, MacBook Air and an iPod.

9. Leather Goods - You'll need a nice leather bag to keep all your stuff together. Look for a high quality bag that will withstand the rigors of every day use. Make sure it has a padded portion for your laptop and other essentials.

10. Maintenance - Once you've got your look pulled together, you need to keep it up. Invest in some male facial cleansers, toners and moisturizers. Don't be afraid to get a manicure to keep your hands looking neat and clean.

Put all of these hints together and you can see just how easy it is to go "metro".There is nothing wrong with a well-groomed, well-dressed man. Just remember to keep everything up and stay on top of all the latest fashion trends to make sure you don't fall behind.

Friday, May 02, 2008

Bila designer posing....


Di dalam dunia fashion, siapa yang tidak mengenali Karl Lagerfeld? dia antara pereka ternama yang mencipta rekaan pakaian chanel...sesekali dia posing....kalah model ..hahahhaah

Oversize suit...


Sumthing we never see...Pinstripe suit worn by blackmen..adakah ianya satu style or memeng terlebih saiz? ko fikirlah sendiri...

CUTI DAN REHAT.....


Coklat Ais kat D'Lish, mid valley

Semalam cuti hari buruh, huhuhu...time for restlah...memandangkan ia jatuh hari khamis, then aku ambil keputusan amik cuti hari jumaat juga sampai hari ahad..so, time nie lah aku nak rehat betul2...keje penat, pening kepala hotak neh...time ne juga aku leh spend my time with my love...rindu, cinta dan sayang dia sangat2.thanks baby...neway, semalam aku ke Zara whosesale kat Corus hotel..mak oiii ramai nyer orang...terpaksa ler Q panjang...dalam masa Q tuh...aku terpandang seseorang...macam ku kenal minat sorang neh....dalam hati..ekk..takkan selebriti cam dia datang kat sale gak kot...huhuhuhu..takperlah Fara Fauzana....u bijak berbelanja.....nak jadikan cerita dlm2 just nak tengok..terbeli gak lah beberapa pakaian..abis dlm RM300. aku punya pakaian n my bby nyer gak...
Hari neh lak aku bangun lewat, gara2 semlm entah kul berapa tidow...sakit perut lak tuh...adoi...bangun thari aku kuar ngan sham n my baby...sham tak keje lak ari neh...kita org pi ampang point dulu..sham byr kete, lepas tu ktorang pi makan...then later kiorg pi mid..lepak2 kat d'Lish..tenet..per lagik....sementara tunggu asgt kul 7 kat Fashion Avenue, aku taiplah skit kat blog neh...owh yer....today KL so hot....

Thursday, April 24, 2008

BETAPA AKU MENCINTAIMU

Betapa aku mencintaimu -Betapa aku mencintaimu..dengan sepenuh hatiku..betapa aku menyayangimu..lebih dari yang kau tahu..uuuu....uuuu...ohhhh....inginku bahagiakan dirimu setiap saat bersamaku seperti janjiku kepadamu takkan pernah kuingkari oo..aku kan slalu ada di dekatmu aku kan slalu menemani harimu kau harus tahu betapa aku mencintaimu...ooo aku kan slalu ada di dekatmu aku kan slalu menemani harimu..kau harus tahu betapa aku mencintaimu....oooooo aku kan slalu ada di dekatmu.aku kan slalu menemani harimu kau harus tahu betapa aku mencintaimu...ooo
Someone i love ..

Saturday, April 05, 2008

Sebay sebay di Chiang Mai

Hehehe...Sham n me di Donsao Island, Laos..

Kami kat Hot Spring Chiang Rai...


Sebelum menaiki Mekong Cruise ngan abg muhi


Abg Muhi, Sham n Me atas Tuk-tuk

Tanggal 29-31hb March 2008 lalu aku bersama dua rakan bercuti di Chiang Mai, salah satu daerah paling utara di negara Thailand. Dari Kuala Lumpur kami menaiki AirAsia mengambil masa hampir 2 jam lebih.Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai hampir jam 2 petang waktu tempatan.

Pengalaman baru dan keseronokan percutian 3 hari 2 malam meninggalkan kenangan terindah di bumi gajah putih ini. Hari pertama, kami mulakan lawatan dengan mengikut tour dari Sea season. Chanakarn, gadis Thai putih gebu menjadi tour guide kami. Tengah hari selepas menikmati hidangan nasi beriani di Arab Rest. kami di bawa melawat beberapa tempat menarik. Antaranya kilang kulit, jewelry,pusat kraftangan, dan lain-lain lagi. Chiang mai memang terkenal dengan barangan kraftangan yang unik-unik. Harga juga berpatutan. Siapa yang sukakan barangan kraftangan, suggest ur guys datang ke sini.

Di Chiang mai satu masalah terpaksa dihadapi. Satunya nak cari makanan halal. Tak banyak restoran Muslim kat sini. Satu lagi masalah bahasa. Mereka tak pandai sangat bahasa English. Aku ada gak guna bahasa Thai, so bolehlah aku cakap. Seronoknya orang Chiang Mai ne ramah. Lawa-lawa and hensem. Kalau popuan tu putih gebu. huh!

Berbalik pada trip dengan tour agent..hari kedua di Chiang Mai, kami bersama beberapa orang lagi pelancong dari Malaysia di bawa ke Chiang Rai. Satu daerah yang menghampiri sempadan Thai-Myammar. Apa yang menarik di sini, kami di bawa ke White Temple. Cantik dan indah buatannya. Temple ne ilham seorang pelukis terkenal Thai. Selepas itu kami ke Golden Triangle pulak. Kat sini seronok gak. Di sini lah centre tiga buah negara dapat di lihat iaitu Thai, Myammar dan Laos. Kat sini kami sempat menaiki cruise menyusuri sungai Mekong. Selepas itu kami semua di bawa pula ke Pulau Daosao, Laos. sempatlah berposing kat sana. Selepas lama di situ, kami di bawa ke Mae Sai, pusat bandar di sempadan Thai-Myammar. Macam-macam ada di jual kat sini. Siapa yang kaki shopping sure tak menang tangan. Harga memamg murah. Selepas lama di sana, hampir jam 4.30 petang kami berangkat pulang. HUh! penat beb...mana tidaknya perjalanan 6 jam pergi balik. Sampai berdengkur2 dalam van. walaubagaimanapun seronok sangat.

Pada belah malam pulak, kami merayau2 di night bazaar berdekatan dengan hotel tempat kami menginap. Kat sana ne macam-macam gaklah ada di jual. tapi kebanyakannya boleh dijumpai di Malaysia. Berbezanya kat sini harga murah. Masa kat sini, pengalaman yang mengerunkan....bukan aku kena rompak ke apa...cuma aku dan kawan2 terpaksa melayan kerenah penjual barangan kraf dari puak native diaorang. huh, bila beli barang kat sorang pejual, yang lain akan datang berpusu2 mengerumun. Paksa beli...tapi memang kesian tengok diaorang ne. Satu pengalaman yang aku belajar kat sana, kita fikir kita miskin, tapi masih ada orang yg miskin. Aku tersentuh tengok anak2 kecil tanpa ibu bapa berpeleseran di jalanan meminta belah kasihan.

Keesokan awal paginya kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Sebay-sebay di chiang mai meninggalkan kenangan terindah dalam hidup.

Monday, February 11, 2008

Hadiah sebuah novel

Ini lah novel NODA

Sudah lama tidak menulis di blog aku ni. Bz bz n bz.....kali ini aku ada peluang untuk menjenguk ke sini. Ada ruang untuk aku mencoretkan apa perkembangan terbaru. So far nuthing much.

Apa ada sesuatu yang ingin aku kongsi bersama. Baru-baru ini aku mendapat hadiah istimewa daripada seorang teman yang aku anggap dia sebagai mentor aku. Hadiah istimewa itu adalah sebuah novel hasil nukilanya sendiri. NODA, merupakan novel terbaru karya Ricthi Rachman. Apa yang paling aku hargai pemberian ini adalah aku orang pertama yang mendapatnya siap ditandatangan oleh Ritchi. Thank so much bro, ur so amazing. Aku dah habis baca novel ni. Kisah lelaki biseksual yang pastinya menghurai segala realiti kehidupan manusia. Kisah lelaki bernama RANO, lelaki kacukan. perjalanan hidupnya yang dihantui ketakutan dan perasaan penuh kecintaan, kesetiaan serta keikhlasan cintanya terhadap lelaki lain. ..serba ringkas tentang novel ini. jika kalian mahu mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa dapatkan novel ini. pastinya ia penuh sensasi dan bakal mengundnag kontroversi.....

Wednesday, January 02, 2008

Monday, December 17, 2007

ANAK HALAL- BESH! BESH! BESH!


Semalam, 16/12/07- Aku bersama-sama housemate, Fazli Zainal dan kawan2 dia pergi menonton wayang kat Pavilion. Mula2 cadang nak tengok The Golden Compass, Enchanted, ..;last2 dapat tahu Fazli dah belikan tiket filem Anak Halal. Tahu je lah, bila filem Melayu neh aku lemah skit nak tengok, bukan aku tak sokong industri filem kita sendiri tetapi dah banyak filem Melayu aku tengok masih belum ada yang memberi kepuasan dan dibanggakan. Filem Melayu sama jez. Tetapi aku agak terkejut dengan filem Anak Halal. 1st time aku tengok filem Melayu yang buat aku teruja dan seronok menontonnya. Tak boring malah plot cerita yang membuatkan kita mahu tahu apakah kejadian seterusnya. Memang sebelum ni dah ada banyak filem aksi Melayu, tapi yang stau ni lain kah. Sentuhan Osman Ali kali ne buat aku berfikir. Jalan cerita biasa tetapi diolah dengan penuh adegen aksi, persoalan cinta, perwatakan realiti. Aku tabik lakonan Farid Kamil, Maya yang lari dari watak biasanya, tapi Fasha Sanda steriotaip je. Nothing much from her acting. Paling aklu banggakan watak tiga penjahat neh...Hebat dan berkesan. Tahniah Zulhelmi, Fizz dan Fauzi...satu pemberian yang mendalam untuk lakonan ini. Pemilihan lokasi dalam filem ni aku bagi A, sesuai dengan ceritannya. Filem kita dah berani nak pecah sana, pecah sini. .....babak pergadunhan dalam rumah...ur guys tengok sendirilah...oklah tu je komen aku pasal filem ni. Keseluruhan aku bagi 3.5 bintang untuk filem 'Anak Halal'. Congratulation!!!

WORLD MARCHING BAND COMPETITION

Antara penonton yang hadir memberi sokongan
kepada pasukan pilihan masing2.


Antara pasukan yang bertanding


15/12/07- Aku dan housemate pergi menonton World MArching Band Competition, julung2 kalinya diadakan di Kuala Lumpur. Pertandingan yang melibatkan 5 negara itu menyaksikan 10 pasukan berjaya ke peringkat akhir. Agar teruja aku melihat kumpulan marching dengan pelbagai alunan muzik, pakaian berwarna warni dan formasi yang memukau pandang. Pertandingan yang bermula 6hd Dis 2007 hingga 15hb Dis 2007 itu disertai oleh negara kita Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan German. Tahniah buat THailand kerana menjuarai pertandingan tersebut, Malaysia yang diwakili oleh SM. ASMA tempat kedua dan Indonesia yang membawakan Tribute of Dewa 19 (disponsor sepenuhnya oleh kumpulan Dewa 19) memenangi tempat ke-3. Selaku tuan rumah, kita berbangga dengan penyertaan lima buah pasukan dan 4 darinya ke peringkat akhir. Antaranya ST. Joseph, Miri, St.Joseph Kunching, Vic. Institution, UUM dan SM. ASMA.

Saturday, December 08, 2007

SEHARI DI MID VALLEY

Sabtu, 8/12/07 aku bersama seorang kenalan ke Mid valley ari neh...memang kami dah plan nak gi sana nak tengok wayang...seperti biasa kat mid valley orang ramai giler. tambah pula ada sale sempena krismas neh..aku sampai sana terus Q beli tiket wayang ...aku dan kawan yg aku panggilnya Ijal tu gi makan dulu kat secret recipe sblm wayang start 5.30..aku beli tiket UNREST...kononnya citer tapi apa2 tah citernya...aku bagi 3 bintang....---kisah pelajar perubatan di sebuah hospital yang diberi asgt dalam kumpulannya untuk membedah mayat seorang wanita yang group tu panggil norma....Alison watak heroin mengalami satu perasaan di mana dia merasakan roh Norma masih ada bersama jasadnya...mereka yang terlibat atau pernah menyentuh norma akan mati satu persatu....nak tahu kisah selanjutnya tengok sendiri....lepas tengok wayang aku ngan ijal ke The Gardens..dia kata lum pernah gi sana...jalan2 kat gardens, masuk macam2 butik....aku masuk edc esprit..ada jacket yg aku berkenan...mak oiii mahalnya....tak der duit srunk neh....bila dah puas2 jalan2 kami masuk balik mid valley pusing2, tengok org buat show kat concourse ...huh...kisah rama2 di taman....ermm....kami pulang lebih kurang kul 9.15. ijal balik ke kajang aku balik ke ampang.....besh..besh and happy dpt kuar ari neh......

Thursday, December 06, 2007

PENGALAMAN BARU


Tanpa kamera pasti shooting ari tu tak jalan


Sam anuar, owner model agency Maveric + Co


Antara pic yang dijadikan rujukan model2


salah seorang model yang dirakam gambarnya


Jay, selaku fotografer sedang menupload gambar


Pakaian dan aksesori yg digunakan


Model yang di make up oleh Amy Janz

Penat...penat...lemau habis.....ngapa aku ckp cam neh? hah..sebenarnya ini ada kaitan dengan pengalaman baru yang aku dapat baru2 neh...aku diberi tugas untuk stylingkan 8 orang model...huh! memang pernah buat sebelum neh..tp kali neh lain...aku kena styling 3style berbeza untuk setiap models...dari pagi jam 10 sampai 3.30 pagi....bayangkan....break time makan jer...penat jgn cakaplah...tapi aku happy sebab model2 dan team shooting tuh besh! tak banyak kerenah...satu pengalaman baru aku sebagai seorg stylist...dalam duk mestylingkan model2 tuh sempatlah aku rakam beberapa pic....huhuhuhu....sebab lagik tuh....kat atas neh beberapa pic yg sempat aku amik.

SATU PEMBERIAN

Gelang magnet...cantik gak

Tiga hari lalu, aku menemai my step sis lepak2 ngan kawan2 dia kat sec 27 Shah Alam. Takder apa nak buat, kat rumah so aku ikut jer...aku kenal lah member2 dia..sumenyer creative person..ada pelukis, jurufoto...besh gak lah lepak ngan diaorang...masa duk lepak2 ada someone call me to meet up....alamak letih lah pulak...tapi tak per lah..kejap jumpa dia..aku ajak sekali my sis tu ikut...kami lepak tak sampai sejam...lepas tuh chow....masa aku dah nak beli....hamba Allah ner..panggil aku jap ke kereta dia...aku ingat nak ckp per2lah...tetiba dia hulur 1 box...."this for u.." alamk..ni aku tak suke neh...bagi2 hadiah...aku bukan suke sgt bila org bagi2 hadiah cam ner tanpa ada apa2 hari istimewa...anyway thanks.susah2 jer...dalam kereta aku bukak box tuh...wah! cantik...dia bagi gelang tangan lak....tqtqtqtqtq..sangat...hohoho.....so, ni lah gelang tangan yang dia bagi tuh.....

Monday, December 03, 2007

KANAK-KANAK KINI



AKu nak cerita skit pasal kanak-kanak ni.AKu merakam gambar neh semasa tunggu my sis datang ke rumah untuk ambik barang2. Masa menunggu aku melihat beberapa orang kanak-kanak sedang bermain dengan seronoknya.ada yang tidak berbaju, berkali ayam..comel2 semuanya...aku teringat ketika usiaku baya mereka dulu...kalau aku main macam ni tengah2 malam sudah tentu dimarahi arwah ibu. Lain pula kau tengok mereka....aku menegur, ngapa tak pakai selipa...nanti kotor kaki tu, terpijak kaca luka...."alah bang kitaorang power...emmmm..main kotor di tempat yang tidak sepatutnya. Waktu2 begini tempat mereka di rumah bukan berkeliaran bermain di tempat kotor.Mana mak bapak mereka? mengapa tidak memperdulikan anak2 yg comel ini? kesian aku tengok mereka ni. entah bagaimana nasib masa depan.Begitu jika hidup di kawasan perumahan yang penuh dengan kekotoran. Mak bapak tidak merisaukananak2 sendiri. Aku yang sememangnya menyenangi kanak-kanak mengharapkan ibu bapa mereka memanggil pulang anak2 mereka itu, namun hampir sejam di situ, aku tidak melihat kelibat ibu bapa mereka. Sementara menunggu kakak aku yang belum tiba, aku sempat menemani kanak2 ini bermain...mereka peramah sekali...telatah spontan mereka terlihat gembira apabila aku merakam gambar mereka...

Sunday, December 02, 2007

PINDAH RUMAH

Bilik aku yang dah kosong


Sofa ni aku bagi to my sis

PC yang belum diangkut

Today 2nd Dec 2007..last day aku stay at Kerinchi..huhuhu..dah setahun aku stay there. Ari ni aku pindah ke my fren house..menumpang umah dia for temporary...actually we plan to stay together with other two fren..dunno yet where to move out....boleh tak macam tu? hahahah......anyway thanks sham bagi tumpang n drive to pick up all my things. Kalau boleh new house nanti area yang sennag for me to move, go work n so on..hehehehehe...

URBANLIVE NTV7




  • Seminggu lepas i was so tired..2 week kerja non stop...work like damn...huh! betul penat..24 n 25th aku kerja for urbanlive Ntv7 as a dresser..tis kira my part time job lah...anyway i'm happy what i did..payment no 2...as long i'm enyoyed it..here some photo was captured by photografer...thanks.

Thursday, November 08, 2007

AKu Rasa Kesepian

Mungkin ramai tidak tahu, dari perwatakan aku yang happy, mesra, easy going dengan rakan-rakan, sebenarnya aku berasa begitu sepi...sepi sendiri...merindui Insan Paling Aku Sayang...dia pergi buat selama-lamanya..., sejak pemergiannya menyahut seruan Ilahi, aku terasa begitu kosong sekali. Aku cuba untuk bergembira, namun tiada yang tahu apa aku rasa. Saja aku luahkan di sini kerana aku tidak mahu terseksa lagi...di tempat kerja mungkin kalian menyangka aku seorang yang mudah untuk bermesra, bergelak ketawa, bergossip, apa saja yg kalian buat, aku juga buat...tapi, ......entah susah untuk aku katakan...hanya aku rasa, kesepian yang tidak tertanggung lagi...

Sunday, November 04, 2007

Hilang tumbuh berganti

Aku tidak mahu salahkan teman dulu, mungkin ada sebabnya.Aku mungkin ada silapnya.
Orang kata, kalau boleh teman yang lama jangan dilupa. Walau buruk macam mana sekalipun tingkah mereka kepada kita, mereka tetap teman. Aku bukan seorang yang sennag memusuhi teman2. biarpun hati terluka,dendam bukan penyelesaian.

Bicara tentang tumbuh hilang berganti. Aku berasa gembira sekali. Tidak menyangka, aku berjumpa dengan seseorang minggu lepas. Pada awalnya kami tidak menegur sapa dan kelakarnya bertemu pula kami di ruang maya ini. Dari teguran biasa, kami mula berbicara tentang diri masing-masing. Aku gembira mengenalinya. Kami mula berkawan dengannya. Dia kini menjadi teman baru aku. Terima kasih aku ucapkan kepadanya kerana sudi berkawan dengan aku. Harap dapat berkawan lama dengannya.

Betul kata pepatah melayu. Berkasih biar satu, berkawan biar seribu.

Teman bukan lagi teman

Ku mulakan bicara dengan salam.

Teman bukan lagi teman. Mengapa ini yang ingin aku paparkan? Hati aku terdetik dengan apa yang kurasa. dulu teman yang kuanggap paling setia, paling rapat kini bukan lagi seorang teman. Aku tidak tahu mengapa punyanya? apa salahku kalian mula menyisih? apa silapku ynag kalian pendam tanpa nyatakan pada aku? Aku mulai rasa kalian mula menjauh daripadaku. Dulu kita bagaikan adik-beradik mesra bersama, tapi kini?,,,,mengapa harus begini? dimana silapnya hubungan bersahabatan kita?dulu kita susah bersama, senang bersama. Kini mengapa kalian cuba sembunyikan segala yang ketidakpuasan hati itu. Luahkan saja pada aku.Nyatakan saja pada diriku. Tidakkah kalian sayang persahabatan yang terjalin sekian lama?AKu minta kalian maafkan aku jika aku lukakan hati kalian.

Bila bicara tentang teman....hanya yang setia dan ikhlas akan dipanggil teman sejati.

Tuesday, October 16, 2007

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya

Hari raya sudah masuk hari keempat. Aku kini pulang ke KL untuk memulakan tugas. Aduh...malasnya nak start balik keje.Biasalah bila dah lama sangat cuti. Walaubagaimanapun, tahun ini aku beraya sederhana saja. nothing to celebrate sangat. aku hanya teringatkan arwah my mum...di pagi raya aku menitiskan air mata. Biasanya di pagi raya, my mum akan kejutkan aku untuk bangun mandi dan bersiap untuk ke masjid solat sunat aidilfitri. Tapi raya kali ini, tiada lagi. aku memujuk hati sendiri.." yang tiada usah dikenang-kenangkan lagi, jangan terlalu bersedih di hari mulia ini". Barulah aku lega. itu kisah aku di pagi syawal lalu.

sekarang aku mula bertugas, nampaknya masih ramai teman2 sepejabat belum pulang dari kampung halaman. masing-masing masih bercuti nampaknya.Biarkan mereka. Beraya sakan. Tak tahu apa lagi aku nak tulis kat sini. lama benar tak jenguk blog kesayangan aku ni. Kesian dia. dah berabuk,..huh huh huh...

Friday, August 24, 2007

Sudah lah lama...

Sudahlah lama kita berpisah....tanpaku menjenguk helaian kosongmu. menanti tari jari ku menari, mencoretkan rasa hati yang sepi ini...oh...blogku....rindu aku padamu.

Hari ini ku berlabuh, melihat wajah murungmu di sebalik sinar..maafkan aku kerna sekian lama meninggalkan mu tanpa khabar...kesian aku padamu..Walau sudah lama ku tidak ke sini, bukannya aku merajuk, bukannya aku benci, namun kekangan masa melupakan aku seketika pada mu..maafkan aku sekali lagi.

Blog kesayangan ku ini, masihkah kau setia dan sudi menerima kehadiran ku?

Sunday, August 05, 2007

Kembali ku sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wah.....rindunya, sudah beberapa purnama aku tidak bertandang ke ruang maya ciptaan aku ini. bukan kerana tidak lagi mahu mencoretkan ceritera, tetapi aku terlalu sibuk. kekangan masa dan keadaan menidakkan aku untuk bersama di sini. Hari ini, masa menyebelahi aku. Terima kasih aku ucapakan. Ada jua celahan detik waktu untuk aku bertandang ke mari.

Dalam tempoh beberapa bulan lalu, pelbagai perkara terjadi di dalam hidup aku yang sukar untuk aku coretkan di sini. Antara bahagia, derita, kepahitan, kemanisan, kejujuran dan kecurangan, kekukuhan dan kehancuran...dan aku kini kembali sendiri. Hati aku kembali derita terseksa. Aduh! jerit jiwa aku tanpa siapa yang mahu mengerti. Mengapa kau meninggalkan diriku sendiri di sini? Itu adalah pertanyaan yang belum ku ketahui jawapannya. Insan yang kusayangi masih meragui keikhlasan dan kejujuran hati ini. Mengapa harus ia terjadi? aku tak sanggup teruskan...sebelum mata ini menitiskan butiran kaca cristal, hentikan sekarang....

Thursday, June 14, 2007

CINTA DATANG LAGI

Sejak aku bersendiri
tiada lagi cinta di hati
cinta kini x bererti
x mungkin akan ku ulangi lagi
tapi kini ku temui
wajah dia seiras wajahmu
membuatku terus keliru
pandanganmu buat termangu
oooh...cinta datang lagi
senyuman menawan
sukar untuk aku cuba melupakan
ku mencari cinta abadi
mungkinkah ianya kan datang lagi
x pernah ku merasai
getaran cinta sebegini
tapi kini kisah lalu
membuat aku rasa ragu
cinta suci dinodai
x mampuku tempuhi lagi
oooh...degupan jantung
kurasa kehangatan
debaran asmaraku tidak tertaha
noooh...tunjukkan ku jalan
agar sinar terang
inikah cinta ataupun kebetulan
ku lebih rela hidup bersendirian
apa yang harus aku lakukan
cinta datang lagi
kerna diriku pernah terluka
pedihku lebih senang sendiri
cinta datang lagi

Monday, June 04, 2007

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL.

Tuesday, May 29, 2007

TERLALU CINTA-ROSSA

Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu
Kucoba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu

Mengapa semua ini terjadi kepadaku

Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…

Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu

Mengapa semua ini terjadi kepadaku

Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia

Mengapa semua ini terjadi kepadaku

Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…

Aku terlalu cinta dia…

BERHENTI MEROKOK


Jika Perokok Berhenti Merokok

Tahukah anda hanya dalam masa 20 minit setelah seseorang menghisap rokok terakhirnya, tubuhnya akan mula mengalami tahap perubahan yang menyenangkan di mana dalam tempoh,

20 Minit
Tekanan darah turun menjadi normal.
Denyutan nadi turun menjadi normal.
Suhu tangan dan kaki naik menjadi normal

8 Jam

Tingkat karbon monoksida dalam darah turun menjadi normal.
Tingkat oksigen dalam darah naik menjadi normal.

24 Jam

Kemungkinan serangan jantung menurun.

48 Jam

Hujung-hujung saraf mula tumbuh semula
Deria baud an rasa bertambah.
Berjalan dengan lebih baik

3 Bulan 2 Minggu

Pengaliran darah lebih baik
Fungsi paru-paru naik sehingga 30%

19 Bulan

Batuk, penyumbatan sinus, keletihan, sesak nafas menurun.
cilia tumbuh kembali di dalam paru-paru, menambah kemampuan menangani lendir, membersihkan paru-paru dan mengurangkan jangkitan.

Friday, May 25, 2007

Ku inginkan nikmat bahagia


Hati mana yang mahukan kekusutan, kecelaruan, kedukaan, kesedihan..

Hati mana yang mahu mengalirkan titisan air mata

Hati mana yang mahu diguris sembilu berbisa

Hati mana yang mahu jiwanya kosong...


Pabila hati kecil ini bersuara

Katanya pada jiwa

Kau hanya berpura-pura

bilamana ku lihat kau seperti bahagia

sebenarnya kau derita gundah gulana

Kemana hilangnya bahagia

yang pernah kau nikmati dulu?

Jawab jiwa, pergi bahagiaku bersama kepasrahan

yang tidak tertanggung lagi wahai hati.

I'm sick

Rasanyer dah lama aku tak menulis kat blog ni.busy dengan artikel yang tak putus-putus kena siapkan. lepas abis dateline dateline baru pulak menanti...pendek kata kerja tak abis2lah....minggu ni agak tak keruan hidup aku. Minggu sakit..sakit..sakit..sampai aku jatuh sakit...nak mc kan keje tertangguh..tapi Alhamdulliah....today semua keje dah abis...

Monday, May 07, 2007

What happend on Saturday 5/5

Live Band at Shang Ri-La-1.00am
Aduii....penatnya.lepas balik dari Hulu langat, kawan2 plan ajak di lepak kat The Pub, Shang Ri_la hotel lak...mak oiiii, penatnya tuhan je tahu....nak buat macam mana, malam tu aku menumpang mereka. So, aku tak boleh kata tak..ikut jerlah. Kete Sham di parking belakang hotel. Seronok tengok live band dan belajar menari poco-poco. ..dalam kegembiraan, rupa2nya kami terima nasib malang. Kete sham dipecah orang..yang sedihnya, barang2 baru dicuri..waaaaaaaaaaaaaaa!!!!!Nasib badan....barang kesayangan hilang begitu saja....sialannyer pencurik...


Party at Hulu Langat-7.30pm

Selepas habis event kat Izzi Restorant, aku sham, oda dan nick bergerak lak ke umah kawan kita orang kat Hulu Langat. Penat lum hilang kami terus ke sana. Kaan Oda, Alfa buat parti untuk meraikan ulang tahun ke-3 hubungannya dengan his lover. Selamat Ulang Tahun untuk Alfa and lover..Kat sana makan sakan lah. Banyak makanan yang best2..huhuhuuhu..yang kelakarnya kat sana aku ditegur oleh seseorang yang aku hanya kena namanyer saja. Tapi dia pulak tersalah orang, kata aku ni dia kenal rapat..pelik aku..dia tanya macam2 sedang apa yang dia tanya tu tak memaksudkan diri aku..huhuhuhuhu. peliknya! kami pulang jam 11.30 pm....kenyang dan penat.


In the group....sesi mendengar alu-aluan drp host for event.

Menunggu sebelum yang lain datang
Crew2 The Bachelor yang best!

The Bachelors gathering-2.45 petang

Selepas ke pesta buku, seperti dijanjikan aku ke Izzi Restoran. The Bachelors buat gathering untuk sesi kenal-berkenalan dengan ahli baru. Aku tiba lepas kurang jam 2.45 ptg. Tak ramai lagi yang datang.Suprise me!!!!!..aku jumpa dengan my sis...miss her so much.....dah lama tak jumpa dia. Majlis kali kedua tuh nampaknya berjalan lancar. aku dapat kenal ramai kawan2 baru. Selain itu, aktiviti yang diadakan sungguh menyeronokkan. Thanks for all The Bachelor Crew....ur guys memang best!
Ke pesta buku- 11.30 Pagi

Sabtu....boleh dikatakan hari yang tidak begitu menyenangkan. Aku bangun awal coz kena pergi pesta buku. Kat sana kena entertain budak2 PLM07 sampai kul 2 ptg. Ramai juga orang kat sana. Maklumlah hari kedua terakhir pesta buku. Dengar kabar company mendapat pulangan RM900 ratus ribu. Wah!!!!!

Saturday, May 05, 2007

MASKULIN JUN 2007

Maskulin Jun 2007
Jangan lepaskan peluang mendapatkan majalah Maskulin edisi Jun 2007 yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Antara paparan menarik bulan ini, dekati Cover boy bulan ini....sempena hari Bapa kami gandingkan Dato Shake dan anak terunannya, ketahui bagaimana pengalaman dan telatah 3 bapa muda. Ketahui juga bagaimana mengenakan sweater vest, mahu bergaya ala militari? jangan lupa selak halaman fesyen, dan banyak lagi yang menarik untuk tatapan anda.

Thursday, May 03, 2007

PESTA BUKU

Suasana di pesta buku 2007

Semalam aku bertugas di Pesta Buku Antarabangsa 2007 di PWTC. Mak oii ramainyer org. Tahun ni company aku nampaknya all out neh! satu dewan booked. Alaf 21 pun joined. Yerlah anak syarikat katakan.Biasalah aku promate magazine aku jer..huhuhuhu.....macam-macam ragam manusia leh tgk. Aku stop bertugas jam 5.30pm. lepas tuh gi jalan-jalan kat Sg.wang dengan Lan, my ofismate...buy present for someone....

Monday, April 30, 2007

Seminggu di Adelaide

ADELAIDE, DESTINASI PERCUTIAN INDAH DAN UNIK
Menyusuri dan menikmati keindahan alam, sejarah dan mengunjungi pelbagai tempat menarik di Adelaide sememangnya sukar untuk dilupakan. Seminggu berada di sana bagaikan tidak mencukupi. Apa tidaknya, di sini terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh kita lawati. Biarpun tidak berkesempatan untuk mengunjungi semua tempat-tempat menarik itu, namun hati berasa puas. Pengalaman seminggu itu telah meninggalkan seribu kenangan dan pengetahuan yang cukup berharga.

JOLOKAN BANDAR 20 MINIT

Hati berasa begitu teruja tatkala menjejakan kaki di bumi yang terkenal dengan Kangaroo itu.Udara segar bumi Adelaide dihirup dalam. Terasa nyaman dan segar sekali walaupun cuaca agak panas. Jam di tangan menunjukkan 9.30 pagi waktu di Adelaide. Di lapangan terbang Adelaide, Neil daripada Prime Mini Tours sudah menunggu dengan van yang menjadi pengangkutan rasmi sepanjang berada di sana. Dengan layanan mesra dan ramah Neil bertindak sebagai pemandu pelancong. Selepas semua siap sedia, Neil membawa kami rombongan media dari Malaysia dan Singapura ke destinasi penginapan iaitu di Majestic Roof Garden Hotel

Terletak di Frome Street, hotel di tengah bandar yang bertaraf 4.5 bintang ini mempunyai keunikkan tersendiri. Kedudukan berhampiran dengan pusat bandar juga memudahkan kami meninjau persekitarannya. Jika perut terasa lapar, di sekitarnya terdapat beberapa restoran dan bar yang menyajikan pelbagai makanan lazat. Apa yang menarik, sekiranya anda menginap di sini, jangan lupa untuk mengunjungi sebuah taman yang terletak di atas bumbung hotel.

Walaupun Adelaide sebuah bandar kecil dengan populasi penduduk lebih kurang 1.1 juta orang dan tidak sesibuk seperti bandar raya Sydney, namun Adelaide mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri. Selain dapat menikmati keindahan alam, reka bentuk arkitektur lama yang masih terjaga rapi, sejarah serta keramahan penduduknya menjadikan percutian anda di Selatan Australia meninggalkan kenangan terindah. Menariknya, buat kaki shopping, di sini juga merupakan destinasi membeli-belah yang menyeronokkan.
Bangunan unik dan indah

Terkenal dengan jolokan nama bandar 20 minit, jarak perjalanan dari satu tempat ke satu tempat di Adelaide sememangnya mengambil masa hanya 20 minit dengan menggunakan kenderaan. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mahu menikmati keindahan rekaan bangunan dan permandangan sambil merakam gambar, berjalan kaki adalah pilihan yang tepat. Mana tidaknya, setiap langkah anda akan disajikan dengan permandangan dan arkitektur yang indah serta unik.

Cuaca panas tidak mematahkan hasrat hati untuk mengunjungi beberapa tempat menarik di sekitar Adelaide. Victoria Square yang terletak di tengah-tengah bandar Adelaide sibuk dengan aktiviti manusia berbilang bangsa dan lalu-lalang kenderaan. Kawasan padang yang luas itu bukan sahaja menarik dengan permandangan bangunan di sekitarnya tetapi sesuai dijadikan tempat untuk beristirehat. Ada yang berkumpul di bawah redup pokok sambil membaca dan melihat burung merpati jinak berterbangan. Di sini juga menjadi tempat hentian di mana terdapat stesen tram yang membawa penumpang merentasi Adelaide ke Glenelg, hentian bas percuma. Terdapat juga air pancur yang menjadi simbol kepada tiga sungai utama di Selatan Australia. Tidak jauh dari situ teguh berdiri bangunan Torrens yang menempatkan Muslim Womens Association of South Australia Inc, bangunan Adelaide Town Hall di King William Street yang menjadi tempat diadakan persembahan simponi, teater, tarian dan sebagainya.

Tidak berapa jauh dari Victoria Square, terdapat sebuah masjid tertua di bandar Adelaide. Menurut Nadia iaitu pekerja sukarela daripada Muslim Womens Association of South Australia Inc, masjid yang terletak di Little Gilbert Street itu kini mencecah usia lebih seratus tahun. Ia di bina pada tahun 1885 oleh pendatang Islam Afghanistan. Masjid tersebut menjadi pusat pendidikan dan pengetahuan kepada minoriti Islam di Selatan Australia dan juga orang bukan Islam. Menurut Nadia lagi, di sini diadakan kelas untuk menyampaikan maklumat agar tidak timbulnya sikap prejudis agama lain terhadap Islam. Kebetulan ketika lawatan penulis ke sini, sekumpulan kanak-kanak sekolah diberikan penerangan mengenai Islam. Bersebelahan dengan masjid, terdapat pula sebuah kedai cederamata dan perhiasan rumah yang dimiliki oleh orang Maghribi. Penulis singgah sebentar untuk melihat keunikkan barangan yang dihasilkan sendiri oleh pemilikinya serta di bawa khas dari Maghribi.

Jika berada di tengah-tengah bandar Adelaide, jangan lupa untuk mengunjungi Adelaide Central Market. Satu destinasi membeli-belah bagi pecinta makanan. Terletak di Gouger Street, Adelaide Centre Market menjual bukan sahaja barangan basah seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan daging, tetapi di sini juga terdapat makanan atau barangan unik dan istimewa Selatan Australia. Penulis tidak melepaskan peluang untuk menikmati yogurt yang diperbuat daripada buah Rasberi segar. Memang lazat. Luangkan masa ke sini untuk melihat kesibukan aktiviti jual beli setiap hari Selasa, Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Restoran Orang Malaysia

Makanan pelbagai negara

Berhampiran dengan Adelaide Centre Market, anda boleh menyusuri jalan berhampiran di mana terletaknya Chinatown. Biarpun tidak sehebat Chinatown di bandar-bandar lain di dunia, namun Chinotown di sini mempunyai keunikan tersendiri. Bagi anda yang ingin menikmati hidangan dari pelbagai negara, di sekitarnya terdapat beberapa buah restoran dan kafe yang menyediakan masakan Thailand, Vietnam, Malaysia, Jepun, China, Perancis dan juga Argentina. Kini telah banyak restoran yang menyediakan hidangan dan masakan halal seperti di A Taste Of Spice, sebuah restoran rakyat Malaysia. Selain A Taste Of Spice, anda boleh menikmati hidangan halal di beberapa restoran lain yang ada di Adelaide. Antaranya Taste of Cashmere, Quiet Water Lebanese restaurant, Babylon Restaurant, Naan Tandoori, Mekong Thai Restaurant dan lain-lain lagi.

Untuk membeli-beli, berkunjunglah ke Rundle Mall yang terletak di Rundle Street dan menempatkan hampir 600 buah pusat jualan. Di sini terdapat pusat membeli-belah seperti David Jones, Myer dan 160 buah butik fesyen pakaian serta aksesori. Tidak beberapa jauh dari situ terdapat sebuah bangunan menarik dan unik yang menjual pelbagai perisa coklat iaitu Haigh’s Chocolates. Menariknya, Haigh’s merupakan coklat tertua yang dihasilkan dan hanya dijual di Australia.

Hanya mengambil masa 20 minit perjalanan dari bandar Adelaide, satu lagi lokasi membeli-belah yang boleh dikunjungi di sini adalah Harbour Town.Terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Adelaide, Harbour Town merupakan satu-satunya pusat membeli-belah di Adelaide yang berkonsepkan ‘mampu beli’ menjual pelbagai barangan berjenama pada harga rendah. Setiap masa ada sahaja jualan murah. Di sini anda boleh membeli pakaian atau aksesori pada harga diskaun sehingga 70 peratus. Manakala bagi yang ingin memiliki barangan antik, barangan terpakai atau kraf dan cederahati, tempat yang mesti dikunjungi juga adalah Fishermen’s Wharf Market yang terletak di Port Adelaide.

TERPESONA DENGAN KEINDAHAN TAMAN DAN PANTAI
Bandar Adelaide bukan saja boleh di lihat dengan jarak dekat tetapi juga pada jarak yang jauh. Sekitarnya anda ke Utara Adelaide, jangan lupa untuk singgah sebentar di Montefiore Hills. Di sini anda boleh melihat pusat bandar Adelaide yang terancang. Terdapat juga tugu peringatan sebagai tanda di mana Kolonial William Light merancang dan menentukan kedudukan pembinaan bandar Adelaide sekitar pada tahun 1836. Berdekatan dengan tugu peringatan tersebut, kita dapat melihat seni bina kediaman dan bangunan lama yang menjadi tempat tinggal golongan kaya.

Walaupun di tengah bandar, Adelaide masih mengekalkan kehijauan alam. Di sini terdapat kawasan taman tertua di Adelaide dengan aliran sungai Torrens. Jika ingin menikmati permandangan indah di sepanjang sungai, anda boleh menaiki bot Popeye atau Gendola. Di sepanjang sungai anda boleh melihat keunikan bangunan Festival Centre, Convention Centre, Universiti Adelaide serta kawasan berjalan kaki yang menarik. Penulis sempat juga menyusuri sungai ini sambil menyaksikan hidupan di tepi sungai seperti itik, bangau, angsa dan mendengar penerangan oleh pemandu bot. Selain di Montefiore Hills, seluruh Adelaide boleh dilihat pada ketinggian 2329 kaki di Mount Lofty iaitu menjadi kawasan paling tinggi di Adelaide.


Glenelg bandar peranginan
Adelaide bukan sahaja terkenal dengan keindahan bandarnya tetapi juga dengan keindahan pantai. Ini adalah salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke sini. Tidak hairanlah beberapa bandar kecil di Adelaide menjadi bandar peranginan. Salah satu yang terkenal di Adelaide adalah Glenelg. Terletak di tepi pantai, Glenelg merupakan sebuah bandar lama. Berdasarkan catatan sejarah, bandar Glenelg telah di buka oleh bangsa Eropah sekitar awal tahun 1800. Di sinilah tempat mula-mula bangsa Eropah mendarat dan seterusnya membina Adelaide sehingga menjadi sebuah ibu negeri. Kebanyakan penduduk di sini terdiri daripada warga tua. Di sini terdapat beberapa resort menarik yang menawarkan harga berpatutan. Jika ke sini, anda bukan hanya berpeluang untuk bermandi-manda di pantai yang bersih dan selamat, tetapi juga dapat menyusuri kaki lima kedai, restoran, butik pakaian, kafe dan sebagainya dengan rasa gembira. Bandar lama mendapat sentuhan baru yang begitu segar dan unik. Jadi tidak hairanlah jika hampir puluhan ribu pelancong datang ke sini setiap tahun.

Tidak beberapa jauh dari Jetty Road iaitu di kawasan pembangunan resort dan kediaman baru, terdapat sebuah marina yang dikenali sebagai Holdfast Shores Marina. Di sini bukan sahaja menempatkan beberapa kediaman kondominium, restoran dan resort tetapi terdapat beberapa aktiviti menarik turut disediakan kepada pelancong. Antaranya Temptation Sailing iaitu aktiviti melihat dan berenang bersama dolfin di habitat semulajadinya. Bagi penulis, tiga jam menaiki bot khas ke tengah laut untuk melihat sendiri doflin yang berenang menghampiri bot meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan. Mana tidaknya, pengalaman sebegitu tidak pernah dilalui di negara sendiri.
Seronok menaiki Horses Tram

Selain Glenelg, sebuah lagi bandar di tepi pantai yang terkenal di Adelaide adalah Victor Horbor. Terletak di Fleurieu Peninsula, jarak Victor Horbor dari bandar Adelaide adalah lebih kurang 80 km kira-kira 1 jam perjalanan. Penulis dibawa oleh Roz Becker daripada South Australia Tourism Commision menerokai beberapa tempat menarik di situ. Sebagai sebuah bandar yang menjadi lokasi kegiatan maritim dengan populasi
sekitar 12,000 orang dan meningkat hampir 30,000 orang ketika musim panas, Victor Horbor terkenal dengan pusat percutian tepi pantai yang menenangkan. Di sini bukan sahaja dikelilingi permandangan pantai dan air laut biru kehijauan, bangunan lama ketika zaman kolonial tetapi beberapa aktiviti juga boleh dilakukan. Berjemur di pantai ketika musim panas, meluncur ombak, menyelam meyaksikan hidupan laut, berbasikal di tepian pantai atau berkhemah bersama keluarga, anda yang tentukan kerana semua itu boleh dilakukan di sini.


Satu lagi daya tarikan yang terdapat di Victor Horbor adalah Horses-drawn tram, iaitu pengangkutan yang digunakan untuk menyeberang ke Granite Island. Penulis tidak melepaskan peluang menaikinya. Ketika di Granite Island, penulis berpeluang menyaksikan beberapa ekor peguin kecil yang ditempatkan di Penguin Centre. Pusat itu menempatkan beberapa ekor peguin yang menjalani proses pemulihan akibat cedera sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya. Bukan itu sahaja, jika berkesempatan penguin kecil ini boleh dilihat di waktu malam naik ke darat dan akan ke kawasan pusat tersebut. Di Penguin Centre juga, anda bepeluang menyaksikan video penerangan mengenai kehidupan penguin. Percayalah, jika ke Victor Horbor anda akan dijanjikan dengan suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Saturday, April 28, 2007

What happend today?

Me, Riz n Deeja kat konti radio KLfm.

Rin, she is my best fren 4ever.

Suasana kat the curve...ala2 hollywood gitu..

Ni lah kerusi yang penuh dengan hati tu.....

Ermmmm....what is my story today? oklah nak citer, ari ni wake up early walaupun lewat tidur yesterday nite...seseorang kat umah.my housemate x balik semalam.....hang pi mana sharil?
Tengah duk lepak2 tengok TV, Rin sms ajak pi Dataran Prima, PJ....katanya Focus Point ada sale....emmmm...ok, lah dia ajak pergi tengok, ikut jerlah.....sampai sana, ramai org duk belek2 sunglasses.. kelakarnyer semua sunglasses yang ada semuanya dah out dated.....Rin tak berkenan, so kita org balh....otw balik, masing tak tahu nak buat apa....aku cadang kita org pi the Curve......kat sana kami lepak kat kedai mamak with our old fren....heheeheh...tak sangat jumpa kat situ lak...Sam, Che Mat and Faridah.....masing2 sedang discuss about bisnes. ok lah tak nak kacau mereka...aku ngan Rin gi tengok2 pakaian yang barang kat The Curve...biasalah hari minggu, ramai gile org....kami tengok barang2 umah, Living quarters ada buat sale...huhuhuhu....Rin gembira, yerlah banyak barang umah yang berkenan....kononnya nak match ngan umah dia...apa2 jer lah.dalam pada kami tengok barang tu, aku tertarik ngan satu kerusi merah...full of love.....aiks....rasa2 macam pernah tengok..oh yer ari tu someone ada tunjuk gambar...katanya amik kat the curve....orait....lepas tu kami gi tengok2 barang2 kat bazaar lak...biasalah popuan...pantang tengok barang cantik, terus beli jer.....what ever lah Rin..kami jalan2 lagi....wah! rasa cam kat california and hollywood lak suasana kat the curve...huhuhuhu.....amik gambar dulu....

Malamnya....seperti dijanjikan, aku Riz (pemenang Maskulin) n khadeeja, artis jemputan berkumpul di KLFM, kami on air dalam program "PANAS'" bersama DJ NAZI dan E-ZAN. huhuhuhu kecoh kami kat konti dengan soalan2 panas....ermmm, aku mengata ko, ko mengata aku...kikikikiikik...that my 1st exprnc. masuk konti.oklah beb.....entah cam mana bila org dengar, hahahhahah....lawaknyer....abis program tu aku terus balik.....tu lah kisah for today.....

Tuesday, April 24, 2007

Tension dowhhh...!


ermmmm....argghhhhhhhhh...jam masa aku mula tulis blog ni menunjukkan 7.31pm...adoi....aku masih kat office..kena siapkan artikel yang berlambak lum siap...deadline dah terbabas...tensionnya....bukan aku tak nak buat, tapi ada jer yang membantutkan aku nak siapkan. Kejap aku kena shoot produk, sekejap aku dipanggil bos, kejap kena tengok layout, kejap itu kejap ini, tension nyer,....asgt luar lum kira lagi. ....moral of the story, nampaknya terpaksalah aku stay back malam ni.....biarlah asalkan aku dpt siapkan keje sebelum esoknya...kikikiki..yeyeye..bos panggil aku sebelum waktu balik tadi, dia bagi sandal baru kat aku.....Thanks boss....itulah kisah aku ari nie....

Friday, April 20, 2007

Fashion Shoot


Semalam, asgt fashion shoot kat Brickfield....bimbang gak tengok keadaan cuaca yang nak hujan. Yerlah kalau shoot kat outdoor ni, kena tahu angle dan lighting..buatnya tiba-tiba hujan dah tergendala...tapi syukur hujan turun selepas aku selesai shoot. Terima kasih kat model2 yang bagi kerjasama...korang sempoi lah, abg nan make up artist touch up muka model bukan main lagi, Jay lah kesian ke hulu ke hilir bawa lighting....alah memang tu tugasnya...aku biasalah tak suka lengah2kan masa kalau shooting, kalau boleh aku nak cepat2 abis. namun kualiti gambar aku jaga...ermmm ..lepas shoot aku balik ofis, siapkan artikel yang masih tertangguh.....